Dalam kesibukan ibu bekerja dan mengurus rumah tangga ramai ibu mencari solusi kerja yang mudah termasuklah bab makanan untuk anak.

Ramai yang antara kita mencari makanan yang mudah sedia dan janji anak kenyang.

Tapi ibu tak sedar sebenarnya ada banyak makanan yang selalu kita hidang ini boleh menjejaskan perkembangan otak anak atau dalam bahasa mudah buat otak anak lembap.

6 makanan di bawah ini sebenarnya tak disarankan kerana tak elok untuk otak anak yang sedang berkembang.

1. Makanan manis tinggi gula

Semua tahu pengambilan gula yang berlebihan boleh memengaruhi kesihatan anak. Selain menyebabkan obesiti, gula yang terdapat dalam manisan atau makanan pencuci mulut juga dan merosakan sel fungsi kerja otak anak.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh UCLA didapati bahawa pengambilan fruktosa yang berlebihan akan memengaruhi kemampuan insulin untuk menggunakan gula dalam memproses fikiran dan perasaan.

Jadi bila anak terlalu banyak makan makanan manis, insulin tidak mampu mengolah gula yang masuk, sehingga fungsi kerja otak menjadi lambat dan sekaligus mengganggu mood anak.

Ads

2. Makanan ringan

Anak umur empat tahu kita dah beri makanan ringan. Awas ya. Semua tahu makanan ringan tiada khasiat pun di dalamnya. Ia penuh dengan bahan pengawet, perasa dan garam berlebih yang mampu menyebabkan masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit ginjal, hingga serangan jantung.

Anak-anak sedang membesar memerlukan nutrisi yang cukup untuk membantu perkembangannya. Tapi bila sering makan junk food, keperluan gizinya yang cukup penting untuk otak tak diterima sehingga memberi kesan pada perkembangan bahagian tersebut.

3. Makanan segera

Biasa kita lihat anak kecil yang sudah diberi makanan segera. Malah ada yang gemar makan makanan ini sehingga buat ibu serba salah bila anak asyik meminta makanan ini.

Tapi fikirkanlah kesan kepada anak, makanan-makanan ini mengandungi banyak pengawet untuk memastikan ia dapat disimpan untuk waktu lama.

Sama seperti junk food, makanan segera ini tiada nutrisi pun bagi tubuh anak. Bahan kimia dalam makanan segera yang menumpuk dalam tubuh akan hanya meningkatkan gejala demensia (kemunduran fungsi otak) pada anak.

Ads

4. Daging olahan

6 Makanan Sering Ibu Bapa Hidang Di Rumah Tapi Sebenarnya Buat Otak Anak Lembap

Daging merupakan salah satu sumber protein yang diperlukan tubuh. Namun pastikan protein tersebut diperoleh dari daging asli, bukan olahan.

Daging olahan seperti sosej dan nugget mengandungi protein buatan yang mencampurkan bahan kimia dalam proses pembuatannya. Jika anak sering mengambil protein buatan ini, maka bahan ini akan berkumpul dalam tubuh.

Akibatnya, sistem saraf termasuk otak akan terganggu. Anak boleh jadi sukar mengingat sesuatu dan mengolah informasi.

5. Teh dan kopi

Memang kita jarang memberi anak minum kopi dan sebaiknya tak perlu langsung. Kopi dan teh mengandung kafein yang boleh menyebabkan anak sukar tidur atau insomnia. Dalam usia sedang membesar anak memerlukan tidur yang cukup.

Ads

Selain itu kafein juga boleh menghalang otak menyerap zat besi yang diperlukan untuk mengirim oksigen ke otak. Ini juga boleh mengganggu perkembangan otak anak. .

6. Soda

Bukan hanya merosak gigi dan menyebabkan obesiti, soda dan minuman yang mengandung gula yang tinggi dapat menjejaskan kemampuan otak anak.

Satu kajian yang dilakukan oleh University Southern of California telah mengaitkan kesan antara soda dan kemampuan fungsi otak.

Soda yang diambil oleh anak ketika kecil akan memengaruhi otak dalam mengingat dan memproses informasi sewaktu dewasa.

Bukan hanya minuman soda, jus segera dalam tin atau kotak juga perlu dielakkan. Ini kerana buah yang digunakan bukan buah asli sebaliknya hanya perisa dengan gula yang sangat banyak.

Sumber: Womansday

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI