Minum air yang ditambah ketulan ais memang menyegarkan tapi ramai yang tak tahu ia juga akan beri kesan yang sama jika dioles pada kulit.

Selain memberi kesegaran ada banyak lagi kelebihan ais untuk kecantikan kulit wajah khususnya. Ia juga salah satu cara agar wajah kelihatan flawless dan berseri kerana ais yang dioles pada wajah akan melancarkan perjalanan darah pada kulit wajah.

Selain mengoles terus ketulan ais yang dibungkus dengan kain pada wajah anda juga boleh melakukan tiga langkah facial ais untuk merawat wajah.

1. Penuhkan mangkuk besar dengan air sejuk.
2. Tambah ketulan ais.
3. Pin rambut anda ke belakang kemudian rendam wajah anda dalam ais ini selama 10-3- saat. Lakukan sebanyak tiga kali.

IKLAN

6 Kelebihan Buat Facial Ais, Kaedah Paling Jimat Untuk Dapat Kulit Flawless

Berikut adalah 5 lagi kelebihan ais selain memberi menyegarkan kulit wajah

1. Ia membantu mengecilkan pori-pori wajah sekali gus mengurangkan kotoran tersumbat dalam pori-pori yang menjadi penyebab jerawat. Ketulan ais juga akan membantu mengurangkan bengkak akibat jerawat dengan cara mengolesnya pada kulit yang bermasalah.

IKLAN

2. Kulit yang terbakar akibat selepas ke pantai boleh di redakan dengan ais. Rawatan facial ais Ia akan menenangkan kulit yang merah akibat sinar UV.

3. Amalan facial ais untuk melancarkan perjalanan darah pada kulit wajah juga mampu buat wajah lebih awet muda.

6 Kelebihan Buat Facial Ais, Kaedah Paling Jimat Untuk Dapat Kulit Flawless

IKLAN

4. Mengoleskan ketul ais sebelum mekap akan membantu solekan tahan lebih lama jadi anda tak perlu selalu touch up.

5. Bagi anda yang selalu tidur lewat dan mengalami lingkaran hitam bawah mata oles air pada bahagian mata untuk mengurangkan bengkak dan menjadikan mata lebih segar dalam waktu yang singkat.

Selain itu:  Cara Nak Bezakan Ketul Ais Guna Air Masak Atau Air Paip

6. Mengoles ais yang dibungkus dengan kain mampu meredakan masalah jerawat yang dialami.

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI