6 Cara Guna Baking Soda Untuk Hapuskan Serangan Perosak Tanaman. Elak Rumput Tumbuh Pun Boleh

Share

Ramai tahu kegunaan baking soda ini untuk masakan tapi selain untuk buat kek dan biskut ia juga berguna untuk tanaman.

Ya, baking soda ini juga boleh menjadi menjadi racun serangga yang selamat untuk merawat tanaman yang diserang serangga perosak. Berikut  adalah cara menggunakannya

1. Elak serangan siput

Siput selalunya menyerang tanaman pada waktu malam. Menjelang senja taburkan baking soda keliling tanaman. Otot siput akan hancur jika terkena soda. Tapi pastikan baking soda tak kena pangkal tanaman hanya keliling tanaman.

2. Hapuskan bena putih

Serangan bena putih ini memang selalu berlaku pada pokok sayur. Bena putih ini akan memenuhi daun. Salah satu cara untuk merawat masalah serangga perosak ini adalah dengan membuat campuran menggunakan baking soda seperti di bawah;
-1 sudu baking soda,
-1 sudu minyak
-1 sudu sabun pencuci pinggan cair dan
-4 liter air.

Tuangkan campuran ini ke dalam botol semburan dan semburkan pada tanaman setiap minggu sampai keputihan hilang. Dalam pada itu perhatikan juga kalau ada tanda-tanda melecur kerana beberapa jenis tanaman mungkin sensitif dengan bahan ini.

3. Maniskan tomato

Jika tanam pokok tomato dan mahu hasil buah tomato yang manis, boleh gunakan baking soda. Caranya, cuma taburkan sedikit baking soda pada tanah di sekeliling pokok tomato.

Baking soda yang bersifat alkali, jadi ia boleh merendahkan kadar asid dalam tanah hingga menjadikan tomato lebih manis.

4. Hilangkan masalah kulat hitam/ fungus

Kalau nampak tanaman biasanya pokok kari atau cili mengalami masalah kulat hitam pada daun-daunnya boleh bancuh semburan ini untuk menghilangnya.

Campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 liter air. Masukkan dalam botol dan sembur di bahagian pokok yang terkena jangkitan kulat.

5. Semut hurung tanaman

Masalah semut juga selalu menyebabkan tanam rosak. Semut ini bukan saja ada di pangkal pokok tapi juga menghurung batang dan daun pokok. Bagi mengelakkan serangan semut pada tanaman gunakan cara berikut;

Ambil sedikit gula halus lalu campurkan bersama sedikit baking soda. Semut ini akan mati bila termakan campuran ini. Atau boleh juga buat air semburan seperti langkah no.2.

6. Elak rumput tumbuh celah bata

Bagi mengelakkan rumput tumbuh pada celah atau rekahan bata pada lantai cuma taburkan baking soda pada bahagian tersebut. Ia akan mematikan rumput dan mengelakkan benih rumput tumbuh. Lakukan beberapa bulan sekali.

Sumber: stuff.co.nz & Cherie Sis Noriza

Nak beli baking soda ini secara online pun boleh. Klik SINI

Published by
VK