Walaupun bayi baru lahir belum mampu meluahkan kata-kata tapi mereka mampu memberitahu sesuatu melalui pergerakan yang selalu dilakukan.
Sebab itulah sangat penting untuk ibu bapa yang baru menimang cahaya mata memahami makna di sebalik pergerakan ini.
1. Melengkung badan ke belakang
Apabila bayi membengkokkan badannya ke belakang ia mungkin reaksi terhadap kesakitan atau masalah angin.
Sekiranya dilakukan ketika menyusu, ia mungkin bermakna bayi sudah tidak mahu menyusu lagi. Ia juga mungkin memberi petanda bayi mengalami kolik atau masalah penghadaman.
Penjelasan pakar kanak-kanak, apabila asid dalam perut naik hingga ke bahagian esofagus atau dada, bayi akan membengkokkan badan ke belakang untuk mengurangkan ketidakselesaan.
Ads
Boleh jadi juga ia adalah respon kepada kekecewaan, marah ataupun kepenatan.
2. Selalu menendang
Jika pada masa itu bayi kelihatan gembira dan tersenyum, ia mungkin signal dia mahu bermain. Namun jika sikap bayi sebaliknya ia mungkin disebabkan sesuatu yang mengganggu keselesaannya seperti angin, lampin penuh atau kotor dan sebagainya.
3. ‘Head banging’/ menggoyangkan kepala ke depan dan belakang
Menurut pakar kanak-kanak bayi merasakan pergerakan seperti ini memberi keselesaan dan ketenangan buat dirinya.
Ads
Namun sekiranya dia melakukannya dalam tempoh yang lama sebaiknya berjumpa doktor. Perlu diketahui, kebanyakan bayi akan berhenti melakukan perkara ini pada usia 3 tahun.
4. Menggaru telinga
Bayi menggaru atau menyentuh telinga ia bukanlah bermakna mereka mengalami kesakitan pada bahagian tersebut. Ada pakar mengaitkan tindakan ini dengan pertumbuhan gigi pertama mereka.
5. Menggenggam jari
Bayi yang menggengam jari boleh jadi petanda mereka stres kerana lapar. Sekiranya anda melihat bayi melakukannya walaupun tidak menangis, respon anda mungkin perlu memberinya makan.
Ads
6. Melipat kaki
Apabila bayi melipatkan kaki hingga lutut hingga berada pada paras perut, ia boleh jadi petanda bayi mengalami masalah penghadaman, angin atau sakit perut.
Bantu bayi mengeluarkan angin dengan menepuk bahagian belakangnya.
7. Tangan terangkat ketika tidur
Ia berlaku jika bayi terganggu dengan bunyi bising, pergerakan atau pun cahaya.Ia akan mengejutkan bayi dan sekali gus menangis. Elakkannya dengan membendung tangan bayi ketika tidur dan elakkan persekitaran yang bising.
Perkara ini biasanya akan hilang selepas umur bayi tiga atau empat bulan.
Waktu cuaca panas tengah hari dan petang kalau dapat teguk minuman sejuk yang kaw, memang nikmat rasanya.
Tapi tak perlulah sampai nak keluar tengah panas terik ni untuk beli. Minuman ikat tepi macam ni memang kita boleh buat sendiri di rumah. Cuma kena tahu sukatan saja supaya rasanya kaw dan mantap. Nak senang ikut saja perkongsian dari Miz Juejue.
Nescafe Ais Kaw
Cara membuat:
Nescafe – 3 sudu kecil
Susu pekat -ikut kemanisan yang disukai
Air – setengah gelas (jangan banyak, nanti tak pekat)
Kacau lama hingga semua sebati
Masukkan ais dalam plastik/ gelas
Tuang air bancuhan tadi, letak straw sedia diminum
Boleh juga masukkan susu cair jika mahu.
Milo Ais Kaw
Cara membuat:
Milo – 4 sudu besar
Susu pekat – ikut kemanisan yang disukai
Air – setengah gelas (jangan banyak, nanti tak pekat)
Kacau lama hingga semua sebati
Masukkan ais dalam plastik/ gelas
Tuang air bancuhan Milo tadi, letak straw sedia diminum
Boleh juga masukkan susu cair atau fresh milk, rasanya macam Milo kotak
Jika nak buat Neslo, cuma tambah 2 sudu kecil Nescafe dan kurangkan serbuk Milo kepada 3 sudu.
Kopi Ais Kaw
Cara membuat:
Rendam 2 atau 3 sudu serbuk kopi
Rendam hingga nampak pekat
Kemudian tapis air kopi
Masukkan susu ikut kemanisan yang diingini
Jika terlampau pekat boleh tambah air suam
Masukkan ais dalam plastik dan tuang air kopi.
Ikat tepi letak straw, sedia untuk diminum.
Boleh tambah susu cair kalau suka.
Teh Ais Kaw
Cara membuat:
Rebus 3 cawan air dalam periuk sampai mendidih
Masukkan 3-4 sudu serbuk teh (jenama ikut citarasa).
Biar hingga mengelegak seminit dua, kemudian tutup api dan tapis teh
Saya guna tapis putih yang selalu kedai makan guna.
Masukkan susu pekat (ikut kemanisan yang dikehendaki)
Susu cair 3/4 sudu, jika nak rasa lemak-lemak lebihkan.
Masukkan sedikit garam – cubit hujung jadi saja (jika mahu)
Garam untuk lemakkan lagi rasa teh ais
Masukkan ais dalam gelas dan tuang air teh. Sedia untuk diminum.
Nak potong rambut anak kecil memang bukan mudah, kerana kebiasaannya mereka tak duduk diam membuatkan kita bimbang anak cedera.
Tapi ibu, Sharifah Erna berkongsi cara mudah untuk kita potong rambut anak terutama bahagian depan.
Menggunakan facemask sebagai pelindung mata, cara yang dikongsi sewaktu memotong rambut anaknya Medina nyata boleh sangat untuk kita praktikkan di rumah. Tak perlulah pergi ke salun semata-mata nak potong sikit bahagian depan.
Caranya cuma perlu letak facemask menutupi mata anak dan potong sama ada menggunakan gunting atau alat memotong rambut/shaver. Untuk lebih jelas boleh tonton video Tik Tok yang beliau kongsi.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...