Jika pada usia 20-an anda sudah miliki kerja yang elok dan sudah bergelar ibu bersyukurlah. Anda sebenar tergolong dalam kalangan wanita bertuah. Tak semua dapat memiliki dua perkara yang diidamkan oleh wanita ini terutama sekali perihal rezeki menjadi ibu.

Meski ada yang berkata tak puas menikmati masa muda tapi sebenarnya ada banyak keistimewaan atau kelebihan yang dianugerahkan kepada anda atas pengorbanan itu.

IKLAN

Masih bertenaga

Hamil, bersalin dan membesarkan bayi memerlukan usaha dan tenaga yang bukan sedikit. Tapi jika itu semua dilalui pada usia 20-an kita takkan cepat letih kerana masih bertenaga untuk melakukannya. Tanyalah pada rakan yang melahirkan pada usia lewat 30-an mereka akan mengakui perkara ini. Cepat penat ketika hamil apatah lagi menguruskan anak.

Sudah punya keluarga kecil

Keluar dengan rakan, window shopping, bebas bercuti memang perkara yang akan dilakukan pada usia 20-an. Tapi jika sudah ada keluarga kecil, walaupun anda rasa rindu melakukan semua ini tapi ia tak setanding dengan anugerah luar biasa mempunyai si kecil yang akan memenuhi masa anda seharian.

Ada tujuan hidup

Ramai saja rakan kita yang pada usia ini menjalani hidup yang membosankan tapi buat mereka yang telah bergelar ibu pada usia ini, ia mungkin takkan dirasai. Pada usia semuda ini kita sudah ada tanggungjawab dan peranan besar yang sekali gus memastikan punya tujuan hidup yang jelas.

IKLAN

Sanggup kerja lebih keras

Kita akan sanggup bekerja lebih keras semata-mata untuk memberi kehidupan yang terbaik untuk keluarga kecil yang kita miliki. Ibarat kata bersusah-susah dahulu, barulah bahagia kemudian. Mungkin pada usia muda ini banyak kebebasan yang telah dikorbankan selepas kehadiran si kecil tapi percayalah semua ini terbayar bila mereka sudah besar.

Selain itu:  Pasang Sendiri Decorative Bricks Di Rumah, Ini Tip Kena Ikut Supaya Menjadi

Nikmati hari tua dengan tenang

Sesudah membesarkan mereka pada zaman muda maka selepas anak mampu berdikari anda akan lebih menikmati hari-hari dengan lebih relaks dan santai. Waktu itu kita akan rasa kelebihan sudah punya keluarga pada usia muda.

IKLAN

Nampak awet muda

Paling best adalah mereka yang lahirkan anak awal 20-an. Anda akan kelihatan awet muda. Yalah kan pada usia 40 tahun, anak mungkin dah berusia 18 tahun. Budak sekarangkan nampak matang, secara tak langsung anda akan kelihatan macam kakak dan adik bila bersama anak.

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI