7 Perkara Akan berlaku Pada Tubuh Jika Kita Makan 2 Biji Telur Sehari

Share

 

Kebaikan memakan telur ayam sering kali dipersoalkan. Walhal ia telah terbukti melalui pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya.

Tak kira telur rebus, separuh masak, scramble egg dan sebagai, makanlah dalam jumlah dua biji sehari. Sebabnya ada banyak sekali manfaat yang terselindung di sebalik amalan ini.

1. Lindungi otak, baiki memori

Telur turut mengandungi vitamin yang dipanggil choline yang sukar ditemui dalam bahan makanan lain. Ia adalah unsur yang memperbaiki fungsi otak dan memori. Amalan makan 2 biji telur sehari akan memastikan tubuh mendapat cukup nutrien ini.

2. Kurangkan rasa lapar

Telur kaya dengan protein, kajian menunjukkan sarapan yang kaya dengan zat ini akan menyebabkan kita rasa kenyang dalam jangka masa yang panjang. Ia sekali gus mengelakkan pengambilan jajan sebelum waktu makan utama.

3. Kekalkan kesihatan mata dalam tempoh yang lama

Lutien dan zeaxanthin adalah dua jenis antioksidan yang ada dalam telur yang mana cukup baik untuk kesihatan mata. Pengambilan dua bahan ini dalam diet akan mengekalkan kesihatan mata pada jangka masa yang lama.

4. Vitamin D bantu serap kalsium

Kandungan vitamin D yang ada dalam telur cukup penting kerana ia membantu tubuh menyerap kalsium yang mana perlu bagi memastikan tulang dan gigi kita kuat.

5. Otot makin sasa

Jika anda dalam usaha membina otot untuk nampak lebih, protien adalah kuncinya, jadi amalkan pengambilan dua biji telur sehari.

Tak perlu elakkan kuning telur kerana kajian menunjukkan bahawa memakan sebiji telur selepas bersenam adalah lebih baik untuk pembentukan otot berbanding hanya mengambil putih telur saja.

6. Hasilkan darah baru

Telur mengandungi banyak unsur folat. Ia adalah jenis vitamin B yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah baru. Cukup penting terutama buat ibu-ibu hamil.

7. Kurangkan risiko kanser

Selain untuk otak, choline yang sangat diperlukan untuk otak, juga mengurangkan risiko kanser. Mengikut kajian, bagi wanita yang makan telur mengikut dosnya, risiko kanser payudara menurun sebanyak 18%.

Sumber: Dailymail

 

 

Published by
VK