Ketika ini semakin ramai yang mementingkan pemakanan sihat dan salah satu yang diadakan di rumah untuk tujuan ini adalah air fryer.
Ramai yang dah membeli air fryer dan menggunakannya di rumah terutama untuk mengurangkan penggunaan minyak yang kita tahu sinonim dalam masakan harian kita.
Meskipun begitu ramai juga yang masih melakukan kesilapan ketika menggunakan air fryer ini. Berikut adalah 7 kesilapan yang dikenal pasti selalu dilakukan oleh pengguna air fryer.
Memang air fryer ada tetapkan had maksimum makanan yang boleh dimasukkan ke dalamnya. Tapi kita dinasihatkan tidak memasukkan makanan sampai had ini.
Sebabnya alat ini menggunakan udara panas untuk masak makanan dengan sempurna. Namun jika makanan terlalu banyak, putaran udara panas jadi tidak rata dan ini menyebabkan makanan mungkin kurang masak dan kurang sedap.
Guna air fryer ini konsepnya sama macam kita menggoreng. Kita kena panaskan kuali sebelum letak makanan, sama juga dengan air fryer. Panaskan dulu lebih kurang lima hingga tujuh minit sebelum masak apa-apa makanan.
Pastikan ayam, daging, ikan yang kita masak tidak terlalu basah atau banyak air jika masak guna air fryer. Ia menyebabkan makanan kita tak masak sempurna. Eloklah tos dulu ya.
Sebelum guna peralatan memasak kena pastikan ia dalam keadaan bersih. Sama juga dengan air fryer ini. Bila tak dibersihkan, bukan saja kotor tapi rasa makanan akan bercampur.
Ini ramai juga yang buat sebab sangka selepas masuk makanan dam air fryer ia boleh dibiarkan terus hingga masak.
Kena balikkan juga makanan terutama jika masak makanan berat seperti daging, ayam dan lain-lain. Kena jenguk-jenguk juga setiap beberapa minit dan terbalikkan supaya makanan masak sempurna seperti yang diinginkan.
Sebelum masukkan makanan tetapkan masa dan suhu yang sesuai untuk hidangan. Memang kena rujuk manual terutama bagi yang baru guna.
Meskipun kita gunakan air fryer untuk menyediakan makanan lebih sihat tanpa minyak tapi ini tak bermakna kita tak kena letak langsung.
Kena gunakan juga sedikit, sekadar oleskan makanan supaya hidangan akan lebih masak dan terasa rangup.