Zaman sekarang kalau tak berhutang orang kata tak berharta. Hutang kereta dan rumah antara yang biasa dan menjadi keperluan.
Tapi ketika ini ramai juga yang membuat hutang-hutang kecil untuk barangan yang sepatutnya boleh saja dibeli dengan tunai jika membuat tabungan. Akibatnya hutang-hutang kecil ini menjadi beban kewangan bertahun-tahun.
Dikongsi oleh pempengaruh di sosial media Mohd Fadzli Salleh berikut adalah enam jenis hutang yang ramai ambil dan akhirnya menjadi beban kewangan berdasarkan pandangan dan pengalaman peribadinya.
Enam hutang yang ramai ambil Akhirnya menjadi beban kewangan bertahun-tahun.
Aku rasa yang ini paling ramai orang buat hutang. Pernah ziarah asnaf, pun ada penapis air kat rumahnya. Tak tahu la jika orang sedekah.
Penapis air itu betul bagus dan memudahkan. Aku sendiri pakai, aku tak nafikan manfaat itu. Tetapi perlu lihat kemampuan kewangan kita juga.
Kawan aku laki bini cikgu, lebih pada mampu nak bayar bulanan setakat RM100. Namun sampai hari ni tak pakai penapis air. Nak air sejuk, ada dalam peti. Nak air panas, ada electric kettle.
Namun, tidak dinafikan, sangat memudahkan urusan bila ada penapis air ni. Cuma tu lah, sangkut hutang 5 tahun beb. Jika tidak penting sangat, elakkan. Namun jika benar-benar perlu, teruskan.
3. Tilam (RM180)
Jadi trend juga beli tilam ansuran sekarang. Padahal beli tilam cash baru sekitar RM500. Tapi kualiti tak sama la dengan yang ansuran tu. Nak kualiti sedap, cari tilam yang harga RM3-RM5k. Simpan duit dan beli tunai.
Sekarang ramai ambil pakej aircond ansuran kerana cuaca panas. Laku keras sale aircond secara ansuran ni.
Pun trend terbaru, ada pakej ansuran untuk mesin basuh dan dryer juga. Ramai juga yang beli.
Ramai nak bergaya, tapi tak ada kemampuan. Maka berhutang la caranya. Apa salahnya beli saja handphone cash dalam kemampuan kita. Total komitmen bulanan 6 perkara di atas sekitar RM800 sebulan.
Bukan kecil anak RM800 bagi mereka yang bergaji sekitar RM3000. Belum kira kereta, sewa rumah, bil lagi.
Kawan-kawan. Jaga aliran tunai kalian. Elakkan beli barang secara berhutang melainkan betul-betul perlu. 5 tahun bukan tempoh yang sekejap. Habis saja 5 tahun, barang rosak atau out to date. Maka beli lain, tambah lagi hutang 5 tahun lagi. Kitaran ni berterusan tanpa henti.
Cuba latih diri hidup di bawah pendapatan. Kalau pendapatan kita RM3k sebulan, hidup dengan cara gaji RM2k sebulan. Lebihan tu simpan dan laburlah.
Silap mencatur kewangan sengsaranya bukan sekejap. Fikir-fikirkan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Mohd Fadzli Salleh