
Isi Kandungan
Toggle
Rumah mana yang tak pakai extension plug/socket. Setiap kediaman malah pejabat pasti ada untuk memudahkan penggunaan kelengkapan elektrik.
Tapi awas ya, jangan sembarangan guna. Elak daripada membeli atau menggunakan lima jenis extension plug yang disenaraikan di bawah.
Menurut laporan Hong Kong’s Electrical and Mechanical Services Department (EMSD) April lalu lima jenis extension ini bahaya jika digunakan kerana wayar di dalamnya nipis menyebabkan ia cepat panas dan boleh jadi punca kebakaran.
1. Jenama: Remax, Model: RU-S4
2. Jenama: LDNIO, Model: SC3301
3. Jenama: LDNIO, Model: SC3604
4. Jenama: Tiada, Model: ZGN-T06
5. Jenama: Tiada, Model: ZGN-T08
Sumber: World Of Buzz
Cara Buat Sambal Bilis Kering & Garing. Tip Kekal Rangup & Tahan Lama, Cili Dan Bilis Jangan…

Sambal bilis ini kena ada di rumah. Senang, bila tak rajin nak masak boleh makan ikan bilis ini dengan nasi.
Bagusnya sambal jenis ini tahan lama, letak di luar boleh tahan sampai sebulan.
Sambal ini memang ada dijual tapi kalau buat sendiri lagi best, boleh ‘adjust’ rasanya ikut selera kita. Boleh tambah kacang atau tempe jika mahu.
Jika nak cuba boleh ikut resipi Aien Alaam, sesuai dijadikan bekalan untuk travel. Nak guna untuk jual pun boleh pakai resipi yang sama.
Sambal bilis garing & kering macam yang jual di stesen minyak
Hari ini nak kongsi resipi sambal bilis garing/kering. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering yang jual kat stesen minyak tu tak? Ini resipi sambal bilis kering jika nak cuba, insyaallah sedap.
Boleh buat stok makan dengan nasi dan nak jual pun boleh. Boleh tambah tempe goreng atau tahu goreng kalau suka.
Bahan-bahan:
Cili kering -500g
Ikan bilis halus – 500g (digoreng garing jika suka)
Bawang goreng – 2 bungkus (jika suka, tak letak pun boleh)
Kiub ayam – 2 ketul
Gula halus – secukup rasa
Garam/serbuk perasa secukup rasa
Cara membuat:
1. Goreng cili kering dalam minyak panas, lebih kurang dalam 10 saat atau pun sehingga cili kering rangup. Jangan sampai hangit nanti cili jadi pahit. kemudian tumbuk/kisar kering cili yang telah digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan dalam 3 sudu minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Jangan sampai hangit (guna api paling kecil).
3. Masukkan cili kering kisar tadi, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
4. Gaul semua bahan tadi lebih kurang 2 minit dan tutup api. Siap.
TIP
- Jika basuh ikan bilis, pastikan jemur sampai kering.
- Selepas basuh cili kering, jemur supaya betul-betul kering. Kalau basah cili tak akan ranggup. Cili & ikan bilis jangan basah!
Sumber: Aien Alaam
Jika Tercicir Atau Hilang Handphone Boleh Gunakan Akaun Google Ini Untuk Cari & Dapatkan Kembali Telefon

Isi Kandungan
Toggle
Meskipun dah berusaha untuk cermat tapi kejadian tercicir, tertinggal atau terlupa mana letak telefon bimbit biasa berlaku.
Dah puas cari tak juga jumpa, lagi saspen kalau berlaku di tempat awam. Silap hari bulan memang kena rembat terus.
Jadi apa yang perlu kita buat dalam usaha nak dapatkan kembali telefon bimbit yang hilang ni.
Ain Nadiah Mazlan berkongsi pengalamannya mengesan kembali telefon bimbitnya yang keciciran di hentian rawat dan rehat. Beliau bernasib baik kerana berjaya menemui kembali telefon bimbit miliknya menggunakan kaedah ini.
Secara ringkasnya ini yang beliau lakukan:
- Menggunakan komputer riba yang dibawa suaminya sebaik mengetahui telefon bimbitnya keciciran beliau terus log ini akaun gmail dan terus membuat carian track my device menggunakan acc google.
- Pilih ring my phone, telefon bimbit walau pun silent akan tetap berdering dengan kuat selama 5 minit jika perkara ini dilakukan.
- Sewaktu telefon berdering, tekan locate my phone dan ketika ini carian akan menunjukkan lokasi telefon. Ketika itu telefon milik ain masih di R&R Gurun dan pantas mencari lokasi tersebut.
- Kita akan boleh lihat jika mereka yang mengambik telefon itu bergerak ke lokasi lain ketika ini. Pada masa yang sama boleh usahakan menghantar mesej untuk memudahkan mereka yang mengambil telefon memulangkan kembali telefon.
Untungnya Ain Nadiah, mesej tersebut dibaca dan orang yang mengambil telefon itu memulangkan telefon itu kembali.
Cara gunakan akaun Google untuk kesan telefon bimbit yang tercicir
Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk mencari telefon bimbit yang hilang sekiranya tiada apps.
1. Pilih choose account
2. Masukkan google password
3. Skroll bawah
4. Pilih Find Your Phone ‘Get Started
5. Pilih jenis device
6. Masukkan password pada handphone untuk pengesahan
7. Pilih untuk ring atau kesan lokasi
Semoga bermanfaat untuk semua
Sumber: Ain Nadiah Mazlan
Selain Makan Terus, Boleh Cuba Buat Rambutan Asam Boi Pulak

Musim rambutan sekarang, selalu kita makan begitu saja. Kupas kulit terus makan. Tapi selain itu ada lagi cara untuk kita menikmati buah ini. Untuk kelainan boleh cuba rambutan asam boi pula. Peminat asam kena try.
Caranya dikongsi oleh Ani Zam.
Resipi rambutan asam boi
Bahan-bahan;
Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cili padi
Garam dan gula
Cara membuat;
- Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.
2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sebati.
4. Potong dan buang biji limau kasturi kemudian perahkan jusnya dalam mangkuk berisi buah rambutan.
5. Gaul sebati, dan masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1-2 jam
6. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
Sumber : Ani Zam