Ketika ini ramai wanita yang mengalami masalah endometriosis walaupun usia masih muda. Bimbang dengan masalah kalangan wanita ini pakar sakit puan terkenal berkongsi petanda-petanda penyakit ini agar dapat ditangani sejak awal.
Ikuti perkongsian daripada Dr Hamid Arshat tentang penyakit endometriosis yang menurutnya bukan saja boleh merosakkan peranakan malah menyebabkan wanita dibuang rahim.
Penyakit endometriosis yang teruk merosakkan peranakan wanita, menimbulkan masalah kesuburan dan kemandulan, keguguran dan akhirnya bedah buang rahim.
Penyakit endometriosis disebabkan tisu-tisu darah haid, iaitu endometrium tumbuh di luar rahim. Darah haid tumpah kebelakang rahim, sering berlaku jika rahim retroverted atau pintu rahim sangat sempit. Sebab mengapa tisu-tisu endometrium tumbuh diluar rahim tidak diketahui, mungkin ada kaitan ketahanan atau immunity yang lemah.
1. Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umur remaja dan tidak hilang lepas kahwin.
2. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.
3. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.
4. Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.
5. Sakit pinggang khususnya waktu haid.
6. Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit di bawah perut.
7. Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umor dalam lengkongan 40an tahun.
8. Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan olih doktor pakar gyne , berserta tanda-tanda senggugut dan sukar hamil atau sering gugur.
Jika ada tanda atau gejala tersebut ambil langkah-langkah berikut;
Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovary dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang .
Buat bedah laparoscopy dan minilap untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.
Ada kala saya lakukan pembedahan ini pada gadis yang mengalami senggugut teruk. Bertujuan mengawal kerosakan peranakan. Endometriosis adalah penyakit yang berterusan dan merosak peranakan.
Lepas pembedahan penting untuk meningkatkan immunti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan pekuang hamil. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.
Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis
Elakkan makanan seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain. Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-kuih, aiskrim, coklat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.
Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-lain.
Saya galakkan makan ulam-ulaman , sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, dua batang lobak, dua batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
Esok untuk sarapan kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau
minyak kelapa dara. Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain.
Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buahan atau segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari elak makan nasi atau lain-lain makan jenis karbohidrat.
Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kubis, lobak, brokoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.
Suplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU. Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.
Sumber: Dr Hamid Arshat