Sebelum menanak nasi, beras pasti dicuci sampai bersih menggunakan air. Tapi kebanyakan kita akan terus membuang air cucian beras tersebut.
Namun ramai yang tak sedar air cucian beras tersebut mengandungi perlbagai khasiat menakjubkan terutama bagi kecantikan wajah wanita.
Ia kaya dengan mineral, antioksidan, vitamin B1, C dan E yang mampu mengecilkan pori-pori, menegang, mencerah serta melembutkan kulit wajah.
Ya, air cucian beras memiliki kandungan khasiat yang sangat bagus untuk kulit wajah wajah, paling elok adalah air basuhan beras yang pertama kerana di situlah paling banyak khasiat.
1. Kulit lembut dan halus
Rendam kapas di dalam bekas air cucian beras dan lapkan ke kulit muka Anda. Ini dapat menghapus kotoran dan sebum berlebihan pada kulit wajah. Jika diamalkan rutin ini wajah jadi halus dan lembut.
Ads
2. Segarkan wajah
Air bekas cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker untuk menyegarkan wajah. Ambil kapas muka dan rendam ke dalam air beras selama lebih kurang 10 minit.
Kemudian tekap kapas muka mengandungi air beras itu pada wajah. Biarkan selama 15 minit sebelum menanggalkannya dan anda akan dapat rasa wajah makin segar.
3. Wajah lebih cerah
Sentiasa simpan air basuhan beras dan gunakan setiap kali mahu mencuci muka. Jadikan amalan setiap kali selepas mencuci wajah. Khasiatnya adalah untuk mencerahkan kulit. Jadi anda tidak perlu terus bergantung kepada produk-produk kosmetik yang mahal dan berisiko tinggi. Cukup menggunakan air bekas cucian beras saja.
Ads
4. Mengecilkan pori-pori
Celupkan kapas muka ke dalam air beras dan oles terus pada wajah. Usap dan tekan secara perlahan pada bahagian wajah yang pori-porinya terbuka. Cara ini akan mengecilkan liang pori-pori sekali gus membuat wajah tampak licin.
5. Penyembuh jerawat
Disahkan oleh pakar kulit, pakar kecantikan dan doktor kosmetik bahawa air cucian beras dapat mengatasi masalah jerawat di wajah. Air ini akan dapat menyembuhkan secara alami dan lebih cepat. Sila cuba kalau tak percaya.
Ads
6. Atasi kulit wajah minyak
Setiap kali membasuh beras, simpan sedikit airnya untuk kegunaan selepas mencuci wajah dengan buih pembersih. Setiap kali selesai mencuci wajah, bilas dengan air beras pula. Bukan saja dapat mengurangkan minyak malah mencerahkan kulit wajah juga. Inilah dia bahan pemutih kulit semula jadi yang paling selamat.
Mudah bukan! Tak rugi untuk mencuba kerana rawatan ini adalah percuma.
Antara sayuran yang ramai tanam di rumah adalah bayam Brazil. Bukan saja sedap dimakan tapi cara tanamannya juga mudah.
Tak percaya boleh lihat perkongsian Puan Zainol Yunus ini. Dalam botol plastik pun jadi, cantik merimbun pulak tu. Kalau nak cuba ada step by step yang beliau kongsikan. Tanam dalam botol ini bukan saja senang nak alih, petik pun mudah.
DIY tanam bayam Brazil dalam botol plastik
Bahan-bahan
Botol Plastik
Besi Panas
Tanah Organik
Anak Benih Bayam Brazil
Marker (Untuk Tebuk Lubang Botol)
Langkah demi langkah
1. Sebelum menebuk lubang, tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.
2. Botol siap ditebuk, boleh guna besi panas.
3. Bahagian bawah botol air juga perlu ditebuk untuk laluan lebihan air.
4. Masukkan tanah ke dalam botol. Tanah boleh beli di nursery, guna tanah organik, campuran cocopeat, tanah sisa sawit dan tanah biasa.
5. Dapatkan anak benih daripada batang pokok bayam. Buang daun-daun, tinggalkan tunas sahaja.
6. Sebelum cucukkan batang bayam Brazil pada botol, masukkan air supaya tanah lembap, lebih mudah nak tanam batang bayam Brazil.
Bila pelihara kucing di rumah perkara penting yang perlu disediakan adalah tempat untuk mereka buang air kecil dan besar.
Anak bulus ini perlu diajar mengggunakan cat litter ini supaya tak membuang di tempat tak sepatutnya.
Nak uruskan cat litter ini juga kena cari cara yang memudahkan supaya tak makan banyak masa kita.
Dikongsi oleh pengguna TikTok @Kocheng beliau menunjukkan cara mudah untuk membuang najis kucing dari cat litter
DIY cat litter modal RM10 yang mudahkan buang najis kucing
Bahan yang diperlukan
3 bakul raga plastik
Plastik sampah
Pasir kucing
Cara-cara
1. Letak plastik sampah besar pada raga di bawah.
2. Kemudian tindan dengan raga plastik. Ikut berapa banyak raga yang kita nak buat sebagai penapis untuk asingkan najis kucing.
3. Kemudian masukkan pasir kucing. Siap!
4. Bila kucing membuang, apa yang perlu dilakukan cuma angkap saja raga plastik tadi yang berfungsi sebagai penapis. Najis akan tertinggal dalam raga dan pasir akan jatuh ke bawah dalam plastik sampah.
5. Angkat plastik sampah dan tuang pasir dalam bekas. Ulang langkah di atas.
Simen lantai, letak bata atau pasang paver block antara cara yang ramai lakukan untuk elak laman ditumbuhi rumput. Tapi dah pasang pun tetap timbul masalah yang sama. Rumput tumbuh pula celah batu bata dan simen hingga sakit pula mata memandang.