
Isi Kandungan
ToggleSuami terlibat dalam kemalangan 3 Mei lalu bila motor yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan dipercayai Hilux.
Kejadian tersebut menyebabkan Muhamad Ridzuan cedera parah dan terlantar tidak sedarkan diri sehingga kini.
75 hari berlalu, si isteri membilang hari menunggu suami sedar agar kehidupan mereka bersama anak kembali ceria seperti dulu.
Dalam kesibukannya menjaga suami yang terlantar di rumah, Siti Rohayu mengambil sedikit masanya membuat coretan di laman sosial Facebook.
Hampir setiap hari akan ada catatan dari Siti Rohaya tentang perkembangan suaminya walau pun tidak banyak berubah.
Catatannya bersahaja tapi meruntun kalbu kerana si isteri selalu memuat naik foto-foto lama ketika suami masih sihat dan ceria.
Dari foto-foto dikongsi Jelas kelihatan keduanya pasangan romantis, bapa yang penyayang yang suka merakamkan gambar bersama pasangan dan anak-anak.
VK kongsikan sebahagian catatannya, selebihnya anda boleh baca di Facebook Siti Rohayu
Sekadar berkongsi cerita
Anak-anak masih kecil perlukan aby
Makin arif
Sedarlah dah lama aby tidur
Bukan menagih simpati, hanya perlukan semangat
Jangan tinggalkan kami…
Rindu nak tengok gelak ketawa aby
Berilah peluang kedua
Sama-sama kita doakan agar suami Siti Rohayu sedar dari koma dan pulih untuk mereka kembali menjadi kehidupan bahagia seperti dulu.
Sumber: Siti Rohayu
– vanillakismis
3 Ciri Perogol Dalam Rumah, Ibu Tolong Perhati!

Isi Kandungan
Toggle
Perogol dalam rumah! Ayah rogol anak, abang rogol adik, malah ada datuk yang sudahpun berumur 80 tahun merogol cucu.
Membaca berita sebegini di media massa buat hati kaum wanita cukup beremosi. Jijik!
Namun masalahnya inilah jenayah yang semakin banyak terjadi hari ini dan akan mengancam institusi kekeluargaan jika tidak ditangani.
Ibu dan ahli keluarga sebenarnya cukup berperanan dalam mencegah jenayah paling keji ini. Salah satunya adalah dengan cepat mengenal pasti ciri-ciri perogol dalam rumah ini.
Menurut penganalis jenayah Kamal Affendi Hashim, ciri-ciri ini boleh dikesan melalui tahap sebelum seseorang penjenayah seksual melakukan perbuatan terkutuk itu.
Kenal pasti percubaan-percubaan
Beliau berkata tiga tahap tersebut adalah:
1. Tahap persediaan mental
2. Tahap persiapan dan ketiga
3. Tahap percubaan oleh penjenayah seksual.
Jelasnya ibu atau ahli keluarga boleh mengesan perbuatan keji ini terutama pada tahap ketiga.
“Sebelum melakukan perbuatan keji merogol, penjenayah seksual ini akan melalui tiga tahap ini.
“Pertama persediaan dalam mental, kedua persiapan iaitu apa perlu mereka lakukan contoh memberi hadiah kepada mangsa dan sebagainya.
“Peringkat ketiga adalah percubaan atau attempt sebelum lakukan jenayah. Ada yang dilakukan secara perlahan-lahan.
“Misalnya masa anak tengah mandi, macam tak sengaja bukak pintu bilik air, mandi dengan anak, peluk anak waktu tidur dan sebagainya.
“Ahli keluarga boleh nampak perkara ini sebenarnya tapi bagi si anak atau mangsa ia mungkin dianggap sebagai perbuatan kerana sayang,”jelas Kamal.
Kena percaya anak!
Tegasnya sekiranya ibu atau ahli keluarga melihat perkara ini berlaku berterusan atau nampak berlaku kejanggalan dalam perbuatan bermakna ada asas untuk mempercayai jenayah itu sedang dalam proses berlaku.
“Ketika ini ibu atau ahli keluarga kena main peranan. Penting sangat untuk mempercayai anak. Ibu harus percaya kebolehan anak untuk mentafsir sesuatu perkara.
“Ada sesetengah ahli keluarga tak percaya contohnya bila anak kata datuk pegang bahagian tertentu tubuh mereka.
“Walau pun percubaan itu sedikit tapi ibu kena percaya. Kena halang kejadian buruk dari berlaku.
“Sekiranya ibu sendiri tidak percaya pada siapa lagi anak nak mengadu. Boleh jadi anak akan lari dari rumah dan mencetus masalah lain lagi,”terang Kamal lagi
Apa perlu anak buat
Dalam pada itu pesannya, sekiranya anak atau mangsa perogol dalam rumah tidak tahu ke mana hendak dituju, mereka boleh menghubungi Talian Kasih 15999 kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memohon bantuan. Ataupun mangsa boleh terus saja ke hospital atau pun membuat laporan di balai polis.
Dua Risiko Menanti Jika Guna TV Box Secara Haram

Isi Kandungan
ToggleDalam era globalisasi di mana segala perkara kini hanya boleh diakses dengan mudah melalui hujung jari, secara atas talian (online) sahaja. Pelbagai kandungan terutama hiburan boleh diperoleh malah ada yang sanggup melakukannya secara haram kerana mahu menjimatkan kos.
Antaranya dengan melakukan penstriman secara haram dengan penggunaan ‘TV Box’ yang boleh didapati dengan harga yang amat murah. Meskipun tidak perlu membayar harga langganan tapi tahukah anda akan risiko yang menanti.
Tindakan ini bukan saja salah di sisi undang-udang tapi juga paling bahaya mereka yang melakukan penstriman haram ini seperti membenarkan penjenayah siber masuk selangkah ke dalam kediaman dan memberikan ‘kunci’ kepada mereka untuk mengakses segala data peribadi milik keluarga anda.
Penstriman Haram Jalan Pintas Buat Penjenayah Siber!
Kotak TV atau (TV Box) haram mempunyai potensi tinggi sebagai jalan utama penjenayah siber, kerana mereka tidak melakukan proses pelesenan melalui saluran yang betul.
Lebih parah lagi apabila peranti-peranti ini disediakan tanpa mengikut standard keselamatan yang ketat, yang bertindak melindungi para pengguna di platform yang sah.
Di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022, penggunaan ISD dianggap sebagai kesalahan jenayah.
Ini bermakna, setiap kali anda mengakses kandungan secara haram, anda bukan sahaja terlibat dalam perbuatan yang salah, tetapi juga berisiko menghadapi tindakan undang-undang.
Berbaloi Ke Penstriman Haram, Jika Berdepan Tindakan Undang-Undang?
Terdahulu, Astro salah satu penyedia TV berbayar terkemuka di Malaysia, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran, hotel, dan beberapa individu yang didapati menggunakan kotak TV ini untuk menstrim kandungan mereka.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, memandang serius bahawa cetak rompak memberi implikasi yang amat buruk terhadap industri kandungan.
Ini sekaligus memberi impak yang cukup dahsyat kepada pelaburan dalam program berkualiti, dalam masa sama meletakkan keselamatan para pengguna dalam risiko. “Jika anda ditangkap menggunakan kotak TV haram, denda yang dikenakan boleh sangat tinggi.
“Walaupun kotak TV haram kelihatan seperti cara mudah untuk mendapatkan kandungan, namun kesan yang berpotensi – daripada serangan siber hingga masalah undang-undang – menjadikannya terlalu berisiko dan tidak berbaloi,” tegasnya.
Jadi tepuk dada tanyalah selera, berbolaikah anda melakukan penstriman secara haram ini yang akhirnya akan membawa anda ke muka pengadilan hingga terpaksa berdepan tindakan undang-undang?
Doa Isteri itu Makbul & Ajaib! Ramadan Ini Suami Kembali Ke Pangkuan Keluarga Datuk Seri Dr. Wan Azizah

Isi Kandungan
Toggle
Hampir 20 tahun beliau mencari keadilan dan membela suami, hari ini perjuangan Datuk Seri Dr. Wan Azizah bakal sampai ke kemuncaknya.
Diberi pengampunan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali semula ke pangkuan keluarga di awal Ramadan ini setelah sekian lama berpisah.
Tak dapat dinafikan apa yang berlaku ini semuanya kerana perjuangan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah!
‘Makbulnya doa dan ajaibnya doa seorang isteri yang tak putus asa berjuang untuk suami.’ Demikian perkongsian Ustaz Ebit Lew tentang Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri.
Berkat Ramadan
Syukur pada Allah. Terima kaseh Allah. Dari saya kecil saya sangat menyayangi ulama. Saya juga menyayangi pemimpin baik yang menegakkan kebenaran. Esok Rabu berkat Ramadhan…Tarawih dan Allahuakbar selamat kembali ke pangkuan keluarga dan meneruskan perjuangan.
Saya cuma ingin kita semua bahagia dan masuk syurga. Hati saya tak senang melihat mana-mana orang dihina. Walau wanita yang dizalimi oleh suaminya. Anak kecil yang lapar atau terbiar. Tidaklah membenci sesiapa cuma memang tak boleh tahan tengok orang dianiaya dan dizalimi.
Melihat kepada keluarganya. Saya tahu beliau seorang yang bawa Islam dalam keluarganya. ISLAM itu boleh lihat pada diri seseorang itu dan keluarganya.
Semoga beliau terus istiqamah atas kebaikan. Pengorbanan beliau isteri dan anak-anak. Benarlah disebalik seseorang yang hebat itu rupanya Allah anugerahkan isteri yang sangat kuat.
Isteri & anak tetap menjaga akhlak
Doa seorang isteri itu makbul. Doa isteri itu ajaib. Inikan pula doa dan perjuangan. Membesarkan anak seorang diri saat suami di dalam penjara. Ya Allah…Allah beri ketabahan dan hadiahkan anak-anak yang baik dan sentiasa senyum walau ujian belum berhenti.
Anak berdiri depan penjara menanti ayah…Lihatlah isterinya dan anaknya yang menjaga akhlak dan pertuturan. Berjuang dan berkorban buat suami. Buat ayahnya. Sanggup memaafkan dan korbankan perasaannya dengan selalu memaafkan demi kebaikan rakyat Malaysia..Semoga Allah rahmati keluarga ini dan semua keluarga di Malaysia.
Tanpa susah seseorang itu tidak boleh memahami susah orang lain. Kesusahan yang disandarkan pada Allah ialah ilmu yang terus diberi oleh Allah. Semua Nabi dan orang soleh melalui susah dan sakit. Supaya mereka rasai setiap sakit perit orang lain. Mereka selalu teringat sakit mereka saat mengadili orang lain.
Semua ini menjadi sejarah
Benarlah rahmat Allah di sebalik susah. Saya ingat masa beliau dimasukkan dalam penjara lagi. Di mahkamah. Katanya semua ini akan menjadi sejarah. Bukan hari ini tapi sampai ke anak cucu kita akan membaca. Masa tu tak faham lagi.
Kini melihat keajaiban doa ulama dulu-dulu. Orang soleh. Doa ibubapanya. Menangis saat beliau pulang melihat orang tersayangnya meninggal dunia. Ya Allah…
Masa yang berlalu tidak sempat melihat anaknya membesar. Tidak sempat jaga keluarga tercinta saat sakit. Tidak sempat ke sana sini. Cuma duduk dalam penjara. Solat, berdoa,baca buku,baca Al-Quran. Tapi sentiasa senyum dan cakap yang baik..
Pastinya iman dan cinta pada Allah yang memberi kekuatan untuk semua itu…
Syukur dapat membaca surat ini
Dari saya remaja sekarang anak saya 4 orang. Syukur Allah izin dapat baca surat ini. Terima kaseh Allah..
Semoga Allah rahmati dan beri hidayah berterusan buat semua pemimpin DYMM YDP Agong. Dan semua pemimpin negara dan setiap negeri. PAKATAN, PAS,BN,DAP, dan semua. Teruskan dakwah dan doa buat semua.
Semoga Allah tambahi hidayah buat kita semua dapat jaga Islam dan didik anak kita dengan Islam serta berakhlak dengan akhlak mulia pada semua berbeza bangsa dan agama. Semua orang baik dan mulia. Juta rahmat yang kau beri kepada mereka berilah sedikit pada saya yang lemah dan mengharap redha Allah- ebit lew
Sumber: Ebit Lew , foto: Malaymail