Rumah mana yang tak pakai extension plug/socket. Setiap kediaman malah pejabat pasti ada untuk memudahkan penggunaan kelengkapan elektrik.
Tapi awas ya, jangan sembarangan guna. Elak daripada membeli atau menggunakan lima jenis extension plug yang disenaraikan di bawah.
Menurut laporan Hong Kong’s Electrical and Mechanical Services Department (EMSD) April lalu lima jenis extension ini bahaya jika digunakan kerana wayar di dalamnya nipis menyebabkan ia cepat panas dan boleh jadi punca kebakaran.
1. Jenama: Remax, Model: RU-S4
2. Jenama: LDNIO, Model: SC3301
3. Jenama: LDNIO, Model: SC3604
4. Jenama: Tiada, Model: ZGN-T06
5. Jenama: Tiada, Model: ZGN-T08
Sumber: World Of Buzz
6 Perkara Ini Bantu Kita Kenal Pasti Gajet Tiruan
Jenama telefon pintar atau gajet apa jua pun akan tetap ada yang tiruan. Ada kala barang fake ini dibuat saling tak tumpah macam yang tulen hingga menyukarkan kita untuk mengenal pasti antara barang tiruan atau tulen. Tapi 6 tip ini akan membantu kita kenal pasti produk tiruan atau fake.
Perhatikan kemasan atau bungkusan
Pengeluar produk tiruan selalunya mengabaikan tentang reka bentuk kemasan. Hanya pengeluar yang akan prihatin tentang perkara ini. Jadi perhatikan kualiti cetakan seperti tulisan. Jika tidak saiz font tidak konsisten atau bungkusan plastik tidak kemas ia mungkin barang tiruan.
Bahasa dalam manual
Barang tulen biasanya akan datang dengan manual dalam bahasa mengikut negara yang dijual. Contoh kalau di Malaysia akan ada manual dalam bahasa Melayu. Tapi kalau ia datang dalam satu bahasa yang anda sendiri tak faham, janganlah beli.
Lihat kualiti material yang digunakan
Produk yang terkemuka punya sebab tersendiri menjual produk pada harga yang mahal. Ini kerana perkakasan yang digunakan berkualiti tinggi, selain itu pembuatannya melalui proses yang diberi penekanan yang tinggi.
Permukaan barang tulen akan kelihatan bersih dan licin, tanpa cacat cela berbanding yang tiruan anda akan nampak ada yang tidak sempurna.
Tulisan pada jenama produk
Sebelum beli periksa dulu tulisan untuk jenama tersebut. Kalau lain daripada fikir dua kali sebelum beli.
Pengecas akan ikut negara tersendiri serta kualiti keselamatan
Pengecas seharusnya mempunyai soket yang boleh digunakan di negara kita. Jika kita diminta membeli pengecas lain itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Selain itu perhatikan juga bahagian seperti dalam gambar, itu juga merupakan tanda produk fake.
Saiz dan Warna USB tiruan berbeza
Kualiti USB adalah salah satu tanda paling jelas untuk produk tiruan. USB tulen akan dipasang dalam kabel dengan kukuh dan sempurna. Manakala yang tiruan akan kelihatan longgar dan tidak kemas.
Cara Betul Kalau Nak Basuh Langsir Guna Mesin Basuh. Jangan Terus Sumbat, Kena Buat Ini Dulu!
Memandangkan saiznya yang besar, berat dan juga fabrik berbeza maka mencuci langsir kediaman harus ikut cara yang betul. Bukan main masuk saja dalam mesin basuh.
Sebaiknya jika mahu membasuh langsir, ikut aturan ini.
1. Periksa label cadangan cucian pada langsir (langsir ready-made) sama ada sesuai untuk basuhan mesin, basuhan tangan atau dry-cleaning.
2. Pastikan semua penyangkut sudah ditanggalkan pada langsir French pleat.
3. Bersihkan habuk pada langsir dengan cara mengibaskannya atau menggunakan vacuum.
4. Asingkan langsir siang (day curtain/lining/voile) daripada langsir kain tebal/biasa.
5. Untuk langsir kain tebal/biasa, cucian mesin boleh dilakukan dengan menggunakan air sejuk/biasa dengan sedikit sabun. Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ini akan menyebabkan sesetengah fabrik mengecut.
6. Langsir siang (day curtain/lining/voile) adalah nipis. Oleh itu cuba elakkan cucian menggunakan mesin. Pilihan lain adalah basuhan tangan atau dry-cleaning. Jika perlu cucian mesin, masukkan ke dalam net laundry bag yang besar dan kemudian barulah dimasukkan kedalam mesin dan dibasuh menggunakan air sejuk/biasa.
7. Langsir eyelet tidak sesuai untuk cucian mesin kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet. Jika perlu cucian mesin, masukkan ke dalam net laundry bag yang besar, sama seperti langsir siang.
8. Jika membasuh langsir di dobi layan diri, langsir kain tebal/biasa boleh dikeringkan menggunakan mesin pengering pada suhu sederhana/tinggi, bergantung pada kesesuaian fabrik.
9. Langsir apabila basah akan menjadi berat. Oleh itu jangan memasukkan lebih muatan kedalam mesin pengering kerana ini akan memendekkan hayat mesin pengering.
10. Langsir siang (day curtain/lining/voile) lebih sesuai dikeringkan dibawah cahaya matahari. Jika perlu pengeringan mesin, gunakan suhu rendah/sederhana.
11. Langsir eyelet tidak sesuai menggunakan pengeringan mesin kerana suhu yang tinggi dan putaran mesin boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet yang diperbuat daripada plastic/kayu/logam. Selain itu, kesan langsung daripada putaran akan menyebabkan bunyi yang bising serta kerosakkan pada drum pengering.
12. Langsir scallop tidak sesuai untuk basuhan mesin. Gunakan basuhan tangan atau dry-cleaning.
Sumber: Bubble Laundrette Station 18
Cawan Plastik Macam Ini Pun Boleh Buat Tanam Sayur. Jimat Ruang Banyak Sayur Boleh Tanam
Teringin tanam sayur tapi duduk di kediaman yang punya laman kecil atau duduk di rumah jenis apartment mahupun kondominium. Ruang tak banyak untuk bercucuk tanam.
Jika nak teruskan hobi ini boleh saja, ikut cara tanam sayur ini. Guna cawan plastik saja. Kalau pandai atur banyak sayur boleh ditanam.
Nak cuba tanam? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ridh Art Lim.
Tanam sayur dalam cawan plastik
1.Sediakan 2 jenis cawan plastik, satu bersaiz besar dan satu lagi bersaiz kecil.
2. Tebuk lubang pada penutup cawan besar agar cawan kecil boleh masuk separuh.
3. Masukkan air yg telah dicampur dengan sesudu teh Ajinomoto (sukatan 1 sudu teh Ajinomoto bersama satu liter air.
4. Dalam cawan kecil buat lubang dan masukkan tanah berbaja dicampur cocopeat. Semai anak pokok di dalam cawan kecil.
5. Sebaik-baiknya spray atau cat cawan besar dengan warna hitam agar tidak ditembusi cahaya mentari supaya tak berlumut.
6. Seeloknya apabila akar dah keluar, kurangkan air dalam cawan besar.
Boleh tanam macam-macam sayur kangkung, baby kailan, sawi, salad dan sebagainya. Untuk pokok cili dan terung kena sediakan bekas besar.
Selamat mencuba.
Sumber: Ridh Art Lim