5 ‘Ilmu’ Tentang Emas Wajib Tahu Sebelum Beli Atau Tukar Barang Kemas!

Share

 

Ramai wanita suka beli dan kumpul barang emas tapi bagaimana pula ilmu tentang emas. Bagi yang suka mengumpul rantai, gelang atau cincin emas ilmu kena ada supaya tidak ditipu.

Antaranya tentang barang kemas yang disalur chrome putih. Ketika ini banyak rekaan aksesori emas menggunakan bahan ini.

Tapi ada yang menyatakan barang kemas dengan chrome putih ini tidak laku tiada nilai bagai sehingga peniaga tawarkan harga yang murah untuk membeli barang kemas berkenaan kononnya tiada kedai yang lain akan menerima barang kemas seperti itu.

Betul ke macam ni? Ha… Sebab itulah pentingnya ada ilmu sebelum beli atau tukar barang kemas.

Sebelum percaya baca dulu penjelasan dari penjual emas sendiri iaitu Syafikah Shafiee. Selain beri penjelasan tentang barang kemas disadur chrome dia turut beri ilmu lain yang berguna terutama untuk wanita pengumpul emas.

Tahu harga emas saja pun tak cukup, perkara ini juga kita kena tahu.

1. Awas, strategi untung lebih!

Pergi ke kedai emas, tunjuk gelang ada chrome putih. “Ini talak laku. Ambik murah-murah saja. Kalau jual tempat lain, orang tak ambik.”

Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk mendapat untung lebih. Sepatutnya emas yang ada calit putih itu sama saja harganya. Melainkan kalau ada batu, permata, barulah ianya diasingkan dan hanya emas sahaja yang ditimbang.

2. Chrome bukan emas putih

Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome, bukan emas putih. Chrome = saduran cat ke atas emas. Tukang emas letak chrome pada barang kemas agar ia nampak cantik dan terkini. Bila sampai masanya, cat chrome itu akan hilang dan kembali kepada warga emas yang asal.

3. Harganya sama saja

Ramai orang salah faham kalau barang kemas yang ada chrome itu tidak bernilai bila dijual semula. Ramai yang beranggapan barang kemas yang ada chrome itu lebih mahal dari barang kemas yang tiada chrome. Sepatutnya harganya sama sahaja.

4. Antara emas putih dan platinium

Emas putih pula adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’. Emas putih dicampurkan dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.

Kualiti emas putih adalah 17K dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih tidak sesuai untuk dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.

5. Emas kemik atau calar

Isu emas kemik dan calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku dan mereka ambil murah. Padahal kelak barang kemas itu akan dipatahkan dan dileburkan juga.

Sebab itu, ilmu mengenai emas itu penting. Bila kita ada ilmu, kita tidak akan mudah atau senang ditipu dan dimanipulasikan oleh pihak lain. Sebarkan informasi ini dan wujudkan masyarakat celik emas di dalam kalangan kita.

Facebook: Syafikah Shafiee

Foto http://kedaiemasnazman.blogspot.my

 

 

Published by
VK