Anda mungkin masih nampak cantik bergaya pada usia 40 tahun tapi keadaan berbeza pula dengan dalaman tubuh anda.
Pada usia ini tubuh akan melalui fasa perubahannya atau lebih tepat lagi keadaan tubuh semakin merosot dan kebanyakannya akan dapat dirasai oleh empunya diri.
Berikut adalah 9 perubahan tubuh yang akan dialami apabila usia memasuki fasa usia 40 tahun.
1. Deria rasa berubah
Ketika dilahirkan, manusia dikurniakan lebih kurang 9,000 reseptor rasa. Namun bila usia bertambah jumlahnya akan berkurang dan kita kehilangan beberapa sensasi rasa. Boleh jadi kita kehilangan deria rasa masin, manis, pahit atau masam.
Biasanya perubahan ini berlaku lebih awal pada kaum wanita berbanding lelaki. Tapi perubahan ini bukanlah bermakna selera kita juga berubah cuma deria rasa kita saja jadi kurang tajam.
2. Sistem imun tubuh semakin kuat
Pada usia 40 tahun, tubuh akan menerima serangan virus dalam kadar yang lebih banyak berbanding usia sebelumnya. Namun begitu disebabkan sistem imuniti tubuh semakin kuat, kita akan jarang sakit.
Bagi mengekalkan dan meningkatkan sistem imun ini digalakan menjalani gaya hidup sihat, menjaga pemakanan dan bersenam selain mengurangkan tahap stres.
Ads
3. Deria pendengaran dan penglihatan kurang jelas
Rasanya ramai kalangan mereka berusia 40-an merungut tentang perkara ini. Sebabnya pada usia, deria penglihatan mula akan mengalami masalah atau lebih tepat kabur. Mungkin mengalami masalah rabun dekat atau jauh. Boleh jadi juga rabun warna.
Selain penglihatan, pendengaran juga akan mula terjejas pada usia ini kerana berlaku perubahan struktur membran dan telinga bahagian dalam.
4. Tapi keyakinan diri bertambah
Walaupun penglihatan, pendengaran mungkin merosot tapi menariknya keyakinan diri mereka yang berusia 40-an ini makin bertambah.
Psikologi menyatakan wanita terutamanya lebih yakin pada diri setelah menginjak usia 40 tahun, daripada mereka yang berumur 20 atau 30 tahun.
Fakta ini membantu mereka untuk semakin menghargai diri, tidak memikirkan hal remeh dan negatif. Ini sekaligus mereka berasa lebih puas bahagia dengan kehidupan yang dijalani.
Ads
5. Tahap metabolisme menurun
Bagi anda yang berusia 40-an pasti perasan bahawa berat badan mudah naik walaupun cara pemakanan anda sama seperti anda usia 30 tahun.
Ini disebabkan metabolisme yang semakin turun dan otot-otot yang lebih cepat mengendur. Rata-rata berat badan wanita akan naik antara usia 40 hingga 55 tahun, dengan berat sekitar 6 atau 8 kg. Jadi sebaiknya pada usia ini kita perlu lebih menjaga badan dan banyak melakukan senaman.
6. Ketinggian berubah
Jika berat badan mudah bertambah, satu lagi berita yang kurang best adalah ketinggian tubuh juga mungkin berkurangan. Perubahan ini dilihat berlaku pada usia 40 tahun.
Menurut data yang dikumpulkan oleh University of Arkansas, lelaki akan kehilangan ketinggian mereka satu inci antara usia 30 dan 70, dan wanita pula kehilangan ketinggi lebih kurang 2 inci.
Bagi mempertahankan keadaan tubuh, sebaiknya makan makanan yang mengandung kalsium dan vitamin D dan jangan lupa melakukan senaman.
Ads
7. Gigi sensitif
Jika anda mengalami masalah gigi sensitif ketika usia muda, masalah ini akan kurang ketika memasuki usia 40 tahun. Sebabnya sensitiviti semakin berkurangan.
8. Intoleransi laktosa
Pada usia ini anda boleh mengalami intoleransi terhadap produk susu. Ia biasa menyerang wanita Asia, Amerika dan juga Afrika.
Pada usia ini, tahap enzim laktase yang membantu mencerna laktosa menurun secara drastik. Akibatnya susu tidak dapat dicerna hingga menyebabkan masalah dalam usus besar. Sebagai alternatif pada susu, ambillah minuman probiotik.
9. Masalah rambut
Masalah ini berlaku terutamanya kalangan lelaki. 53% lelaki mengalami kebotakan setelah 40 tahun. Bagi wanita pula, mereka mungkin mengalami masalah rambut gugur namun lebih lewat daripada lelaki.
Sebaiknya jagalah rambut dengan cara memberinya nutrisi sejak daripada awal lagi. Selain itu elakkan juga penggunaan pengering rambut.
Nak masak selalunya sekejap saja, yang jadi lama adalah nak siapkan bahan-bahan untuk memasak. Kalau bawang belum kupas, cili belum mesin, ikan dan ayam belum siang dah tentu ambil masa lama.
Untuk jimat masa terutama bulan puasa kena siapkan semua ini dulu. Lagi satu cara yang boleh cepatkan kerja memasak dikongsi oleh Wan Muhammad Hadiz Satar. Jadi rutinnya setiap minggu menyiapkan bahan mentah atau lauk ikut portion dan menu. Dalam satu pack siap dengan perencahnya sekali.
Katanya cara ini bukan saja cepat tapi memudahkan kerja di dapur. Bila nak masak terus masukkan semua bahan yang dah siap dalam periuk.
Cara cepat dan mudahkan kerja memasak, pek bahan ikut lauk nak masak
Assalamualaikum, baru siap pack bahan mentah untuk stok seminggu sebelum difrozenkan. Lauk-lauk dah bersih siap-siap sekaligus semua sebelum masuk peti. Untuk bagi senang nak masak dan jimat masa, style Baba pack bahan ikut portion dan jenis menu yang nak dimasak. Boleh rujuk gambar di bawah.
Contohnya set tomyam dalam satu bekas lauk-lauk untuk masak tomyam dah disatukan siap. Bila nak masak defrost dan boleh lebur dalam periuk. Cepat dan mudah, pes pun ada sekali.
Sama juga kalau nak buat singgang ikan, satu bekas dah ada semua, senang kan. Nak masak pun jimat masa dan yang penting balik pasar beli barang, sekali buat semua kemudian tak perlu dah nak bersusah-sah siang ikan cuci ayam tiap kali nak masak.
Menu bawal 3 rasa, ikan dan sayur dan ready
Menu sup, perencah sup dan kentang dah siap sekali.
Ini bahan untuk mee kari, boleh guna untuk masakan lain juga.
Boleh guna idea ini di rumah kita juga untuk mudahkan kerja memasak.
Harga barang dapur sekarang makin lama makin naik. Kalau ada yang boleh kita DIY sendiri eloklah buat sendiri untuk jimatkan belanja dapur.
Antara stok bahan makanan yang kita selalu guna dan boleh kita buat sendiri adalah sos cili. Kalau buat sendiri memang boleh jimat banyak. Dengan modal lebih kurang RM5 kita boleh dapat 3 botol sos cili. Kalau beli sebotol saja lebih kurang RM3.50.
Buat sendiri sos cili Thai homemade, modal RM5 dapat 3 botol
Dengan modal RM5 dapat 3 botol (kecil) sos cili thai homemade. Botol sos cili saya recycle,basuh bersih, buang label, simpan sos cili Thai homemade. jimat
Di sini saya sertakan resepi, mana tau kaum isteri nak jimat kos ,boleh buat stok sendiri
Bahan kisar
*5 biji cili besar merah buang biji
*4 biji cili padi merah tak yah buang biji
*5 ulas bawang putih
*1/3 cawan air
Kisar bahan tapi tak perlu hancur sangat
Bahan lain
Sedikit cuka makan
1 hingga 1 1/2 cawan gula (ikut tahap kemanisan sendiri pada sos tu)
Secubit garam
3 sudu makan tepung jagung + sedikit air (bancuh)
2 cawan air
Cara membuat:
1. Masukkan bahan kisar dalam periuk, tambahkan 2 cawan air. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan cuka, gula, garam. Kacau sebati sampai gula hancur.
3. Selepas gulan hancur masukkan bancuhan tepung jagung. Biar mendidih sampai sos berkilat.
4. Dah siap. Sejukkan dulu kemudian barulah simpan dalam botol dalam masuk peti ais.
Tinggal serumah bersama mentua dan juga ipar duai dah tentu pergerakan seorang isteri terbatas kerana perlu menjaga aurat.
Ini masalah yang selalu oleh kaum wanita yang tinggal dalam keluarga besar. Yalah, nak ke dapur malah ke bilik air pun mungkin perlu bertudung litup.
Disebabkan itu ramai yang tak selesa, ditambah pula dengan kurangnya privacy bagi suami isteri. Tak dinafikan ia memang boleh jadi punca konflik.
Tapi wanita bernama Ain Zaki ini bijak mencari cara untuk menyelesaikan masalah ini. Mempergunakan keluasan bilik yang diduduki di rumah mentua, dia mengubah suai bilik tersebut jadi seakan rumah kecil. Siap dengan dapur sekali ada di dalam bilik tau!
Dapur dalam bilik tidur!
Belum ada rumah sendiri , duduk dgn mentua , dlm rumah ada 2 family ipar duduk sekali…
Rasa pergerakan terbatas bila masak-masak kat dapur bawah. Yela , pakaian kita kena jaga kan. Tak kan nak pakai mcm dlm rumah sendiri..
Pujuk en. husband utk reno sikit buat dapur dlm bilik memandangkan bilik besar juga.
Taraaa… dah siap reno. Simple je, sekangkang kera tapi tetap syukur & sgt happy atleast dapur iols berasap hari-hari.
Dlm bilik pakai dapur karan, ada blower, ada tingkap & ada pintu. Bau masuk bilik tu ada la tapi tak la sampai berbau tilam baju semua. Setakat bau-bau harum je gitu…
Nak makan apa cakap jer, semua bahan lengkap. Peti ais ada tapi besar sgt tak muat dapur. Jadi letak kat luar (dalam bilik )
Tapi bagi saya… ni syurga kecil kami. Doakan sy ada rezeki beli rumah sendiri.
Keseluruhan bilik
Pintu masuk menuju ke dapur
Dapur saya kecik kira-kira 5 petak tile 4 segi tu. Brg-brg mcm pinggan mangkuk /minyak segalanya saya sorok dlm kabinet.
Saya pakai dapur elektrik je.
Peti ais besar sangat, tak muat dlm dapur, biar duk situ ye.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...