Pesona pelik dan persembahan The Sacred Riana yang menyeramkan dalam peringkat akhir Asia’s Got Talent musim kedua kelmarin telah berjaya menambat hati juri sekaligus membolehkan ahli magis ini dinobat sebagai juara program itu.
The Sacred Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani peserta dari Indonesia ini telah mengalahkan lapan finalis lain untuk memenangi AS$100,000 (RM408,300).
Menggunakan watak seram dari Jepun, persembahan Riana sebenarnya menarik perhatian penonton dan juri sejak dari awal lagi.
Ads
Tidak banyak berbicara dan selalu mengenakan juri Anggun sebagai subjek, ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya gadis misteri ini. VK sendiri pun nak tahu jadi ini fakta tentang yang VK selidik tentang Riana dari laporan media negara jiran.
1. Sejak kecil memang minat magik
Idolanya adalah David Copperfield, dan Riana belajar tentang silap mata daripada ayahnya sendiri yang juga seorang ahli magis.
2. Banyak kali masuk pertandingan silap mata
Asia’s Got Talent bukanlah program pertama yang disertai oleh Riana di televisyen. Riana pernah menyertai pertandingan Hizteria, menjuarai Stand Up Magician, dan menjadi naik juara The Next Mentalist.
3. The Sacred Riana hanyalah karakter di pentas
Karakter The Sacred Riana itu memang sengaja dicipta untuk gadis itu dan dia berjaya menarik perhatian orang ramai.
Ads
Deddy Corbuzier dan Siska, produser program The Next Mentalist yang disertai sebelum itu juga punya peranan peranan besar dalam penampilan The Sacred Riana yang menyerupai Sadako, watak makhluk halus di Jepun.
4. Ada team sendiri
Di sebalik aksinya yang membuat ramai takjub dan menyeramkan itu Riana memiliki team sendiri. Kesan visual yang luar biasa dibantu oleh pengurusnya sendiri Bow.
5. Orangnya cantik sebenarnya
Walau pun tampil misteri di atas pentas tapi ternyata Riana ini cantik orangnya bila di luar. Tapi tak banyak gambar Riana dengan wajah asli dikongsi.
Pakaian yang lama tersimpan, selalunya akan mempunyai tanda kekuningan pada bahagian lipatan. Hal ini membuatkan pakaian itu nampak tidak cantik lagi untuk dipakai. Jadi, macam mana nak hilangkan kuning-kuning tersebut?
Melalui facebook, wanita yang menggunakan nama Ain Wahab berkongsi tip hebat yang boleh diamalkan. Tip ini memudahkan anda membasuh pakaian yang lama tersimpan itu kembali bersih seperti baru.
Lebih menarik, anda hanya perlukan 3 bahan yang mudah didapati iaitu baking soda, garam dan jus lemon.
Pernah tak uolls simpan baju lama-lama kat dalam lemari. Pastu bila ambik nak pakai, nampak ada kuning-kuning kat bahagian lipatan baju tu kan.
Harini kak Ain nak kongsi sikit petua/tips nak hilangkan kuning-kuning ittew dengan gunakan 3 bahan mudah dari dapur uolls je.
Bahan-bahan untuk pes pembersih:
1/2 cawan baking soda
1 sudu besar garam
1 biji lemon (diambil jusnya)
Cara-caranya:
1) Masukkan baking soda dan garam ke dalam mangkuk. Campurkan dengan sedikit jus lemon.
2) Kacaulah campuran tu manja-manja sampai jadi pes.
3) Sentalkan pes ini pada bahagian baju yang berkenaan. Bilas macam biasa.
4) Kemudian basuh macam biasa menggunakan sabun untuk lebih harum.
p/s: Pes ni pun berkesan untuk hilangkan kesan kuning deodorant yang melekat pekat kat bahagian ketiak baju tau uolls.
Tak sampai seminggu diumumkan sebagai model berhijab pertama untuk kempen produk kecantikan Loreal, Amena Khan membuat keputusan menarik diri.
Blogger kecantikan British ini menyiarkan posting di Instagram tentang pengundurannya itu disebabkan tweet yang pernah dibuat olehnya.
Memetik laporan Dailymail dia dikritik kerana tweet yang ditulis 2014 yang telah dilabel sebagai ‘anti-Israel’. Tweet tersebut yang menyifatkan Israel sebagai ‘haram’ dan ‘negara jahat.’
Bagaimana pun tweet yang ditulis Ameena itu dipaparkan kembali baru-baru ini selepas dia dipilih oleh Loreal untuk muncul dalam kempennya bersama penyanyi pop Cheryl. Tweet tersebut kemudian telahpun dipadamkan.
“Saya sangat kesal dengan kandungan tweet yang dibuat pada 2014 dan dengan ikhlas memohon maaf kerana ia menyinggung dan menimbulkan kekesalan.
“Mengangkat kepelbagaian adalah salah satu matlamat saya, saya tidak mendiskriminasi sesiapa pun. Saya memilih untuk memadamnya kerana ia tidak mewakili mesej keharmonian yang saya pegang.
“Saya baru-baru mengambil bahagian dalam satu kempen yang menggembirakan saya kerana ia meraikan kepelbagaian.
“Dengan kesedihan yang mendalam, saya memutuskan untuk berundur dari kempen ini kerana cakap-cakap mengenainya membuatkan ia menjejaskan sentimen positif dan inklusif yang mahu disampaikan,”jelas Amena dalam posting di instagramnya.
Jurucakap L’Oreal Paris memberitahu BBC Newsbeat: “Kami baru-baru ini telah dimaklumkan mengenai beberapa tweet yang dipaparkan pada 2014 oleh Amena Khan, yang terlibat dalam kempen pengiklanan di UK.
“Kami menghargai Amena yang telah meminta maaf atas kandungan tweet itu dan kesalahan yang telah dilakukan.
“‘L’Oreal Paris komited untuk bertoleransi dan menghormati semua orang. Kami bersetuju dengan keputusannya untuk menarik diri dari kempen.”
Budak kecil memang mudah ‘terkena’ gangguan makhluk halus. Sebagai ibu bapa, kena kena beringat apatah lagi kalau pergi ke lokasi yang selalunya menjadi port ‘kegemaran’ makhluk sebegini. Bagi seorang ibu yang menggunakan nama facebook Eida Hidayati Hassan, dia serik apabila anaknya menangis tak henti selepas pulang dari air terjun.
Jom ikuti kisah seram ibu ini yang viral di media sosial.
Jarang pergi berkelah
Pagi semalam family kak ida pi mandi air terjun di Tupah SP Kedah. Serius kak ida jarang pi tempat macam tu.memang dah lama tak pi.. bila dok bincang nak berkelah..kak ida join la dan memang siap siap celak kan anak anak kak ida.
Masa mandi..bagi #RawdaDinara mandi sekali. Dia menanggis sebab sejuk so letak dia kat atas darat dan bagi dia layan abang abang dan sepupu2 dia mandi.. kami enjoy berkelah makan nasi mandi sama sama tak ada apa. Masa naik atas nak salin baju rawda. Mak kak ida kata awat biru rawda ni… kami ingat dia sejuk sampai biru..dia senyap ja maaa tu .tak nanggis..
Menangis tak henti
Pastu naik dalam kereta, tetiba dia panas dan merengek..kak ida bagi susu dan dia tidur. Maybe air sejuk tak sesuai dengan dia sampai demam tetiba.. so balik tu kak ida pon penat ..tidur la dengan dia.. petang sikit dia bangun..dia menanggis tak henti henti.
Tutup mata… tak mau dok dalam bilik..kena berdukung jaa…
Benda tu marah kata kami ambil barang dia
Tak apa lah.. benda ni berlarut sampai malam…kak ipar kak ida ni badan jenis lemah..cepat lah terasuk..benda yang dari air terjun tu marah sebab kata kami ada ambil barang dia.. kami tanya lah ambil apa… dia suruh pulangkan pulangkan.. padahal tak ambil apa apa pon.. rupanya dia nak rawda..dia kata rawda tu anak dia..
Anak dia dah mati, dia nak Rawda
Bayi perempuan itu anak aku… pulangkan.. kak ida bengang lah..
Aku beranak penat penat hang ngaku anak hang..ingat aku nak bagi ka.. benda tu marah kak ida… kata kak ida EGO.. memang bukan setakat EGO..KERAS KEPALA SEKALI LAH.. dah anak kak ida.
Dia dok pujuk kak ida bagi RAWDA kat dia.. memang TAK LAHH..
Dia nak sangat sangat rawda.. sebab anak dia dah mati. dia kata dia nak kacau rawda..dia kata lagi nyawa rawda separuh dah tu.. kak ida marah dia.. nyawa anak aku Allah ja boleh ambil . Hang tak ada hak.. aku tak takut dengan hang..aku percaya Allah ja.. sampai pukul 4pagi baru settle .
Tak terfikir jadi macam ni
Rawda masa tu ketar badan..biru jadi badan dia dan mulut dia.. last last masa berubat tu berjaya bunuh benda tu…dan rawda masih demam demam..semoga tak ada apa apa lagi la… serik dah..
Sebenarnya kak ida dah lama tak pi tempat gitu sejak ada abang abang dia lagi..tapi yang ni tak sangka nak jadi.. sebab tak terfikir pon.. Allah serik sungguh… kak ida dah celakkan rawda ..dia kenan jugaa.. tak leh bayang macamana biru badan dia.. uiii dah nak dapat anak pon bukan senang.. pompuan sorang ni ja.
Sungguh serik
Sungguh serik.. maafkan kak ida sebab tak jadi ibu terbaik.. kak ida share sini supaya ramai lagi ibu ibu lebih berhati hati dari kak ida.
Jangan kecam..kak ida dah lut dengan kecam ni.. cuma sebagai pengajaran bukan kat kak ida sorang..untuk semua jugaa.. sebab kita manusia tak lari dari kesilapan..
Dalam gambar ni, kalau jenis boleh nampak..ada macam perempuan di sebalik pokok sebelah kiri… bayangan hitam…
Rawda tu yang dalam bulatan merah.
#eidahidayatihassan
Moms to 3 kids
Kena berhati-hati,
Bila baca kejadian macam ni, VK teringat kisah anak VK yang menangis tak henti lepas melawat adik di UiTM Puncak Alam. VK bawa berubat ke Darul Syifa. Ustaz ada pesan kat VK macam ni.
Kita kena selalu baca surah ayatul kursi apabila hendak keluar rumah. Budak kecil ni memang mudah terkena benda macam ni. Jadi sebagai ibu bapa yang selalu dengan bayi, kenalah baca ayatul kursi sebagai pendinding.
Apabila pergi ke lokasi yang jarang-jarang kita pergi, selalu beringat akan makhluk lain turut ada di mana-mana sahaja. Jadi jangan lupa bacakan ayatul kursi itu dan yakin bahawa hanya Allah yang boleh elakkan daripada kejadian yang tidak diingini.