Ruang rumah yang kotor ini seringkali diabaikan kerana tak nampak jelas di pandangan mata kasar. Sedangkan ia perlu dibersihkan kerana digunakan sehari-hari malah turut diletakkan makanan.
Untuk hasil rumah yang sempurna kebersihannya, ambil masa hujung minggu ini untuk memberi perhatian pada ruang ini. Boleh gunakan tip pembersihan yang dikongsi Haryati Hossen.
Cara pembersihan: Lap dengan kitchen/microwave wipes dulu. Bersihkan dengan magic sponge dan lap dgn kain microfiber.
Tip : Stok makanan kering simpan dlm storage yg bertutup (utk elak semut dan haiwan lain).
Cara pembersihan: Permukaan berkarat dan berkulat. Tabur Zip dan stain remover, biar dalam beberapa minit. Saya guna waterjet jadi spray terus, tak tunggu.
Tip: Jenguk-jenguj la bahagian ini at least dua minggu sekali untuk tengok ada tak najis haiwan perosak, habuk atau kulat. Lap dengan air paip pun dah ok.
Cara pembersihan: Masa cuci sinki, lap sekali bahagian tingkap. Lap dengan kain & air paip pun dah cukup bersih. Kalau berkulat spray dengan Clorox mold remover, sental dengan span kasar kemudian lap dengan kain microfiber.
Tip : Lap dengan span dan Sunlight atau wet wipes Vinda pada permukaan dapur gas serta dinding setiap kali lepas masak. Lepas tu lap dgn kain basah. Last sekali lap dgn kitchen towel. Jangan lap terus percikan minyak atau sambal dgn kain nanti kain jadi sangat kotor. Boleh lap dulu dengan kitchen towel atau wet wipes.
Cara pembersihan: Lap dgn magic sponge dan zip cream. Boleh juga lap dgn kitchen wipes. Keluarkan drawer satu-persatu.
Baca: Ikut Jadual Ini Setiap Hari, Confirm Rumah Sentiasa Kemas & Bersih Tip Top!
Cara pembersihan :
Guna magic sponge dan air. Tak perlu sental kuat, guna tenaga biasa saja.Tip : Tangan kena sentiasa bersih sebelum tekan suis. Standby wet wipes dan hand sanitizer dalam kereta atau handbag utk bersihkan tangan.
Tip pembersihan: Lap dengan Magic sponge dan Zip cream cleanser
Tip: Pintu ini ada macam-macam kekotoran, kesan tangan yg kotor, tahi cicak, habuk dan sebagainya jadi kena bersihkan.
Sumber: Haryati Hossen