Ramai yang menanam pokok cili sekitar rumah dan biasanya ada beberapa masalah pokok cili yang selalu jadi rungutan.

Buah busuk, bunga gugur, daun kerintiing dan luruh, semut hitam dan pokok mati selepas berbunga adalah antara masalah biasa bagi yang menanam pokok cili.

Supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan bila berdepan masalah ini berikut adalah penyelesaiannya.

1. Buah busuk dan gugur

Buah cili yang berwarna hijau tak sempat merah dah busuk. Kalau diperhatikan pada buah cili yang mengalami masalah ini kita akan dapati ada satu lubang halus seakan suntikan. Ini adalah hasil perbuatan lalat buah.

5 Masalah Biasa Bila Tanam Pokok Cili & Cara Memulihkannya. Jangan Terus Cabut!

Penyelesaian masalah ini adalah buang dan bakar buah cili yang busuk ini supaya larva terhapus. Buang juga buah busuk dari pokok lain, supaya tak jadi tarikan untuk lalat buah.

Selain itu boleh juga pasang pelekat lalat buah, atau perangkap lalat buah. Sebaiknya juga sembur racun organik awal pagi setiap hari.

Ads

Buah busuk juga boleh disebabkan bakteria antraknos. Tanda ia diserang bakteria ini adalah pada buah cili ada bentuk pusaran. Selain itu pada daun pokok juga akan ada kesan pusaran ini.

Penyelesaiannya pastikan kitaran udara baik sekeliling pokok dalam keadaan baik. Selalunya bakteria ini datang menyerang bila keadaan udara lembap contohnya pada musim hujan.

Sebaiknya elak tanam pokok terlalu rapat untuk peredaran udara yang baik. Pangkas juga ranting-ranting. Selain itu gunakan juga benih cili yang berkualiti.

2. Bunga gugur

Masalah bunga pokok cili gugur memang biasa. Akan tetapi jika berlaku 3-4 kali selepas berbunga maknanya ia kekurangan air dan baja.

Oleh itu kena pastikan air siraman cukup begitu juga dengan pembajaan. Selepas memastikan kecukupan 2 perkara ini akan nampak hasilnya.

Ads

3. Daun kerinting dan luruh

5 Masalah Biasa Bila Tanam Pokok Cili & Cara Memulihkannya. Jangan Terus Cabut!

Puncanya adalah kehadiran serangga perosak di bawah daun. Jika berdepan masalah pokok cili begini, jangan biarkan atau cabut terus pokok cili. Ia boleh dirawat dan daunnya boleh pulih semula. Ada beberapa tip/petua yang boleh dipraktikkan.

Pertama, boleh guna semburan air bawang putih. Caranya ambil 2 ulas bawang putih kemudian tumbuk halus. Campurkan dalam 400ml air. Masukkan dalam botol spray. Sembur pada daun sekali sehari. Dalam beberapa hari akan lihat daun pulih.

Cara kedua, buang semua daun. Luruhkan semua daun pada pokok cili untuk buang serangga perosak dan elak menjangkiti daun lain. Nanti akan tumbuh tunas dan daun baru yang sihat.

4. Semut hitam

5 Masalah Biasa Bila Tanam Pokok Cili & Cara Memulihkannya. Jangan Terus Cabut!

Ads

Semut hitam ini akan mengerumuni batang pokok dan celah-celah daun. Punca sebenar kehadiran semut hitam ini adalah kerana pokok diserang kutu afid. Kutu afid ini menghasilkan cecair yang menjadi makanan kepada semut hitam.

Cara penyelesaiannya adalah dengan menanam pokok bawang putih sewaktu awal penanaman pokok cili. Ini adalah cara semula jadi menghindari serangga perosak. Selain itu boleh juga buat sendiri racun organik menggunakan bawang putih seperti langkah no. 3.

5. Pokok mati selepas berbunga

Ingat pokok cili dah berbunga dapatlah merasa petik buah cili, sekali pokok terus mati lepas berbunga. Masalah ini selalunya disebabkan biji benih yang tidak berkualiti. Sebaiknya guna biji benih yang diberi di nurseri, bukan diambil dari cili untuk masakan.

Di samping itu pastikan siram air secukupnya tapi jangan berlebihan sebab supaya tak diserang bakteria. Jika tanam pokok cili di tanah elak tempat yang bertakung air. Ini kerana kelembapan boleh mengundang bakteria. Gunakan juga media tanaman yang sesuai kalau tanam dalam pasu.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Izham Alias

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI