Jepun menjadi destinasi pelancongan popular sejak kebelakangan ini termasuklah kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Ramai ingin melihat kehidupan di negara maju itu selain budayanya yang unik. Namun masyarakat di negara matahari terbit itu diketahui tinggi adab dan kesopanannya.

Sekiranya anda ke Jepun sama ada untuk bercuti atau urusan kerja, tujuh perkara ini perlu anda ketahui agar tidak menyinggung masyarakat di sana.

Tolong jadi pembersih!

Pertama sekali sampai saja sana sila ubah sikap kita yang suka buang sampah merata-rata. Jepun ini memang dikenali dengan negara yang cukup bersih, nak jumpa sampah pun payah.

Bila masuk toilet di mana-mana pun dalam negara ini jangan buat kecah air sana sini apatah lagi buang air besar merata-rata macam yang dibuat budak muda dari Malaysia baru-baru ini. Kan dah kecoh sampai burukkan nama pelancong Malaysia yang lain.

Selama berada pastikan anda menjaga tempat penginapan. Jangan nak rosakkan barang-barang dalam tu. Kalau gaduh pun dengan laki bini atau kawan-kawan jangan nak tumbuk dinding.

7 Etika Travel Ke Jepun Agar Anda Tak Singgung Tuan Rumah

Ads

Cara pegang name card

Name card atau kad nama melambangkan diri anda. Oleh itu terima atau berikan kad nama anda dengan kedua belah tangan, bukan sebelah tangan saja. Pastikan juga anda berdepan dengan pemberi atau pemerimanya. Anda juga perlu baca sebentar kad tersebut sebelum menyimpannya untuk menghargai pemberi kad.

Makan sushi jangan sampai chef kecil hati

Apabila dihidangkan dengan sushi nigiri (sushi nasi yang di atasnya ada ikan, telur ikan, sayur dan lain- lain lauk) pastikan anda mencecah toppingnya ke kicap, bukan nasinya.

Jika nasi dicecah ke kicap, rasa lauk- pauknya akan berubah. Selain itu pastikan nasi tidak jatuh atau pecah. Sushi yang pecah akan membuatkan chefnya tersinggung. Opss!

7 Etika Travel Ke Jepun Agar Anda Tak Singgung Tuan Rumah

Silakan hirup dengan kuat

Ini satu lagi etika ketika makan di Jepun. Kalau di negara kita adalah tidak sopan makan hingga mengeluarkan bunyi tapi di Jepun anda disarankan berbuat demikian.

Ads

Apabila anda menghirup ramen atau sup contohnya dengan kuat ia dianggap sebagai menghormati tukang masak yang menyediakan makanan.

Hirup sup dan mi dengan kuat adalah perkara normal di Jepun dan dikatakan hidangan jadi lebih enak jika dimakan dengan cara itu.

Pakai baju tradisi dengan betul

Jika anda menginap di rumah tradisional Jepun, anda mungkin dipinjamkan kimono atau yukata (pakaian untuk menyejukkan badan dan dipakai selepas mandi).

Ketika mengenakannya, pastikan anda meletakkan bahagian kiri di atas bahagian kanan. Jangan buat arah bertentangan kerana ia biasanya ia digunakan untuk orang yang sudah mati.

7 Etika Travel Ke Jepun Agar Anda Tak Singgung Tuan Rumah

Ads

Buka kasut sebelum masuk rumah

Tuan rumah di Jepun berharap tetamunya membuka kasut sebelum masuk ke keduaman mereka. Sekiranya anda mahu menjejakkan kaki seketika ke lantai luar rumah, pastikan anda tetap memakai kasut supaya tidak membawa kotoran masuk sekali gus menunjukkan anda tidak menghormati tuan rumah.

 Jangan hadiahkan bunga lily

Sekiranya anda mahu menghadiahkan sejambak bunga pada tuan rumah atau rakan yang anda kunjungi di Jepun pastikan anda tidak memberi bunga berwarna putih atau pun bunga lily.

Warna putih dan bunga lily dikaitkan dengan kematian dan sudah tentu tidak disenangi oleh penerimanya.

Setiap negara ada adatnya dan bagi kita yang berkunjung wajarlah menghormatinya. Selamat bercuti bagi yang akan mengunjungi negara ini. VK pun teringin jugak nak ke sana.

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI