Melihat keadaan rumah selepas bah besar memang waktu paling menyedihkan. Banyak barang yang elektrik yang ditenggelami air. Namun tak semua barang elektrik yang ditenggelami air ini rosak.
Ada barang yang masih boleh digunakan tapi ia perlu dipastikan betul-betul bersih dan kering sebelum boleh kembali dihidupkan.
Bagi membersihkan dan menyelamatkan barang-barang elektrik ini perkongsian dari Ben Safwan
ini boleh dijadikan panduan. Semoga ia dapat membantu menjimatkan kos mangsa banjir.1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.
2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.
4. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 3 ke 4 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering ,boleh juga tembak dengan angin tapi guna hos kecil.
6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang setelah DIPERIKSA BETUL-BETUL KERING ( 3-4 HARI ) . JANGAN RUSHING
7. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.
Semoga tip ini dapat membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .
Sumber: Ben Safwan