Barang aksesori dari emas, berlian, emas putih, platinum, berlian mahu pun mutiara memang mahal harganya.
Sebab itu kena ada ilmu sebelum membelinya supaya kita tak mudah tertipu. Ini adalah sebahagian daripada tip yang boleh anda gunakan untuk membezakan barangan kemas yang dibeli itu tulen atau tiruan.
1. Magnet
Ramai yang pesan kalau nak masuk kedai emas bawa magnet, memang betul pun. Barangan kemas yang disadur dengan besi atau aloi akan pantas melekat pada magnet. Sementara emas tulen tidak akan melekat.
2. Iodin
Untuk kenal pasti barang aksesori emas yang kita beli adalah tulen boleh juga menggunakan iodin. Sekiranya iodin disapu pada barang kemas dan meninggalkan kesan, itu adalah petanda barang tiruan.
3. Guna cuka
Emas tiruan akan bertukar gelap jika diletakkan dalam cuka. Sebab itu ia digunakan sebagai salah satu cara untuk menguji ketulenan barangan emas. Tuang cuka dalam gelas berisi cuka, letakkan cincin atau gelang emas kemudian biarkan selama lima minit. Lihat sama ada ia berubah jadi gelap atau tidak.
4. Uji dengan kapur
Untuk mengetahui barang kemas dari perak yang kita beli itu tulen boleh juga gunakan kapur tulis. Gosokkan barang perak tadi dengan kapur, jika ia berubah menjadi gelap itu tandanya ia barangan kemas perak yang asli.
5. Lihat bayang-bayang
Barangan kemas dari perak atau platinum kelihatan hampir sama, disebabkan itu mudah untuk mereka yang tidak bertanggungjawab menukarnya dengan besi yang murah.
Tapi beza barang perhiasan ini boleh dilihat dari bayang-bayangnya saja. Barangan perhiasan tiruan akan menghasilkan bayang-bayang berwarna hitam sementara platinum pula tidak memberi kesan sebegitu.
6. Kesan wap
Berlian asli tidak akan menghasilkan kesan wap bila anda menghembuskan nafas ke arahnya, sebaliknya berlaku pada berlian tiruan.
7. Mutiara asli kasar
Kita boleh mengenal pasti mutiara asli dengan cara menggigitnya. Mutiara asli akan terasa kasar seperti pasir. Mutiara tiruan pula akan lebih halus.