Orang perempuan memang cukup seronok tengok baby kembar. Nampak comel sangat kan malah ramai yang teringin memiliki anak kembar ini. Tapi selalunya pasangan yang ada keturunan kembar lebih tinggi peluang untuk memilikinya.
Pun begitu mereka yang tiada genetik kembar pun ada peluang tapi kena usaha. Perkara ini dikongsi oleh Pakar Sakit Puan terkenal, Dr. Hamid Arshat.
Berikut adalah 8 tip yang boleh diusahakan oleh pasangan suami isteri untuk yang inginkan anak kembar.
Ini adalah kandungan kembar yang berusia 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
Peluang hamil bagi orang Asia hanya 1-2% sahaja, keluarga belah ibu dan wanita yang hamil pada umur 40 tahun keatas lebih cenderung untuk hamil anak kembar
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.
Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.
Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.
Pemakanan, supplemen tambahan dan rawatan yang membuka peluang untuk anak kembar juga perlu dititikberatkan.
Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplemen vitamin dan asid folik lebih berpeluang hamil kembar.
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
Orang-orang asli Afrika yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10 %. Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Semoga perkongsian ini berguna dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar!
Sumber: Facebook Dr Hamid Arshat