Bagi ibu bapa yang sudah ada punya dua atau tiga orang anak mungkin sudah berpengalaman memandikan bayi yang baru lahir. Tak jadi masalah.

Tapi yang baru pertama kali bergelar papa dan mama rutin memandikan bayi ini boleh jadi sesuatu yang mencabar dan perlu ditangani dengan lembut.

Dalam tempoh masih berpantang ini untuk memandikan bayi ada beberapa adab yang perlu ibu bapa perhatikan.Sebaiknya dipraktikkan sehingga selesai 40 hari berpantang.

1. Cuci dulu kotoran

Ketika ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab.

Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

2. Seeloknya waktu dhuha

Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

3. Mula dari bahagian belakang dulu

Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

9 Adab Mandikan Bayi Baru Lahir, Disaran Praktik Oleh Bapa Hingga 40 Hari

4. Gosok lembut

Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

5. Siram perlahan-lahan

Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

Selain itu:  Usia Bayi Baru 2 Minggu Dr. Sheikh Muszaphar Sudah Latih Anak Meniarap. Ini Kelebihan Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

6. Sebaiknya bapa

Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, boleh berzikir dalam hati Ya Latif, Ya Hadi.

7. Elak bahagian muka

Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

8. Hati-hati bahagian pusat

Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

9. Lap sampai kering

Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala seterusnya ke bahagian badan.

Sumber : Baitus Solehah

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI