Salah satu cara untuk membakar kalori dengan tujuan menjaga berat badan ialah aktiviti joging. Namun ramai orang gemuk malas nak berjoging dengan alasan penat. Pun begitu, menurut pakar penjagaan kesihatan dan berat badan, Coach TKO, joging boleh menjadi aktiviti menyeronokkan jika dibuat beramai-ramai.
Dalam instagramnya, Coach TKO memberikan 6 tip untuk anda yang ada masalah berat badan menjadikan aktiviti joging sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bermotivasi untuk melakukannya setiap hari.
Ads
Tip joging Coach TKO untuk si gemuk
1. Kena tahu bahawa 7,700 kalori yang dibakar boleh membuatkan 1 kilogram berat badan turun. Wow! Lagi banyak kalori dibakar, lagi banyak berat badan boleh turun.
Ads
2. Sebelum joging, anda kena install dulu applikasi di telefon bimbit. Aplikasi ini bertujuan untuk mengira berapa kalori yang anda sudah bakar melalui aktiviti joging ini. Antara aplikasi yang selalu digunakan ialah Nike Run atau Runtastic. Lagi banyak angka ditunjukkan, mesti anda lebih teruja nak terus joging.
3. Apabila anda hendak keluar joging, set dalam inda yang anda nak bakar sekurang-kurangnya 300 kalori. Lagi banyak lagi bagus. Bila dah set minda macam ni, lebih mudah anda hendak terus joging.
Ads
4. Set juga dalam minda anda, jika esok tak pergi joging maka anda akan rasa rugi. Buang masa sehari. Kalau anda joging tiap hari, maka tiap hari anda akan bakar kalori dan turunkan berat badan.
5. Kalau penat sangat nak joging, jalan kaki sudah memadai. Jalan keliling padang, jalan keliling taman. Janji setiap hari ada kalori yang dibakar dengan aktiviti fizikal yang anda buat.
6. Akhir sekali, pujuk diri anda untuk terus bakar kalori melalui aktiviti fizikal iaitu joging. Jangan malas kalau nak kurus.
Dah elok pilih ayam goreng yang besar saiznya waktu nak makan di restoren tapi bila dicarik nampak darah. Aduh, memang spoil selera! Kadang-kadang ketika kita goreng ayam di rumah pun berlaku kejadian ini.
Ayam yang kurang masak ini memang tidak elok untuk dimakan kerana ia akan menyebabkan keracunan makanan. Dikongsi oleh portal resipi RASA, berikut adalah panduan menggoreng ayam sempurna supaya tak berlaku kejadian ayam masih berdarah selepas diangkat.
Cara goreng ayam yang sempurna, elak berdarah
1. PERHATIKAN SAIZ AYAM
Jika tidak terlalu besar, boleh terus digoreng. Seandainya saiz ayam agak besar, anda boleh merebusnya terlebih dahulu sebelum digoreng.
2. MASAK DENGAN API SEDERHANA
Ketika panaskan minyak, anda boleh gunakan api besar. Kemudian segera kecilkan api ketika memasukkan ayam. Selepas 2-3 minit, kuatkan api ke sederhana dan teruskan goreng ayam sehingga masak.
3. GUNAKAN MINYAK YANG BANYAK
Minyak yang banyak dapat ‘merendam’ ayam dan membuat isinya masak rata. Jika mahukan hidangan lebih sihat, gantikan minyak masak biasa dengan minyak biji bunga matahari, kanola atau minyak jagung.
4. CUCUK DENGAN GARFU
Sebelum goreng ayam, cucukkan dengan garfu supaya isi ayam lebih mudah masak ketika digoreng.
5. BIARKAN SEKETIKA
Jika ayam disimpan dalam peti sejuk beku, biarkan ia lembut dengan betul sebelum digoreng. Ayam beku hanya akan masak di bahagian luar saja ketika digoreng sedangkan isi dalam masih mentah.
Kalau anda sanggup membeli pencuci yang mahal untuk membersihkan kediaman, tip ini mungkin dapat membantu anda lebih jimat.
Selain digunakan untuk memasak, cuka yang sentiasa ada di dapur juga boleh digunakan untuk tujuan pembersihan sekitar di rumah. Malah hasilnya juga sama dengan menggunakan pencuci. Anda boleh gunakan cuka untuk membersihkan 5 bahagian ini:
1. Hapuskan kotoran pada karpet
Jika karpet terkena kotoran, campurkan cuka dan air dalam nisbah yang sama. Kemudian semburkan air cuka pada bahagian yang kotor. Biarkan selama dua minit selepas itu gosok kotoran dengan kain kering sehingga hilang.
2. Cuci mangkuk tandas
Air cuka juga boleh digunakan untuk membersihkan mangkuk tandas termasuk pada kotoran yang degil. Sembur air cuka lalu gosok dengan berus tandas.
3. Bersihkan cermin tingkap dan kaca
Campurkan cuka dan air dengan nisbah 50:50 kemudian lap pada permukaan cermin dan kaca sebelum dibersihkan dengan kain lembut.
4. Cuci lantai sampai berkilat
Petuanya ambil setengah baldi air campurkan dengan setengah penutup pelembut pakaian serta lima titik cuka (jangan lebih, nanti melekit). Kacau semua dan mop lantai seperti biasa. Hasilnya lantai akan bersih dan berkilat.
5. Lantai bilik mandi berkerak pun hilang
Kalau lantai bilik mandi berkerak, selain tuang Clorox boleh juga menggunakan cuka untuk membersihkannya.
Caranya campurkan garam dengan air cuka dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan pada lantai yang berdaki atau kotor. Gosok dengan berus kemudian bersihkan dengan air.
Terung goreng berlada ni tengok je pun kita dah tahu sedap. Memang ramai peminat lauk ini, dapat pulak yang pedas kan.
Hidangan ini memang mudah saja membuatnya tapi ada juga yang belum mahir. Bagi yang suka lauk ini dan nak masak sendiri boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Arieza Rieza.
Bahan-bahan
Terung – dipotong dan dibelah
Cili padi
cili besar
Bawang merah
Bawang putih
IKan bilis halus
(Kuantiti bahan ikut cita rasa)
Cara membuat:
1. Tumbuk atau kisar kasar bahan-bahan di atas kecuali ikan bilis.
2. Terung yang dibelah tadi digoreng terlebih dahulu. Tip untuk pastikan warna kulit terung kekal pastikan bahagian kulit di atas dan bahagian isi saja yang kena minyak. Goreng seketika saja. Angkat dan ketepikan.
3. Guna lebih minyak tadi untuk goreng ikan bilis hingga garing.
4. Kemudian masukkan bahan tumbuk, tumis seketika dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
5. Kacau seketika. Bila bahan tumismasak masukkan terung tadi. Gaul hingga rata kemudian bolehlah diangkat dan hidangkan.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.