Bagi ibu bapa yang sudah ada punya dua atau tiga orang anak mungkin sudah berpengalaman memandikan bayi yang baru lahir. Tak jadi masalah.
Tapi yang baru pertama kali bergelar papa dan mama rutin memandikan bayi ini boleh jadi sesuatu yang mencabar dan perlu ditangani dengan lembut.
Dalam tempoh masih berpantang ini untuk memandikan bayi ada beberapa adab yang perlu ibu bapa perhatikan.Sebaiknya dipraktikkan sehingga selesai 40 hari berpantang.
1. Cuci dulu kotoran
Ketika ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab.
Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
2. Seeloknya waktu dhuha
Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
3. Mula dari bahagian belakang dulu
Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
4. Gosok lembut
Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
5. Siram perlahan-lahan
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
6. Sebaiknya bapa
Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, boleh berzikir dalam hati Ya Latif, Ya Hadi.
7. Elak bahagian muka
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
8. Hati-hati bahagian pusat
Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
9. Lap sampai kering
Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala seterusnya ke bahagian badan.
Masalah lebihan kulit ataupun skin tag biasa kita alami. Selalunya ia dilihat sekitar bahagian leher, ketiak, atau bahagian kulit yang bergesel. Punca skin tag atau kutil ini berkait dengan kegemukan, masalah gula dalam dalam, diabetes dan kehamilan.
Walaupun tidak berbahaya tapi ada kala saiznya yang agak besar menyebabkan ia jelas kelihatan terutamanya di bahagian leher. Bagaimana untuk mengatasi masalah skin tag ini yang mungkin menjejaskan penampilan?
Selain daripada rawatan oleh ahli dermatologi, bagi anda yang mahu menghilangkan skin tag secara semula jadi mungkin boleh cuba menggunakan cuka epal.
Cara-caranya
Anda hanya perlu meletakkan cuka epal di bahagian yang terlibat kemudian urut perlahan-lahan.
Ia mungkin perlu dilakukan berulang kali. Dari semasa ke semasa sebelum skin tags ini tanggal sendiri. Cara untuk melakukannya adalah seperti berikut:
1. Ambil kapas muka dan tuang cuka epal 2. Gosokkan pada skin tag 3. Anda mungkin perlu melakukannya dua atau tiga kali sehari selama beberapa hari hari atau minggu sehingga anda melihat perubahan pada skin tag. 4. Ia akan berubah warna menjadi semakin gelap dan kemudiannya jatuh sendiri.
Biasa berlaku di rumah kita, ada tempat-tempat yang jadi kesukaan kucing untuk kencing atau pun membuang najis.
Kadang-kadang bukan kucing belaan kita pun tapi entah kenapa suka sangat jadikan depan atau belakang rumah ‘port’ mereka membuang. Baunya memang busuk.
Dah cuci bersih tapi tetap juga kucing ni kencing dan buang najis di lokasi yang sama. Tension kan.
Bagi korang yang dah tak tahan dengan bau najis dan kencing boleh cuba kaedah yang dikongsi oleh Ella Ahmad ini. Guna bahan yang ada kat rumah saja. Senang sangat!
Bahan-bahan yang diperlukan
7-10 titis cuka makan
1/4 penutup pelembut kain
Air paip
Bekas spray
Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas spray dan goncang.
2. Sembur di tempat yang kucing suka kencing dan buang najis.
3. Sembur dua hari sekali, nak buat hari-hari pun boleh.
Menurut Ella lepas gunakan petua ini, porch rumahnya dah bebas dari bau najis dan air kencing kucing.
Bagi pelajar, guru atau mereka yang kerap perlu menaip kembali teks dalam buku sekarang ada cara untuk memudahkan kerja anda.
Dah tak perlu taip lagi ayat-ayat dalam buku yang panjang lebar itu, apa yang perlu cuma muat naik saja apps Google Lens untuk menyalin kembali teks ini.
Perkara yang sama juga boleh dibuat kalau anda mahu menyalin info dalam majalah atau poster.
Langkahnya adalah seperti di bawah.
1. Muat naik apps Google Lens dari Playstore
2. Buka apps Google Lens
3. Halakan kamera ke arah teks buku yang ingin disalin. Biarkan seketika sehingga teks tersebut dihighlightkan. Pastikan helaian berada dalam keadaan rata dan tidak melengkung.
4. Tekan button capture setelah semua teks yg diperlukan telah dihighlightkan.
5. Select teks yang ingin disalin. Tekan Copy text di bahagian bawah.
6. Buka note pad, Google Doc atau Mics Word kemudian tekan ‘paste’
7. Dah siap!
Senang saja kan. Mudahlah kerja cikgu-cikgu dan pelajar lepas ni.