Masalah pepijat pada tilam atau kusyen memang meresahkan. Walaupun saiznya kecil tapi jika digigit memang mendatangkan masalah. Bahagian kulit yang digigit pepijat akan kemerahan dan juga gatal sangat. Malah kegatalan ini berpanjangan, lagi risau jika pepijat ini menggigit anak-anak kecil.
Selain kesan gigitan, kita boleh tahu kehadiran pepijat ini bila ada kesan seperti darah atau seakan karat. Pepijat juga akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan dan kuat.
Jika ada tanda ini cubalah perhati di bahagian tepi dan celah celah tilam. Tak mustahil ‘si kecil’ ini sedang berlindung di situ.
DIY hapuskan pepijat
Cara mudah gunakan servis untuk menghapuskan serangga ini, tapi ia memakan modal. Selain itu ada beberapa cara yang boleh kita buat sendiri untuk menghapuskan pepijat ini.
Ads
1. Gunakan pengering rambut
Pepijat ini alah pada haba atau kepanasan. Boleh halakan pengering rambut pada celah-celah tilam. Buat 3-4 kali. Namun, kena tahan sedikit bau busuk yang dikeluarkan pepijat. Pastikan sembur dengan teliti di setiap celahan tilam & kain cadar untuk menghapuskannya.
2. Sembur
Gunakan spray menghapus serangga yang banyak dijual. Boleh guna Baygon atau Ridsect. Sembur dan biarkan seketika kemudian vacum. Lakukan 4-5 kali supaya semua pepijat hilang. Pastikan juga buang sedutan dalam vacum kerana pepijat boleh hidup dan merebak dari situ jika tak dihapuskan.
3. Jika ada gel silica, tabur pada tilam
Gel ini berguna untuk menyedut cecair, tabur di kawasan sarang pepijat untuk menyerap cecair dan pepijat akan mati kerana dehidrasi.
4. Guna baking soda
Caranya dengan menuangkan serbuk baking soda ke dalam mangkuk dan sapu serbuk tersebut ke bahagian yang mungkin didiami pepijat dengan menggunakan berus. Biarkan selama seminggu sebagai ikhtiar untuk membunuh pepijat dan telurnya.
Ads
5. Keringkan cadar dalam mesin pengering
Haba yang panas akan membunuh pepijat, jadi basuh cadar yang ada pepijat dengan air panas dan keringkan guna pengering.
6. Guna daun durian belanda
Ini petua orang tua, ambil durian belanda dan selitkan pada celah-celah tilam. Katanya haiwan kecil ini alah pada kepada daun ini. Boleh cuba, terutama selepas lakukan semburan untuk mengelakkan ia kembali.
7. Jemur tilam
Angkat dan jemur tilam dan kusyen yang ada pepijat di tengah cahaya matahari terik. Biarkan selama beberapa jam.
Ads
8. Ganti tilam baru
Jika sudah beberapa cara di atas digunakan dan pepijat masih ada, ada baiknya ganti dengan tilam baru. Buang jauh tilam lama kerana pepijat mungkin sudah banyak dan bersarang.
Cendawan enoki ini memang banyak kegunaan dalam masakan kita dan selalu saja kita beli. Cuma biasanya sebelum ambil cendawan ini kita hanya lihat keadaan cendawan ini secara kasar. Nampak elok terus ambil.
Tak ramai yang arif tentang cara memilih cendawan enoki yang segar dan terbaik untuk dimasak. Dikongsi oleh Chef Deedee Mansor, boleh guna penjelasan beliau ini sebagai panduan sebelum membeli cendawan ini.
Tip dari seorang chef
Dua hari lepas pergi pasar raya, nampak seorang akak nak ambil enoki yang sebelah kiri, tak sampai hati jadi kita tegur dan kongsi ilmu dengan dia.
1) Nak pilih enoki, pilih yang macam yang sebelah kanan, atasnya leper dan bukan macam belah kiri dah kecut dan kepala cendawan sudah kembang masuk angin serta air.
2) Bila picit rasa macam span basuh pinggan dan bukan rasa macam lembik dan berair.
3) Tengok warna cendawan sebelah kiri agak kekuningan, ambil yang masih cerah warnanya.
4) Periksa pek vacum dan pastikan tak masuk angin lagi.
Biasa kita buat telur rebus untuk hidangan atau menggunakan air tapi rupanya ada cara lagi mudah. Sebenarnya kita boleh saja buat telur rebus tanpa air.
Malah tempoh masak telur pun sekejap saja. Tak perlu tunggu air mendidih bagai, 5 minit dah masak telur. Macam mana cara buat telur rebus tanpa guna air ni? Ini cara yang dikongsi oleh Rozzana Junid.
Cara mudah rebus telur tanpa air
Jimat masa jimat tenaga. Tak sampai 5 minit masak elok tanpa ada cacat cela, pecah. Nak kupas kulit pun senang. Cara membuatnya;
1. Basuh telur dulu
2. Lapik periuk rice cooker lapik dengan 2 helai tisu. Renjis air supaya tisu lembap.
3. Kemudian susun telur dan on suis biar button naik sendiri.
4. Biarkan sekejap baru bukak penutup periuk. Sejukkan dulu sebelum dikupas.
Hanya salinan kad pengenalan atau salinan IC tapi jika ia diberikan pada mereka yang tidak bertanggungjawab, anda mungkin mengalami masalah.
Tak mustahil anda tiba-tiba terjebak dengan hutang yang tak pernah dibuat dengan hanya menggunakan salinan IC ini.
Tahu-tahu nama anda diguna untuk membuat pinjaman peribadi dari bank atau daripada ceti haram dan kemudian diminta membayarnya. Memang terianaya.
Lebih malang nama anda akan disenaraihitamkan dalam Credit Tip Of System (CTOS) serta CCRIS dan menyukarkan anda untuk permohonan kredit baru. Nampak simple tapi impaknya buruk.
Cara elak buat palang!
Cara untuk mengelakkan kejadian ini berlaku menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah dengan membuat garisan atau palang pada penjuru kanan salinan kad pengenalan.
Silangkan dan tulis urusan untuk salinan kad pengenalan itu, contoh urusan telco, urusan pinjamanan perumahan dan sebagainya.
Jangan tinggalkan begitu saja sebab ia boleh dimanipulasi oleh individu yang tidak bertangggung jawab.
Jika cuai anda boleh dibelenggu dengan hutang yang anda tidak pernah tahu dan anda tidak pernah peroleh pun duitnya.