6 Tip Kalau Makan Sorang-sorang Di Tempat Awam

2329

 

Walau pun ada ramai kawan tapi ada masanya kita kena makan sorang-sorang. Malah bagi yang belum ada pasangan ini juga perkara biasa yang perlu dihadapi.

Tapi sungguh pun biasa, bukan senang kalau nak makan seorang diri di restoran atau kafe. Ia menimbulkan kejanggalan dan disebabkan itu ramai yang tak sanggup melakukannya.

Tapi kalau dah terpaksa macam mana? Ini tip untuk korang yang kena laluinya.

1. Lupakan apa orang lain fikir

Pertama sekali selalunya bila makan sorang-sorang kita mesti anggap orang lain fikir kita ni takde kawan sangat, single atau forever loser.

Selalunya orang takde pun melabel kita sebegitu, kita sendiri pun takde masalah kan bila tengok orang lain makan seorang. Semua itu cuma tanggapan kita saja. Ini yang kita kena cakap kat diri bila makan sorang.

2. Sila cari kafe atau restoran yang tak ramai orang

Kalau nak rasa selesa, orang pun tak tengok-tengok kita sebaiknya pilihlah kafe yang kurang pelanggannya. Ia untuk mengurangkan rasa janggal korang.

 

3. Elak pergi makan waktu puncak

Sebaiknya pergi makan pada bukan waktu puncak seperti lunch hour antara pukul 12-2.00 petang. Ini memang waktu makan tengah hari kebanyakan orang yang bekerja.
Tapi kalau tak boleh elak, sila guna tip no.2 tu.

4. Pilih meja yang tersorok sikit

Lepas dah dapat tempat makan yang sesuai, korang pilih meja yang tersorok sikit dalam restoran. Kalau boleh pilih meja yang ada dua tempat duduk saja so takdelah nanti bila tetiba restoran penuh kena kongsi meja dengan orang lain pulak. Kan tak selesa.

Tapi kalau dah takde pilihan kena kongsi kerana tempat makan penuh, korang kenalah pasrah. Masa ni janganlah korang makan lama-lama atau bersantai sangat. Lepas makan, habiskan minuman dan makanan dah turun  ke perut bolehlah bangun.

5. Layan telefon, buku atau majalah

Sementara tunggu makanan sampai, pelayan datang atau selesai makan bolehlah main telefon dulu.

Kalau nak nampak sibuk bawalap top dan buat kerja sementara makanan sampai. Boleh juga bawa buku, akhbar atau majalah untuk korang baca supaya tak bosan.

 

 

6. Pesan makanan yang ringkas

Dah tahu makan sorang-sorang janganlah pesan banyak makanan sampai mengundang mata memandang semacam.

Kalau rasa nak makan banyak, pesanlah satu satu dulu. Lepas makan kemudian pesanlah pulak dessert so takdelah nampak kita kemaruk sangat.