Keadaan kediaman sekarang yang tak banyak tingkap menyebabkan setiap kali memasak satu rumah akan berbau. Apatah lagi kalau menumis sambal atau menggoreng ikan, memang melekat baunya.
Walau tingkap dan pintu yang ada dibuka, baunya tetap ada. Bagi menyahkan aroma tak sedap lepas memasak ini, boleh praktikkan cara ini.
Ambil lima atau enam helai daun limau purut kemudian rebus. Ketika merebus aroma limau ini akan mewangikan kediaman. Tutup api kemudian biarkan air rebusan daun limau tadi dalam keadaan terbuka.
Rebus kulit limau dengan air kemudian masukkan serbuk kulit kayu manis. Masak hingga ia naik bau dan biarkan sejuk. Masukkan dalam botol semburan dan sedia digunakan untuk mewangikan ruang dapur atau ruang lain.
Hiriskan daun ini kecil-kecil seperti mahu membuatkan bunga ramoai. Kemudian letakkan saja di dalam bekas terbuka. Ruang akan jadi harum semerbak dengan bau pandan.
Lagi petua guna limau tapi limau kasturi. Hiris nipis limai dan letak dalam bekas atau mangkuk berisi air. Biarkan di atas meja, agar bau limau ini memenuhi ruang. Selain itu ini juga boleh jadi elemen hiasan meja.
Bagi menyahkan bau masakan yang kurang menyenangkan, boleh letakkan arang di dalam pasu bunga hiasan. Ia akan menyerap bau dengan cepat.