Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan beberapa produk-produk kosmetik.
Produk kosmetik tersebut dikesan mengandungi racun berjadual iaitu hidrokuinon, tretinoin dan merkuri.
Salah satu daripadanya dikira agak popular kerana iklannya sering ditayangkan dalam salah satu drama yang sedang hit ketika ini.
Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang perkara tersebut.
****
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.
Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.
Pedih, menggelupas
Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Ads
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.
Ganggu perkembangan otak kanak-kanak
Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Ads
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan.
Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/
Isu pedofilia ketika ini dalam diam sebenarnya makin berleluasa dalam masyarakat kita. Menjadi mangsa adalah anak-anak yang tak berdosa. Ini dapat dilihat pada jumlah kanak-kanak yang dimasukkan ke rumah perlindungan akibat mengandung angkara kerakusan pedofilia.
Melalui laman sosial Facebook Baitus Solehah, pengasas rumah perlindungan ini iaitu Mak Liza mendedahkan satu kes pedofilia yang cukup untuk membuatkan kita berasa geram.
Salah satu taktik pedofilia ini mereka mendekati dan memanjakan anak ini sekian lama sehingga si mangsa percaya sebelum meratah tubuh mereka. Ini yang terjadi pada seorang anak berusia 13 tahun yang ditempatkan di Baitus Solehah ini.
Pada usia yang masih kecil, anak ini terpaksa menjaga bayinya sendiri selepas hamil. Ikuti perkongsian daripada pengasas Baitus Solehah ini.
Sedih tengok budak tapi dah mengandung
Ni mangsa pedo. Budak ni di’grooming’ dari sebelum ambik upsr. Bila umur 13 tahun dah mengandung. Budak tu happy je sebenarnya sebab dia tak tahu akibat. Best apa ada lelaki sebaya bapa belai, peluk, sentuh dan akhir sekali barulah bersetubuh. Bersetubuh ni babak akhir setelah mangsa terkulai manja. .
Kesian tak, budak kecik dah kendung anak. Ni gambar saya ambik waktu dia nak mandi anaknya. Terpaksa berjengket sebab masih rendah. Pendek. Ketinggian belum cukup. Masa mengandung sedih tengok budak kecik perut terjungkit ke depan.
Adik ke anak?
Malah Mak Liza juga turut memikirkan soal perasaan yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bawah umur itu nanti. Kecil-kecil sudah ada anak. Keliru ini adik ke, anak?
Di sini mereka perlu berdikari. Kena urus anak sendiri. Ada kawan sebelahnya perhati, tunjuk ajar supaya budak ni lakukan dengan betul.
Apa emak emak rasa bila tengok budak umur 13 tahun kendung anak? Adik ke anak?
Walaupun budak, fitrahnya seorang perempuan mengandung dan melahirkan anak, air susu tetap ada dan mewah. Anaknya menyusu susu ibu.
Masih ada 4 yang belum bersalin
Bukti pedofilia ini masih ramai yang bermaharajalela ialah apabila semakin meningkat jumlah kanak-kanak perempuan mengandung yang dimasukkan ke Baitus Solehah ini. Ibu bapa perlulah memantau anak-anak mereka sebaik mungkin. Jangan terlalu percaya kepada orang luar yang kononnya bersikap baik dan ambil berat soal anak-anak kita.
Mak-mak pula janganlah terlalu asyik dengan sesuatu yang kurang penting. Lebih baik jaga anak dengan sempurna. Elakkan daripada menjadi mangsa lelaki pedofilia. Jangan sibuk dengan kisah Husna je, itu kata Mak Liza.
Masih ada 4 mangsa pedo belum melahirkan. 2 orang budak dah melahirkan anak.
Ini lah bukti pedo makin bermaharajalela. Tahun lepas saja berapa ramai mangsa pedo melahirkan anak di sini.
Emak, emak…jangan lena. Jangan sebuk dengan kisah husna.
Hari ini menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke pangkuan keluarga selepas dibebaskan dari penjara setelah diberi pengampunan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong.
Terus mengadakan sidang media di kediamannya di Bukit Segambut sebaik pulang dari Istana Negara, ramai menunggu luahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus selepas dibebaskan.
Dan ini yang diluahkan oleh beliau.
Dari Penjara Ke Istana
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana perjalanan liku dan derita berakhir pada hari ini untuk membolehkan saya mengecap udara bebas.
Sebaik telah dibawa mengadap ke Istana Negara menemui Yang Dipertuan Agung bersama Azizah dan Azmin. Saya sampaikan terima kasih kepada Tuanku kerana keputssan segera dan tegas membebaskan sepenuhnya tanpa sebarang syarat.
Kita bersama Tuanku hampir satu jam berbincang dan saya terasa terkesan kerana tagline ‘dari penjara ke istana.’
Kebetulan sebelum saya tiba, saya bertemu Tun Mahathir di perkarangan istana. Saya sampaikan terima kasih kerana membantu dalam proses ini, membantu Yang Dipertuan Agung memperkenankan pembesasan tanpa syarat.
Saya dibersihkan dari segala pertuduhan
Saya mahu jelaskan tentang pembebasan ini, kita tidak mohon pengampunan kerana kesalahan disabitkan. Kita tuntut pembebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa serta apa yang disebut perjalanan yang bercanggah dengan prinsip keadilan dan prinsip inilah yang diterima oleh Yang Dipertuan Agung dalam membebas saya dan membersih semua sekali rekod sebelum ini.
Jadi bila penggarah pengarah dan kakitangan penjara menemui untuk mememaklum secara rasmi tapi saya tak perlu tandatangan apa-apa kerana saya dibersihkan daripada segala pertuduhan dan hukuman.
Saya dan Azizah bercadang bertemu Tun Mahathir untuk menyatakan penghargaan kami. Cuma berikan saya sedikit ruang untuk bersama dengan keluarga walaupun malam ini akan berada di Petaling Jaya menemui rakyat.
Dulu di penjara, kini diberi penghormatan tertinggi
Ini berlaku dengan izin Allah kerana daya juang dan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat malaysia seluruhnya.
Berjuang hampir 20 tahun tanpa rasa letih alhamdulillah. Hari ini satu permulaan, kita menyaksikan satu babak baru dan saya menyatakan sokongan saya kepada pimpinan Tun Dr. Mahathir dan Azizah, dan saya akan membantu dan menyokong sebagai rakyat biasa.
Saya syukur, kedia tidak sesia-sia menanti hampir 20 tahun derita sengara dihina dan diaib. Saya menanggungnya, Azizah menanggungnya dan sahabat setia menanggungnya. Alhamdulilllah dengan sokorang rakyat kita saksikan perubahan, saya cukup terharu.
Bayangkan seorang yang termerengkok dalam penjara diberi penghormatan yang tertinggi oleh Yang Dipertuan Agung yang menjelaskan sendiri kenapa keputusan memerdekan saya dibuat.
Demikian bicara awal Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya sebelum diterjah dengan soalan serius.
Tapi satu yang diperhatikan meski lama terpenjara, terpinggir daripada perkembangan semasa keindahan dan kepetahan bicara Datuk Seri Anwar tidak sedikit pun hilang malah dilihat makin menarik.
Selepas berita dirinya bakal diceraikan tersebar luas di media massa dalam laman sosial, ramai yang prihatin dengan nasib madu kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh.
Apatah lagi bila dikhabarkan bahawa Intan tidak bekerja dan punya dua anak yang masih kecil.
Nasib Intan ini turut mendapat perhatian usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato’ Aliff Syukri. Sebelum ini beliau dilihat bertemu dengan Intan dalam satu posting yang dimuat naik dalam instagram dan menyatakan akan membantu Intan.
Dalam perkembangan terbaru semalam, Dato’ Aliff dilihat mengotakan janjinya bila Intan tampil menjadi model dalam produk tudung terbarunya iaitu Aliff by Sha.
Intan bergandingan dengan Datin Shahida mempromosikan hijab terbaru keluaran Aliff by sha iaitu shawl tingkat. Sejak semalam beberapa gambar mereka berdua mengenakan rekaan tudung yang labuh sudah dimuat naik dalam intagram @aliff_syukri.
Malah Intan sendiri turut memuat naik gambarnya menjadi model tudung di instagram. Rata-rata komen memuji penampilan Intan dan tumpang gembira dengan rezeki untuknya. Malah ramai yang juga memberi kata semangat untuk dia meneruskan kehidupan.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...