7 Perkara Kita Perlu Buat Pada Hari Jumaat

Share

 

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan pada hari ini ada beberapa amalan sunnah yang disarankan untuk kita lakukan. Antaranya adalah 7 perkara berikut:

1. Banyakkan selawat

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku.” Para sahabat berkata : “Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?” Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah S.W.T. mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumaat

“Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”(Shahih HR. Bukhori dan Muslim). Mengikut Abu Sa’id Al-Khudri, hukum mandi Jumaat adalah wajib bagi lelaki-lelaki yang baligh. Tidak wajib bagi kanak-kanak, wanita, orang sakit dan musafir. Digalakkan untuk mandi Jumaat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat.

3. Mengenakan minyak wangi

Nabi S.A.W. bersabda : ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulai khutbah, dia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.” (Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

4. Segera berangkat ke masjid

Bagi lelaki, jika mendengar azan pertama yang berkumandang di masjid, itu tandanya panggilan untukdatang ke masjid. Sekiranya  sedang bekerja atau berniaga, anda perlu meninggalkan pekerjaan anda sebentar dan ke masjid untuk solat Jumaat dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam masjid.
Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.” (Shahih HR. Bukhari).
Dan anda digalakkan untuk tidur selepas solat Jumaat kerana itu adalah Sunnah baginda.

5. Memotong kuku

Kita digalakkan merapikan diri pada hari Jumaat dan ini termasuklah memotong kuku. Ia dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.

Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut.

6. Membaca Surah al-Kahfi

Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.

Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.

Rasulullah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)

7. Perbanyakkan zikrullah dan doa

Berzikir dan berdoa tidak terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya.

Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Sumber

Published by
VK