Simpan duit setiap kali dapat gaji harus jadi kewajipan. Simpanan dan tabungan ini cukup penting kegunaan hari mendatang atau waktu kecemasan.
Tapi masalahnya kebelakangan ini ramai yang risau untuk buat simpanan wang di bank memandangkan tular banyak kejadian kehilangan wang angkara scammer. Ramai yang memikir kalau dah bank pun tak selamat mana lagi kita nak simpan duit.
Bagi memberi alternatif untuk kita , Dr. Azizul Azli Ahmad yang juga perancang kewangan dan hartanah menyenaraikan sembilan tempat simpan duit yang selamat untuk kita.
Tempat simpan duit selamat
1. Amanah Saham Bumiputera
Jika mula kerja dan belum ada ASB, bukalah satu. Buat potongan gaji terus untuk simpan disini bila mula kerja. Jika potongan gaji RM200 sebulan, dengan pulangan 5% saja pun setahun selama 10 tahunkita sudah ada RM31,385.86!
Ads
2. Wajib simpan di Tabung Haji
Mula kerja wajib ada akaun Tabung Haji (TH), nak lebih baik daftar haji terus bila mula kerja nanti. Modal daftar haji cuma RM1300 sahaja. Buat potongan gaji dan simpanlah disini.
3. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)
SSPNI juga bagus untuk menyimpan, ada rebet cukai, takaful perlindungan sekali jika kita menyimpan untuk pendidikan anak anak nanti.
4. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Boleh juga menyimpan di AHB, cuma harus menanti kekosongan dana sebab selalu penuh. Dividen setahun 2 kali diberi.
5. Simpanan tetap (FD)
Simpanan tetap atau fixed deposit juga boleh jadi tempat membuat simpanan wang. Kadar pulangan sekitar 2%-3% sahaja berbeza setiap bank dan jumlah simpanan kita pada mereka.
Ads
6. Sijil Simpanan Premium (BSN)
Boleh beli sijil simpanan ini dan ada cabutan bertuan BMW dan Rumah. Nasib baik boleh dapat kereta baru yang kita tak mampu bela sebenarnya!
Belajar simpan emas sebulan 1 gram juga baik, harga segram berubah ubah ikut harga pasaran. Public Gold tawarkan kaedah simpanan yang baik.
Ads
8. KWSP
KWSP antara tempat simpanan persaraan yang baik, kadar dividen sekitar 5%-6%. Selain KWSP ada juga PRS untuk kita simpan dana persaraan kita.
(Tak perlu tunggu kerja untuk menyimpan di KWSP. Seawal 14 tahun dah boleh daftar jadi ahli dan buat simpanan).
9. Amanah Saham Wawasan (ASW) dan ASB 2
Dua juga boleh menyimpan di situ jika duit kita dah penuh tak tahu nak letak di mana. Kadar pulangan sekitar 4%-5% setahun. Duit tak hilang punya!
Kawan kawan, hari paling bagus mulakan buat simpanan setiap kali gaji masuk. Hargai diri dengan menyimpan, bukan reward diri dengan kek mahal tiap bulan!
Kunyit ada beberapa jenis salah satunya kunyit kampung. Kunyit ini lebih digemari kerana rasanya lebih enak selain baunya tak maung.
Nak kenal kunyit kampung cuma lihat pada saiznya yang biasanya lebih kecil berbanding kunyit biasa. Kunyit jenis ini banyak dijual di Kelantan.
Selain kunyit kampung ini pun mudah saja penanamannya. Tanam malas-malas pun boleh hidup. Boleh ikut perkongsian dari Tukang Kebun ini
Cara ‘malas’ semai kunyit kampung
Kunyit kampung ini saiznya kecil sedikit. Dikatakan lebih sedap berbanding kunyit biasa. Di Kelantan banyak juga dijual.
Tahun lepas saya tanam polibeg, kemudian banjir besar kat Shah alam habis tenggelam pokok kunyit ni. Beberapa Hari selepas banjir daunnya habis buruk.Selepas dikorek dapat lah hasil seperti gambar di atas.
Lepas korek saya biarkan saja kunyit atas tanah polibeg. Tak perlu kambus pun, kalau nak kambus pun tipis saja.
Alhamdulillah Sekarang dah banyak daun. Dah boleh dipindahkan ke polibag atau pasu kekal.
Beli sayur banyak, hajatnya nak memasak tapi tak jadi. Sudahnya sayur dibila disimpan dalam peti ais jadi layu dan lembik.
Sayur kalau tak betul cara penyimpananya memang akan cepat rosak, supaya tak membazir boleh praktik cara simpan sayur yang diamalkan oleh bekas peniaga kedai makan ni.
Kata Rohanoradila Aidil ada sayur yang cepat kering, kecut dan layu walau disimpan dalam peti. Oleh itu perlu tahu cara yang tepat untuk menyimpannya.
Ini adalah cara yang diamalkan sejak berniaga dulu.
1. Sayur yang dibeli tak perlu dibasuh untuk elak jadi lembik. Hanya basuh bila mahu menggunakannya.
2. Sediakan tisu yang telah dilembapkan kemudian alas dalam bekas untuk menyimpan sayur.
3. Sebelum masukkan sayur, pastikan tiada sayur yang rosak, takut berjangkit.
4. Sayur boleh juga dipotong sebelum disimpan untuk memudahkan kerja memasak nanti.
5. Masukkan sayur dalam bekas yang dialaskan dengan tisu yang dilembapkan tadi dan simpan dalam peti sejuk.
Pesan Rohanoradila, lepas simpan simpan jangan perap terus dalam peti ais. Kenalah masak ya!
Bagi yang jarang memasak nasi di rumah memang selalu akan berdepan masalah beras dimasuki bubuk. Boleh jadi juga kerana kita tak menggunakan beras dalam tempoh lama kerana tidak duduk di kediaman.
Apa pun sebabnya, bila melihat bubuk atau ulat hitam yang banyak dalam beras memang terasa sayang. Maklumlah beras makanan asasi kita, dah tentu tak sampai hati nak buang.
Bagi yang ada masalah ini mungkin boleh lakukan cara yang dikongsi oleh Nurhasanah Harun.
Ujarnya 6 bulan tinggalkan rumah, beras yang di dapur dipenuhi dengan bubuk. Memandangkan masih banyak dan elok lagi ini cara yang dikongsi untuk mengeluarkan bubuk hitam dari beras serta mengasingkan beras yang rosak dengan yang elok.
Panaskan beras dalam oven untuk matikan bubuk
1.Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masukkan dalam oven lebih kurang 10 minit biar betul-betul panas semua beras. Bubuk dan ulat yang ada dalam beras akan mati. Kalau tiada oven boleh juga goreng tanpa minyak dalam kuali.
2. Keluarkan beras dari oven biar sejuk dan ayak untuk asingkan bubuk.
Tip asingkan beras rosak dimakan ulat
Macam mana nak tahu beras masih elok? Cuba basuh beras kalau tiada beras yang timbul maknanya beras elok. Kalau ada banyak beras timbul maknanya ia ringan, cuba patahkan kerana di dalamnya ada ulat bubuk. Buang beras yang timbul ini kerana ia dah rosak.
Lagi petua elak bubuk
Dalam pada itu juga netizen turut berkongsi cara lain untuk mengelakkan dan mengeluarkan bubuk dari beras.
Letak beberapa tangkai cili kering, di dasar, pertengahan dan atas permukaan beras. Setiap kali masuk beras baru tukar cili kering.
Boleh juga letak rempah 4 sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
Satu lagi petua letakkan satu labu bawang putih dalam bekas beras. Jangan kupas cuma pisah-pisahkan ulas masuk untuk diletak dalam bekas beras.
Boleh juga letak salah satu daun berikut iaitu daun limau purut atau daun pandan dalam bekas beras. Atau boleh juga letak asam keping.
Cara paling berkesan, simpan beras dalam peti sejuk
Cara lain adalah jika akan tinggalkan rumah dalam jangka masa lama bungkus beras atau letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini memang berkesan, beras takkan dimasuki bubuk.