Ramai yang teruja menanam bungan ros kerana suka akan kecantikan dan baunya. Tapi masalahnya waktu beli di nurseri bukan main sihat dan berbunga tapi bila bawa balik dan dijaga di rumah pokok yang mekar jadi sebaliknya. Dah tak nampak lagi bunganya.
Bagi yang mengalami masalah sama mungkin boleh ikut tip dari Azni A R Azizan yang berkongsi pengalaman menghasilkan bunga ros yang merimbun.
Menjadi-jadi bunganya
Dulu kalau beli pokok bunga ros ni memang masa beli tu sahaja dapat tengok bunganya. Jangan kata nak tengok bunga, pokok dapat hidup pun dah cukup bertuah. Tapi lepas dapat petua dari cikgu sekolah dan saya cuba praktikkan memang menjadi-jadi pokok ros saya ni. Non stop blooming siap dapat buat anak pokok lagi.
1. Buang daun-daun yang telah rosak dan mula kuning.
Ads
2. Bagi yang bunga dah berkembang mekar dan mula nak layu, ia perlu dicantas dan tanam pada tanah untuk hasilkan anak baru. Namun untuk hasilkan anak pokok, potongan perlu disertakan dengan 3-5 helai daun dari bahagian bawah bunga.
3. Gunakan baja dari kulit telur. Hancurkan kulit telur yang telah dibersihkan dan tabur pada pangkal pokok. Ia akan membekalkan kalsium dan menghasilkan daun yang bersaiz lebar.
Ads
4. Sebaiknya, lakukan penamanan semula atau repotting dengan saiz pasu yang lebih besar untuk memberi keselesaan kepada akar pokok bergerak bebas.
Kalau rajin, boleh pecah-pecahkan rumpun ros yang dibeli ini kerana kebiasaanya satu pasu yang dibeli dari nurseri mengandungi 3-4 pokok.
Ads
5. Pastikan ros menerima pengamatan cahaya secara telus terutamanya di waktu pagi sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
6. Siraman perlu di lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Namun ketika musim hujan, pastikan medium tanaman kering sepenuhnya sebelum lakukan siraman. Jika masih lembap, tak perlu disiram.
Popia cheese ini memang jajan sedap. Makan sambil tengok tv memang sekejap saja licin.
Sebab itu kita tak kisah keluarkan duit lebih kurang RM15 sebalang untuk beli walaupun hakikatnya cara nak buat popia cheese ini sangatlah mudah.
Guna 3 bahan saja dan step nak buat juga ringkas saja. Kalau nak buat boleh ikut cara yang dikongsi Farhana Ismail.
Popia Cheese Rangup Krup Krap
Bahan bahan:
1 pek popia
Serbuk cheese
Serbuk cili
Gula
Cara membuat:
Gunting kulit popia dan dicarik carik.
2. Kisar kering 4 sudu besar serbuk cheese, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili. Ketepikan.
3. Goreng popia hingga keperangan dan toskan.
4. Dalam satu bekas bertutup, masukkan popia yang dah digoreng tadi, taburkan bahan yang dikisar dan goncang supaya popia goreng rata dengan serbuk cheese tadi.
Kalau beli kemeja selalu yang lihat oleh kaum lelaki adalah warna, corak dan saiz. Nampak cantik, saiz sesuai terus beli.
Tapi sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang perlu ambil kira jika beli kemeja. Sebab selain corak, saiz kemeja juga dibezakan mengikut potongan dan teknik lipatan.
Ramai yang tak perasan bahawa kemeja lelaki ada lipatan tertentu yang disesuaikan ikut potongan badan lelaki. Jadi sebab itu kena pilih yang sesuai. Kalau dada bidang atau perut buncit ada potongan khusus.
Ketika memilih, perhatikan lipatan di bahagian belakang kemeja terlebih dahulu.
1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat
Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju ini sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Bagi mereka yang mempunyai bahagian perut yang besar amat digalakkan memilih kemeja sebegini. Untuk mereka yang kurus pula, ia akan menampakkan keadaan yang kurang kemas.
2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan atau Side Pleat
Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Contohnya mereka yang mempunyai bahu atau lengan yang berisi atau berotot.
3. Tiada Lipatan atau Pleatless
Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan isi di bahagian perut atau bahagian badan yang lain. Untuk mereka berbadan sederhana potongan Regular Fit harus menjadi pilihan berbanding Slim Fit.
Kulit telur, kulit bawang dan teh. Tiga bahan ini memang selalu kita gunakan untuk masakan dan minuman. Selepas guna biasanya kita terus buang. Walhal bahan ini sangat bermanfaat untuk tanaman kalau diolah semula.
Dikongsi oleh Alin Lin beliau menunjukkan cara untuk menggunakan semula bahan ini menjadi baja yang berguna untuk tanaman.
Serbuk teh
Serbuk teh yang telah kita guna boleh dikumpul setiap hari. Kemudian jemur teh ini hingga kering. Selepas itu simpan dalam bekas.
Serbuk teh ini bertindak sebagai kompos atau juga sebagai agen mengekalkan kelembapan tanah. Cara penggunaan gaul saja dengan tanah untuk bercucuk tanam atau tabur saja di atas batas atau dalam pasu.
Kulit telur
Kulit telur yang sudah digunakan ini basuh bersih dan jemur. Selepas kering kisar halus lalu simpan dalam bekas.
Serbuk kulit telur ini membekalkan kalsium yang membantu pokok membina sel-selnya. Cara penggunaan ia boleh ditabur saja di pangkal pokok.
Kulit bawang
Lepas kupas bawang, kulitnya kita simpan. Untuk dijadikan baja jemur kulit bawang ini sampai betul-betul kering macam keropok. Selepas itu kisar kering dan simpan dalam bekas.
Kulit bawang ini boleh digaul dengan tanah. Ia akan membantu pokok jadi lebih subur, menggalakkan pertumbuhan pucur baru dan mempercepat proses bunga, buah serta membunuh hama serangga.