Hati wanita boleh sentap kalau orang yang sebaya usia tiba-tiba panggil kita kakak. Memang akan ingat sampai bila-bila.

Tapi janganlah marah-marah sangat. Itulah realitinya, wajah kita sebenarnya dah tunjukkan tanda-tanda penuaan.

Mungkin anda dah boleh mula pakai produk anti penuan seperti serum dan sebagainya. Selalunya produk macam ni mahal di pasaran, serum saja dah mencecah ratusan ringgit.

Tapi sebenarnya ada satu cara lagi untuk membantu wajah nampak lebih muda yang disarankan oleh pakar yoga wajah.

Disarankan pakar yoga

Percuma, tak perlu keluar duit dan boleh buat sendiri di rumah. Yang perlu anda lakukan adalah ikut 6 jenis senaman ini yang disarankan oleh pakar yoga wajah bernama Danielle Collins.

Senaman ini menurut Collins akan melibatkan hipodermis atau bahagian paling bawah kulit, dermis atau bahagian tengah kulit  dan epidermis lapisan kulit bahagian paling atas.

Dengan penglibatan semua bahagian kulit, senaman ini akan meningkatkan pengaliran darah, memastikan lebih oksigen dan khasiat diperoleh oleh sel kulit. Hasilnya kulit lebih cerah, berseri dan kurang toksin.

IKLAN

Senaman wajah anti penuaan ini juga teknik yang direka untuk menstimulasi kolagen dan elastin pada bahagian tengah kulit agar kulit lebih lembut dan tegang.

Senaman ini disarankan dilakukan 20 minit, enam kali seminggu. Mudah tapi kesannya cepat.

Selepas dua minggu kata Collins wajah akan dilihat kurang garis halus, kurang stres dan orang sekeliling akan melihat wajah anda lebih sihat dan berseri.

1. The V

6 Jenis Senaman Wajah Untuk Nampak Lebih Muda, 2 Minggu Dah Boleh Lihat Hasilnya

Kebaikan: Mengurangkan eye bag, mengurangkan sembap/bengkak bahagian mata, drooping eyelids, mengurangkan kedutan sisi mata

2. The Smile Smoother

6 Jenis Senaman Wajah Untuk Nampak Lebih Muda, 2 Minggu Dah Boleh Lihat Hasilnya

IKLAN

Kebaikan: Menghilangkan garis pipi & Kulit kendur

3. Smooth The Brow

6 Jenis Senaman Wajah Untuk Nampak Lebih Muda, 2 Minggu Dah Boleh Lihat Hasilnya

Kebaikan: Menghilangkan garisan mendatar di dahi

Selain itu:  Jangan Buang Kerusi Kayu Ini, Boleh Ubah Suai Jadi Kerusi Moden Yang Cantik

4. The Flirty Eyes

6 Jenis Senaman Wajah Untuk Nampak Lebih Muda, 2 Minggu Dah Boleh Lihat Hasilnya

Kebaikan: Mengurangkan engkungan dalam mata & Lengkungan alis mata

IKLAN

5. The Girrafe

6 Jenis Senaman Wajah Untuk Nampak Lebih Muda, 2 Minggu Dah Boleh Lihat Hasilnya

Kebaikan: Mengurangkan garisan & kulit kendur di bahagian leher

6. Acupressure point

Akhiri senaman ini dengan melakukan acupressure point dengan meletakkan hujung jari telunjuk pada bahagian tengah antara alis. Beri sedikit tekanan dan lakukan gerakan membulat mengikut pusingan jam dan lawan jam.  Kemudian picit bahagian tepi wajah dari bawah dagu hingga ke rahang menggunakan hujung jari.

Kalau tak faham boleh ikut video ni.

Sumber:  http://www.marieclaire.co.uk

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI