Pokok kari memang selalu ditanam di sekitar rumah. Cara nak tanam pun mudah, cantas ranting dan cucuk dalam tanah, bercambahlah pokok kari nanti.
Tapi yang jadi masalah bila dah tumbuh tak mahu pula membesar, daun pun tak banyak hingga tak sampai hati nak petik.
Selalunya masalah ini dihadapi kalau pokok kari ditanam dalam bekas atau pun pasu. Sekiranya pokok kari dah lama ditanam tapi tak juga membesar boleh praktikkan cara ini.
1. Jika pokok kari ditanam dalam bekas yang kecil sebaiknya keluarkan dan alih ke dalam pasu yang lebih besar dan tinggi. Lebih elok tanam terus ke tanam kerana akarnya panjang.
2. Sekiranya mahu dialih ke dalam pasu yang lebih besar boleh gunakan campuran media o 2+1+1 (tanah hitam/gambut + pasir + kompos/tahi kambing).
3. Sekiranya pokok kari tak rimbun, petik pucuknya supaya ia mengeluarkan tunas dan cabang baru. Jangan sayang untuk petik daunnya.
4. Bole juga letak air baja MSG untuk lebatkan daun pokok kari. Campurannya 1 sudu besar Ajinomoto + 1 liter air, kemydian sembur sekali seminggu pada pokok dan daunnya. Selepas tiga bulan akan nampak hasilnya, daun besar dan banyak.
5. Boleh juga praktikkan siram dengan air beras dan sisa dapur sebagai baja organik.
Sumber: Suzana Saad