9 Tempat Simpan Duit Selamat, Perancang Kewangan Saran Simpan Setiap Bulan Di Sini

Share

Setiap kali dapat gaji seharus kita membuat simpanan atau tabungan untuk kegunaan hari mendatang atau waktu kecemasan.

Tapi masalahnya kebelakangan ini ramai yang risau untuk buat simpanan wang di bank memandangkan tular banyak kejadian kehilangan wang angkara scammer. Ramai yang memikir kalau dah bank pun tak selamat mana lagi kita nak simpan duit.

Bagi memberi alternatif untuk kita , Dr. Azizul Azli Ahmad yang juga perancang kewangan dan hartanah menyenaraikan 9 tempat simpan duit yang selamat untuk kita.

1. Amanah Saham Bumiputera

Jika mula kerja dan belum ada ASB, bukalah satu. Buat potongan gaji terus untuk simpan disini bila mula kerja. Jika potongan gaji RM200 sebulan, dengan pulangan 5% setahun selama 10 tahun sahaja, adik akan ada RM31,385.86 sahaja! banyak tu.

2. Wajib simpan di Tabung Haji

Mula kerja wajib ada akaun Tabung Haji (TH), nak lebih baik daftar haji terus bila mula kerja nanti. Modal daftar haji cuma RM1300 sahaja. Buat potongan gaji dan simpanlah disini.

3. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)

SSPNI juga bagus untuk menyimpan, ada rebet cukai, takaful perlindungan sekali jika kita menyimpan untuk pendidikan anak anak nanti.

4. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Boleh juga menyimpan di AHB, cuma harus menanti kekosongan dana sebab selalu penuh. Dividen setahun 2 kali diberi.

5. Simpanan tetap (FD)

Simpanan tetap atau fixed deposit juga boleh jadi tempat membuat simpanan wang. Kadar pulangan sekitar 2%-3% sahaja berbeza setiap bank dan jumlah simpanan kita pada mereka.

6. Sijil Simpanan Premium (BSN)

Boleh beli sijil simpanan ini dan ada cabutan bertuan BMW dan Rumah. Nasib baik boleh dapat kereta baru yang kita tak mampu bela sebenarnya!

7. Simpan emas

Belajar simpan emas sebulan 1 gram juga baik, harga segram berubah ubah ikut harga pasaran. Public Gold tawarkan kaedah simpanan yang baik.

8.KWSP

KWSP antara tempat simpanan persaraan yang baik, kadar dividen sekitar 5%-6%. Selain KWSP ada juga PRS untuk kita simpan dana persaraan kita.
(Tak perlu tunggu kerja untuk menyimpan di KWSP. Seawal 14 tahun dah boleh daftar jadi ahli dan buat simpanan).

9. Amanah Saham Wawasan (ASW) dan ASB 2

Dua juga boleh menyimpan di situ jika duit kita dah penuh tak tahu nak letak di mana. Kadar pulangan sekitar 4%-5% setahun. Duit tak hilang punya!

Kawan kawan, hari paling bagus mulakan buat simpanan setiap kali gaji masuk. Hargai diri dengan menyimpan, bukan reward diri dengan kek mahal tiap bulan!

Semoga bermanfaat

Sumber: Dr. Azizul Azli Ahmad

Published by
VK