7 Pergerakan Bayi Yang menandakan Ada Sesuatu Tak Kena!

Share

 

Walaupun bayi baru lahir belum mampu meluahkan kata-kata tapi mereka mampu memberitahu sesuatu melalui pergerakan yang selalu dilakukan.

Sebab itulah sangat penting untuk ibu bapa yang baru menimang cahaya mata memahami makna di sebalik pergerakan ini.

1. Melengkung badan ke belakang

Apabila bayi membengkokkan badannya ke belakang ia mungkin reaksi terhadap kesakitan atau masalah angin.

Sekiranya dilakukan ketika menyusu, ia mungkin bermakna bayi sudah tidak mahu menyusu lagi. Ia juga mungkin memberi petanda bayi mengalami kolik atau masalah penghadaman.

Penjelasan pakar kanak-kanak, apabila asid dalam perut naik hingga ke bahagian esofagus atau dada, bayi akan membengkokkan badan ke belakang untuk mengurangkan ketidakselesaan.

Boleh jadi juga ia adalah respon kepada kekecewaan, marah ataupun kepenatan.

2. Selalu menendang

Jika pada masa itu bayi kelihatan gembira dan tersenyum, ia mungkin signal dia mahu bermain. Namun jika sikap bayi sebaliknya ia mungkin disebabkan sesuatu yang mengganggu keselesaannya seperti angin, lampin penuh atau kotor dan sebagainya.

3. ‘Head banging’/ menggoyangkan kepala ke depan dan belakang

Menurut pakar kanak-kanak bayi merasakan pergerakan seperti ini memberi keselesaan dan ketenangan buat dirinya.

Namun sekiranya dia melakukannya dalam tempoh yang lama sebaiknya berjumpa doktor. Perlu diketahui, kebanyakan bayi akan berhenti melakukan perkara ini pada usia 3 tahun.

4. Menggaru telinga

Bayi menggaru atau menyentuh telinga ia bukanlah bermakna mereka mengalami kesakitan pada bahagian tersebut. Ada pakar mengaitkan tindakan ini dengan pertumbuhan gigi pertama mereka.

5. Menggenggam jari

Bayi yang menggengam jari boleh jadi petanda mereka stres kerana lapar. Sekiranya anda melihat bayi melakukannya walaupun tidak menangis, respon anda mungkin perlu memberinya makan.

6. Melipat kaki

Apabila bayi melipatkan kaki hingga lutut hingga berada pada paras perut, ia boleh jadi petanda bayi mengalami masalah penghadaman, angin atau sakit perut.

Bantu bayi mengeluarkan angin dengan menepuk bahagian belakangnya.

7. Tangan terangkat ketika tidur

Ia berlaku jika bayi terganggu dengan bunyi bising, pergerakan atau pun cahaya.Ia akan mengejutkan bayi dan sekali gus menangis. Elakkannya dengan membendung tangan bayi ketika tidur dan elakkan persekitaran yang bising.

Perkara ini biasanya akan hilang selepas umur bayi tiga atau empat bulan.

 

Sumber: Elitereaders

Published by
VK