Bagi sebahagian kaum wanita, hampir setiap bulan berdepan dengan kesakitan akibat senggugut ketika haid. Dari sebelum berkahwin sehinggalah sudah beranak pinak, ia masih dialami.

Disebabkan kesakitan ini jugalah ramai wanita sanggup menelan ubat tahan sakit seperti Panadol dan Ponstan untuk meredakannya meski tahu ia tidak baik untuk kesihatan.

Perlu diketahuii pengambilan ubat tahan sakit mungkin meredakan seketika kesakitan tapi ia juga boleh menyebabkan gangguan pada kitaran haid.

Namun risiko paling buruk pengambilan ubat ini adalah ia boleh menyebabkan masalah fungsi buah pinggang malah boleh sampai ke peringkat kronik jika ia diambil tanpa kawalan dalam tempoh yang panjang.

Meski tahu pengambilan ubat sebegini tidak elok namun apa kan daya kerana tidak tahan ramai wanita yang tidak dapat mengelak daripada mengambilnya.

Bagaimanapun menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad , bagi wanita yang kerap mengalami senggugut ringan, tidak perlulah mengambil ubat ini. Ada cara lain yang boleh dilakukan untuk meredakannnya.

Katanya wanita ini tak perlu makan ubat penahan sakit seperti Ponstan dan Panadol. Sebaliknya lakukan amalan semula jadi ini.

IKLAN

6 Cara Semula Jadi Redakan ‘Seksa’ Senggugut Tanpa Perlu Makan Ubat Tahan Sakit

Caranya minum air mineral suam dibancuh dengan sedikit halia. Sapu dengan sedikit minyak atau krim panas. Ini sudah mencukupi.

Ini kerana katanya ramai yang mengalami kitaran haid yg terganggu bila menelan ubat tahan sakit.

Lagi petua reda sakit senggugut tanpa makan ubat tahan sakit

Dalam pada itu mereka yang selalu mengalami sakit senggugut juga boleh amalkan petua ini setiap bulan. Semua petua ini  adalah semula jadi tanpa perlu makan ubat tahan sakit.

IKLAN

Bertungku

Senggugut berlaku kerana pengecutan otot rahim yang keterlaluan dan juga disebabkan ada darah beku yang terkumpul didalam rahim. Dengan bertungku, anda membantu otot rahim untuk mengecut dengan lebih konsisten dan dalam masa yang sama memecahkan darah beku yang ada dalam rahim.

Selain itu:  Cara Buat Telur Rebus Tanpa Guna Air. Sekejap Dah Masak, Kupas Pun Senang

Apabila otot rahim mengecut dengan baik dan tiada lagi darah beku, darah haid akan keluar dengan aliran yang lebih baik lalu mengurangkan kesakitan senggugut yang anda alami.

Teh herba

Secawan teh herba panas sememangnya menenangkan dan membantu mengurangkan kesakitan senggugut dengan cara melancarkan perjalanan darah dan merehatkan otot rahim. Kandungan fenolat dalam teh membantu menghilangkan kesakitan.

6 Cara Semula Jadi Redakan ‘Seksa’ Senggugut Tanpa Perlu Makan Ubat Tahan Sakit

IKLAN

Ambil dark chocolate

Coklat gelap atau dark chocolate yang pahit tanpa susu adalah ubat senggugut yang sangat berkesan. Coklat gelap merembeskan hormon yang menyebabkan badan anda terlupa tentang kesakitan yang sedang dialami. Namun, makan dengan berpada. Nanti naik pula berat badan anda.

Elak makan makanan tinggi lemak

Ambil serius hal ini! Berhenti makan makanan dengan kandungan lemak tepu yang tinggi. Contoh: aging lembu, kambing, dan produk tenusu. Kajian mendapati makanan ini mengakibatkan pengecutan rahim menjadi lebih kuat!

Jaga pemakanan

Elakkan juga daripada ambil garam, karbohidrat, serat, dan minuman berkafein. Pengambilan garam secara berlebihan menyebabkan keradangan dan bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim. Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan coklat gelap kurang manis.

6 Cara Semula Jadi Redakan ‘Seksa’ Senggugut Tanpa Perlu Makan Ubat Tahan Sakit

Bersenam

Menurut kajian Dr Ellen Yankauskas dari Women Center of Family Health, senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan kimia bernama endorphin. Endorphin mampu bertindak melegakan kesakitan dan tekanan emosi. Cuba saja senaman-senaman ringan, jika anda tak larat!

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI