Jika teringin bercucuk tanam di rumah tapi tiada ruang, anda mungkin boleh mulakan dengan menanam sayur ini. Apa yang diperlukan untuk menanam sayur ini hanyalah segelas air saja.
Anda boleh mencambahkan helaian baru kubis Cina dengan menggunakan tampuknya. Cuma letakkan bahagian bawah tampuk dalam mangkuk dengan sedikit air dan tunggu beberapa hari untuk melihat ia mencambahkan daun yang baru.
Apa yang anda perlukan cuma gelas, air dan juga beberapa rumpun daun bawang atau pun sayur leek. Letakkan rumpun sayur ini ke dalam gelas berisi air dan ia akan kekal segar dan bercambah.
Daun yang mampu menyedapkan teh dan juga asam laksa ini sebenarnya cukup senang ditanam. Apa yang perlu dilakukan cuma letakkan daun pudina bersama rumpun yang berakar di dalam air.
Bagi memastikan anda mendapat bekalan daun basil yang berterusan anda tak perlu membelinya di kedai. Ia cukup mudah untuk dicambah.
Hanya letakkan daun ini bersama tangkai yang berukuran 4 inci panjang dalam segelas air dan dedahkan kepada cahaya matahari. Apabila lihat akarnya sudah bercambah dalam 2 inci alihkan ke dalam pasu.
Sama seperti kubis Cina, letakkan tampuk bawah sayur ini dalam air lebih kurang satu inci setengah selama beberapa hari. Apabila ada daun baru bercambah, alihkan ke dalam bekas yang sesuai.
Letakkan kentang ini dalam air menenggelamkan sebahagian besar kentang. Letakkan di tempat yang terdedah pada cahaya matahari.
Kentang ini akan mencambahkan daun baru tapi biarkan sehingga sedikit panjang. Apabila sudah berukuran lebih kurang 5 inci, tanggalkan tangkai daun ini dari ubi tadi. Letakkan dalam air dan ia akan mencambahkan akar. Apabila sudah panjang tanam dalam tanah. Pastikan tanaman ini disiram secukupnya.
Sumber: woohohome
Artikel berkait: