6 Makanan Terbaik Untuk Tingkat Sistem Imun Tubuh Ketika Penularan Virus Covid19

Share

 

6 kategori makanan ini sememangnya sudah ada kajian dibuat yang mana cukup berkesan untuk menguatkan sistem imuninasi dan anti virus yang diperlukan terutama ketika wabak virus Covid19 sedang merebak.

Perkongsian ini dibuat oleh Dr. Noordin Darus yang memang selalu berkongsi tip pemakanan dan kesihatan di platform media sosial beliau

Menurut Dr. Noordin makanan ini boleh diambil secara bergilir-gilir setiap hari dalam seminggu untuk mencukupkan keperluan tubuh.

1. Vitamin C

Vitamin C memang diketahui khasiat yang diperlukan untuk meningkatkan sistem imun tubuh bagi melawan penyakit dan virus yang sedang melanda ketika ini. Boleh dapatkan vitamin ini dari buah dan sayur berikut:

Buah
Guava atau jambu, buah amla, kiwi, buahan sitrus seperti oren, limau, lemon, belimbing, pisang kaki, limau bali, mangga, nenas, durian belanda.

Sayur
Sayuran hijau – cili hijau, merah, capsicum (hijau) brokoli, tomato, bayam, kangkung, ulam, sawi, daun kari.

2. Vitamin D

Ambil yang percuma iaitu dari sinar matahari, atau ambil dari makanan- cendawan, almond, santan, susu soya organik, taufu,telur, ikan liar bukan dalam sangkar.

3. Zink

Cuma perlu sedikit, at least segenggam biji labu, dark coklat yang tiada atau sedikit gula bukan hot chocolate, latte, mocha) bawang putih, sesame seed, kuaci, bijan, kacang kuda.

4. Selenium

Kacang brazil (cuma 2 biji sehari), biji bunga matahari (satu gengam), kacang pinto, bayam (3 cawan sehari), cendawan shitake

5.Magnesium

Khasiat magnesium diperlukan sedikit saja tapi ia berguna untuk 300 jenis fungsi badan kita contoh jantung, gigi dan lain-lain. Ia juga hilangkan masalah pernafasan, murung, sedih.

Magnesium boleh didapati dari bayam merah atau hijau, avokado, moringa, lentil, kidney bean, kacang panjang, biji labu, chia seed, biji selasih, dark chocolatte, almond, kacang brazil.

6. Cendawan

Cendawan shitake, lingzhi, di Malaysia ada tiger milk mushroom/ cendawan susu harimau, yang bagus untuk paru-paru, batuk.

Amalkan pemakanan di atas yang mana kebanyakannya mudah untuk diperolehi dan juga murah.

Sumber: Dr. Noordin Darus

Published by
VK