Walaupun bayi baru lahir belum mampu meluahkan kata-kata tapi mereka mampu memberitahu sesuatu melalui pergerakan yang selalu dilakukan.
Sebab itulah sangat penting untuk ibu bapa yang baru menimang cahaya mata memahami makna di sebalik pergerakan ini.
1. Melengkung badan ke belakang
Apabila bayi membengkokkan badannya ke belakang ia mungkin reaksi terhadap kesakitan atau masalah angin.
Sekiranya dilakukan ketika menyusu, ia mungkin bermakna bayi sudah tidak mahu menyusu lagi. Ia juga mungkin memberi petanda bayi mengalami kolik atau masalah penghadaman.
Penjelasan pakar kanak-kanak, apabila asid dalam perut naik hingga ke bahagian esofagus atau dada, bayi akan membengkokkan badan ke belakang untuk mengurangkan ketidakselesaan.
Ads
Boleh jadi juga ia adalah respon kepada kekecewaan, marah ataupun kepenatan.
2. Selalu menendang
Jika pada masa itu bayi kelihatan gembira dan tersenyum, ia mungkin signal dia mahu bermain. Namun jika sikap bayi sebaliknya ia mungkin disebabkan sesuatu yang mengganggu keselesaannya seperti angin, lampin penuh atau kotor dan sebagainya.
3. ‘Head banging’/ menggoyangkan kepala ke depan dan belakang
Menurut pakar kanak-kanak bayi merasakan pergerakan seperti ini memberi keselesaan dan ketenangan buat dirinya.
Ads
Namun sekiranya dia melakukannya dalam tempoh yang lama sebaiknya berjumpa doktor. Perlu diketahui, kebanyakan bayi akan berhenti melakukan perkara ini pada usia 3 tahun.
4. Menggaru telinga
Bayi menggaru atau menyentuh telinga ia bukanlah bermakna mereka mengalami kesakitan pada bahagian tersebut. Ada pakar mengaitkan tindakan ini dengan pertumbuhan gigi pertama mereka.
5. Menggenggam jari
Bayi yang menggengam jari boleh jadi petanda mereka stres kerana lapar. Sekiranya anda melihat bayi melakukannya walaupun tidak menangis, respon anda mungkin perlu memberinya makan.
Ads
6. Melipat kaki
Apabila bayi melipatkan kaki hingga lutut hingga berada pada paras perut, ia boleh jadi petanda bayi mengalami masalah penghadaman, angin atau sakit perut.
Bantu bayi mengeluarkan angin dengan menepuk bahagian belakangnya.
7. Tangan terangkat ketika tidur
Ia berlaku jika bayi terganggu dengan bunyi bising, pergerakan atau pun cahaya.Ia akan mengejutkan bayi dan sekali gus menangis. Elakkannya dengan membendung tangan bayi ketika tidur dan elakkan persekitaran yang bising.
Perkara ini biasanya akan hilang selepas umur bayi tiga atau empat bulan.
Bila cuti sekolah anak-anak ada kat rumah, kenalah sediakan jajan. Salah satu yang boleh kita buat adalah coklat cip cookies.
Kalau nak buat cookies yang sedap ala ala jenama terkenal Famous Amos yang memang anak-anak suka boleh ikut cara yang dikongsi oleh Norhaidar ini. Bukan saja sedap, cara buat pun senang. Tak payah guna mixer pun.
Bahan-bahan:
250gm butter
1 1/2 cawan brown sugar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 1/2 cawan tepung (saya guna tepung Rose)
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
6 sudu minyak masak
Coklat cip
Badam cincang
Cara membuat:
Satukan butter, brown sugar, telur dan esen vanila kemudian gaul guna spatula, tak perlu mixer.
2. Selepas adunan sebati masukkan tepung, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonar dan secubit garam.
3. Gaul adunan hingga sebati, kemudian masukkan minyak masak. Gaul lagi.
4. Seterusnya masukkan coklat chip dan badam cincang. Gaul sebati dan simpan adunan dalam peti sejuk selama setengah jam.
5. Selepas satu jam keluarkan, ceduk agak-agak saiz sudu kecil (sudu KFC) dan susun jarak-jarak. Biarkan adunan kembang.
6. Kemudian bakar dalam oven guna api atas dan bawah, suhu 160 darjah Selsius selama 25 minit ikut kesesuaian oven masing-masing.
7. Sejukkan biskut yang dah masak dan simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.
Selalu di halaman rumah mesti ada rumput liar yang tumbuh celah rekahan simen atau celah bata. Malah tepi-tepi dinding pun ada juga. Kalau kawasannya lembap lagi cepat tumbuh. Walau dah dicabut, sekejap saja akan tumbuh semula.
Bagi mengelakkan rumput liar ‘degil’ ini muncul silih berganti kita boleh saja buat sendiri racun rumput. Hanya bancuh 5 bahan murah yang memang ada di rumah untuk buat racun ini.
Hasilnya 6 hari lepas sembur racun ini, lenyap rumput liar ini. Dah sebulan pun masih clear. Dikongsi oleh Hamidah Saad, ini caranya.
Nampak kelibat tikus dalam rumah kita memang akan mula risau. Kalau dah ada seekor tak lama lagi memang akan membiak. Kena setelkan cepat.
Memang ada cara mudah guna racun tapi kita pula rasa tak selamat. Tambahan pula kalau tikus mati akan berbau busuk jika tak jumpa bangkainya.
Ada juga yang cadang cara guna daun kari, daun pandan atau daun sirih tapi tak jalan.
Jika langkah di atas dah dicuba, mungkin boleh mempraktikkan cara guna kulit telur dan lada hitam pula untuk hindar haiwan ini dari masuk rumah. Caranya mudah dan murah juga.
Guna kulit telur
Caranya:
1. Basuh dan keringkan kulit telur.
2. Tumbuk atau kisar halus menjadi serbuk.
3. Tabur di penjuru dan sekitar rumah.
4. Selebihnya simpan dalam botol.
Cara ini bukan hanya tikus, malah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur pun tiada.
Tabur lada hitam
Kenal pasti laluan haiwan ini dan tabur saja lada hitam atau serbuk lada hitam di luar kawasan lubang tikus. Cara ini boleh membuatkan hidung tikus terganggu dan membuatkan haiwan ini menjauhi kawasan tersebut.