9 Kegunaan Garam Epsom Pada Tanaman. Boleh Maniskan Buah & Rawat Pokok Bermasalah

Share

Jika bercucuk tanam di rumah selain baja, garam Epsom ini wajib ada kerana ada banyak kegunaan atau manfaat untuk pokok.  Garam ini selalu digunakan di spa kecantikan tapi zat magnesium dalam garam ini juga sangat berguna untuk pokok sayur atau buah.

Antaranya menjadikan hasil pokok buah lebih manis, benih cepat bercambah, rawat daun pokok sayur kuning, kerinting, mengelak serangan perosak dan banyak lagi.

Untuk cara penggunaan garam ini dan sukatannya boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Puan Liyana Poad

Garam Epsom kena ada kalau bercucuk tanam

Manfaat dan cara penggunaan

1. Meningkatkan Percambahan Benih
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel benih.
Cara penggunaan: 1 cawan garam per 100 kaki persegi tanah atau campuran 1 – 2 sudu gaul dengan tanah semaian

2. Meningkatkan Penyerapan Nutrien (Akar Pokok)
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk memberi ‘makan’ kepada pokok, menambah garam Epsom kepada tanah akan meningkatkan lagi penyerapan secara semula jadi.
Cara penggunaan:1 sudu 1 pokok tabur pada tanah sekeliling pokok

3. Mengelak Transplant Shock (pokok terkejut selepas alih pasu atau ke tanah)
Sesekali selepas alih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar atau dari pasu ke tanah,  pokok akan layu (terkejut). Ini kerana akar pokok mungkin tercedera ketika proses pengalihan tersebut. Bagi mengelak pokok layu selepas dialih boleh gunakan garam Epsom.

Cara penggunaan: Tabur Epsom salt ke sekeliling pokok selepas alih dan tutup semula dengan lapisan tanah.

4. Rawat Daun Kekuningan
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun yang menguning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba percikan Epsom garam sekitar tanaman anda untuk mendapat dedaun yang sihat.

Cara penggunaan: Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda, serta mana-mana pokok, pokok renek, bunga dan rumput anda akan hijau semula.
Kadar : Siraman 1 sudu + 4 liter air 2 minggu sekali.

5. Elak Daun kerinting Untuk Pokok Cili
Mencegah masalah daun kerinting/leaf curling dengan Epsom salt. Daun kerinting disebabkan oleh kekurangan magnesium- dalam tumbuh-tumbuhan. Sekali lagi, tambah garam Epsom untuk tanah di sekeliling pangkal pokok yang sakit.

Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar Epsom garam dalam segelen air dan siram terus kepada daun.
Cara penggunaan: 2 sudu + 4 liter air, siram pada daun sebulan sekali

6. Mengelak Perosak Tanaman
Garam Epsom boleh digunakan untuk elak siput, ulat bulu, bena, boleh juga untuk mengelak jentik jentik di dalam bekas hidroponik. Perlu diingat bahawa garam Epsom  larut dengan mudah larut dalam air, hujan akan mencairkan garam ini.
Cara penggunaan: Tabur pada tempat yang bermasaalah.

7. Memaniskan Buah
Tabur garam Epsom pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran, dan anggur menggunakan kaedah sama dan kuantiti yang dinyatakan di atas untuk meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis. Boleh juga diguna pada pokok tomato.
Cara penggunaan:

Kadar siraman 1 sudu + 4 liter air 2 minggu sekali. Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali.

8. Melebatkan Buah Cili, Buah lebih besar, Lebih Pedas
Pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi daripada buah-buahan yang lebih besar.

Cara penggunaan: Taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2 minggu sekali

9. Pokok Rose Lebih Cantik, Bunga Lebih Besar
Guna garam Epsom untuk pokok lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat dan daun lebih gelap. Guna ketika awal penanaman  ketika nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.

Semoga bermanfaat

Nak beli garam Epsom boleh klik sini https://invle.co/cleuqub

 

Published by
VK