Melihat pokok cili yang ditanam Harun Arun
rendang dan lebat buat ramai yang geram. Tanam pun hanya di kawasan rumah dalam polibeg saja. Tapi hairannya bila kita tanam tak pula jadi begitu.Sebenarnya untuk dapatkan pokok yang lebat begini kena ada usaha lebih, tak cukup dengan hanya siram saja. Bagi yang nak hasil pokok cili yang ditanam di rumah berbuah banyak boleh ikut tip yang dikongsi oleh beliau.
Ramai yang bertanya tentang pokok cili ini. Ini jawapan saya;
1. Pokok cili ini ditanam dalam polibeg saiz 16×16, ada yg tanam 1 pokok ada yang 2 pokok.
2. Medium yang guna tanah sawit sisa boiler 80% dan cocopeat 20%. Baja asas yang digunakan adalah baja kopi 888, lebih murah. Seminggu letak 1 sudu besar, bergantung pada usia dan besar pokok.
Calcium ini penting untuk pembentukan sel buah dan pucuk baru. Selalunya dalam perebutan ini buah akan kalah, jadi timbul simptom buah jadi busuk pada bhgian hujung cili, mengerekot, pendek.
Boron pula fungsinya adalah untuk mudahkan pergerakan calcium ke buah. Calsium boron ini boleh dibeli secara online juga.
4.Untuk kawalan serangga cuma guna cuka kayu saja seminggu 2 atau 3 kali bergantung pada keadaan cuaca.
5.Tip pokok rendang: kena rajin cubit pucuk atau buang bahagian hujung pucuk supaya tumbuh dahan baru.
Ini contoh foliar calcium boron dan hormon ikan yang digunakan.
Selamat mencuba.
Sumber: Harun Arun