Bagi yang bercucuk tanam di rumah, melihat kehadiran serangga memang boleh merisaukan. Ini kerana kebiasaannya serangga ini akan menjadi perosak tanaman. Bukan sekadar merosakkan malah ada yang menyebabkan pokok mati terus tanpa sempat merasa hasil.
Namun begitu tak semua kehadiran serangga ini merosakkan, ada beberapa jenis serangga yang kedatangannya memberi manfaat atau kebaikan kepada tanaman kita. Kalau jumpa 8 jenis serangga ini di kebun jangan musnahkan pulak ya. Serangga ini sebenarnya sahabat tanaman.
Serangga ini datang atas tujuan mencari makanan. Makanan kegemaran mentadak mentadu adalah seperti pepijat, aphid, belalang, cengkerik, lalat dan lain-lain. Mentadak juga dikategorikan sebagai serangga yang pelahap kerana tabiat makanan nya yang laju dan cepat. Jadi, ia boleh memusnahkan serangga perosak yang terdapat di laman dengan cepat.
Lebah membantu pendebungaan. Jika ada tanam pokok seperti tomato, tembikai, timun, pokok kelapa atau tanaman yang memerlukan pendebungaan untuk menghasilkan buah, lebah adalah pembantu yang terbaik.
Lebah juga, dikategorikan sebagai pollinators terbaik di dalam kitaran hidup tanaman. Oleh itu, kalau ada lebah di rumah, selagi tak mengancam keselamatan biarkan saja.
Sama seperti mentadak, ladybugs suka makan serangga yang kerap mendatangkan masalah kepada tanaman anda seperti Aphids, Whiteflies, Scale insects dan pelbagai lagi. Jadi biarkan saja jika nampak ia hinggap pada pokok sayur.
Selain menceriakan dengan warna yang unik dan menarik, rama-rama sebenarnya adalah antara agen yang diperlukan untuk melakukan pendebungaan.
5. Lacewings
Lacewings adalah serangga yang membantu untuk menyingkirkan aphids atau bena dan whiteflies pada tumbuhan. Bagusnya, ia memvsnahkan serangga perosak ini dari peringkat lava lagi.
Lacewig akan bertelur di atas lava whiteflies dan aphids. Apabila ia menetas, lava lacewing akan menjadikan whiteflies dan aphids tadi sebagai sumber makanan. Kalau nak lacewings datang ke kebun pastikan tiada ancaman semut kerana semut akan memakan telur lacewings dan melindungi aphids.
Selain sebagai indicator kepada kualiti persekitaran, serangga purba ini menjadikan nyamuk, lalat, kupu-kupu, lalat buah dan pelbagai lagi sebagai makanan.
Fungsi cacing tanah ini memang tak dapat dipertikaikan terutama untuk tanah itu sendiri. Selain banyak membantu memulihkan struktur tanaman, tinja yang dihasilkan oleh cacing mempunyai nutrient yang tinggi untuk tanaman. Oleh itu, kehadiran cacing tanah di kebun perlu dipupuk dan dirangsang lebih banyak.
Lebah bumble adalah antara lebah yang digunakan untuk tujuan pendebungaan. Namun saiznya lebih besar berbanding yang lain. Walaupun ia bersaiz besar dan kehadiran nya lebih jelas membuatkan kita panik, sebenarnya serangga ini tidak akan menyerang jika tidak diancam.
Yang ini ramai yang tak tahu. Memang ada sebahagian kecilnya akan memberi masalah, tapi secara asasnya tidak. Labah-labah membantu mengelakkan tanaman kita dari serangan nyamuk, lalat, belalang, semut, bena dan apa sahaja serangga jenis terbang.
Sumber: Impiana