Masalah lalat yang berterbangan waktu makan memang merimaskan, apatah lagi kalau banyak. Takkan nak sembur dengan penghalau lalat pula waktu sedang makan.
Kalau tak tahan dengan kehadiran lalat yang banyak mungkin boleh cuba petua ini. Jangan bimbang langsung tak gunakan bahan kimia.
Pada kita bau kedua bahan ini mungkin sedap tapi tidak pada lalat. Sebab itu ada petua menggunakan kedua bahan ini untuk menghalau lalat.
Caranya potong dua limau purut atau lemon kemudian cucuk cengkih pada isi limau. Letakkan di atas meja atau di tempat yang banyak lalat. Katanya boleh halau nyamuk juga.
Ambil segenggam serai wangi dan bersihkan. Kisar kering kemudian campur bahan ini dalam secawan air. Perap semalaman. Keesokkan hari, tapis hampas dan masukkan dalam botol semburan. Sembur pada bahagian meja, table top, tingkap dan pintu supaya lalat tidak mendekati.
Tumbuk kulit kayu manis kemudian taburkan serbuk ini di atas meja makan atau di tempat lalat berkemurumun
Ambil daun kari kemudian rendam dalam air bersih. Bau daun kari akan membuatkan lalat menjauhi. Boleh juga meletakkan terus beberapa tangkai daun kari atas meja untuk mengelak kehadiran lalat.
Ramai tak tahu timun juga adalah sejenis sayuran yang tidak disukai lalat. Jadi letakkan hirisan timun pada tong sampah, singki, table top atai meja makan.
Nyalakan lilin ketika menghidang lauk pauk di atas meja, insya-Allah lalat tidak akan datang kerana haba. Untuk kesan lebih baik gunakan lilin aroma terapi aroma herba.
Ini cara yang selalu digunakan oleh pengusaha kedai makan. Boleh juga guna di rumah. Gantung saja pada tingkap atau pintu. Cara ini dikatakan mempengaruhi deria penglihatan lalat Ada juga yang tambah syiling untuk memberi kesan silau kepada lalat.