Ads
Home Makan 7 Petua Mudah Elak Biskut Raya Jadi Lemau

7 Petua Mudah Elak Biskut Raya Jadi Lemau

Ads

 

 

Penat-penat buat biskut tapi dah lemau sebelum raya. Ini memang mengecewakan. Jadi untuk mengelak biskut yang anda hasilkan dengan susah payah itu lemau malah kekal rangup ikut tip ini.

1. Biarkan biskut terbuka terlebih dahulu

Sebaik sahaja biskut dikeluarkan daripada ketuhar, biasanya ia agak lembik. Jadi, jangan terus simpan dalam bekas, sebaliknya biarkan beberapa saat di udara sehingga biskut betul-betul sejuk, barulah dimaasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Ads

Jika disimpan ketika masih panas atau dicampur bersama biskut lain di dalam bekas yang sama, biskut akan mudah rosak dan lemau.

2. Keringkan bekas sepenuhnya sebelum simpan biskut

Ini mudah saja. Ambil tuala kering kemudian lap bersih bekas kuih dan anginkan beberapa saat atau mahu lebih terjamin, jemur terus di bawah cahaya matahari. Jika anda ingat, pasti masa kecil-kecil dahulu ibu anda selalu buat begini bukan?

Ads

3. Guna bekas kedap udara

Pilih bekas menyimpan kedap udara atau balang berpenutup yang dilengkapi penutup khusus untuk biskut supaya tahan lama dan kekal rangup.

4. Masukkan bungkusan kecil garam dalam balang kuih

Selain menggunakan gel silica dalam bungkusan, kelembapan udara dalam balang juga boleh dikurangkan dengan garam. Bungkus satu hingga dua sudu teh garam dengan kain bersih lalu masukkan ke dalam balang.

Ads

5. Alas setiap lapisan biskut dengan kertas kalis minyak

Dengan meletakkan kertas kalis minyak pada setiap lapisan biskut, ia akan membuatkan biskut kekal rangup kerana kertas kalis minyak berfungsi menyerap lebihan munyak pada biksut.

6. Taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas menyimpan biskut

Ini petua Melayu lama yang sangat berkesan bagi memastikan biskut raya tahan lama dan tidak berbau.

7. Jemur tepung / gula sebelum buat biskut

Orang zaman dulu menggunakan tepung dan gula yang dijemur bagi membuat kuih raya. Ini bagi memastikan biskut yang dihasilkan lebih ringan dan tahan lama. Tepung yang dijemur akan memberikan kerangupan dan rasa yang enak.

Mudah saja bukan. Praktikkan ya.

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI