Ini memang rare tahap paling tinggi. Selalu pengantin kalau buat outdoor photoshoot mesti pilih momen sweet. Tapi berbeza dengan pasangan pengantin Farhana Zakaria, 23 dan Kamaruzaman atau Kama Rom, 31.

Mereka memilih reptilia untuk memeriahkan suasana penggambaran foto perkahwinan mereka. Selain empat ekor ular sawa, ada dua ekor ular jenis King Cobra atau tedung selar yang digunakan sebagai props penggambaran. Fuhhhh. Ternganga VK tengok gambar perkahwinan mereka ni.

Farhana sendiri mengakui King Cobra secara realitinya memang berbahaya. Silap langkah boleh membawa maut. Namun dia akui minat benda yang mencabar. Bukan niat nak menunjuk atau show off yang dia boleh buat. Cuma sekadar berkongsi minat.

VK sempat menemubual pengantin perempuan yang masih dalam mood bulan madu ini. maklumlah mereka kahwin pada 20 Oktober lalu. Masih merah inai di jari. Farhana nyata teruja dengan sesi penggambaran yang lain daripada yang lain. Menurutnya, ada juga gambar yang sama seperti pasangan lain dalam mood sweet. Namun penggambaran bersama ular turut dibuat kerana ingin mengabadikan minat yang sama antara dia dan suami iaitu bermanja dengan ular.

IKLAN

Abadi Gambar Dengan King Cobra. Pengantin Perempuan Akui Ini Cara Hebat Kongsi Minat Dengan Suami

“Kami berdua pilih ular sebab suami saya dulu zookeeper merangkap seorang cobra handler. Saya pun mempunyai minat yang sama pada ular. Jadi kami nak abadikan benda tu masa big day kami. Bila lagi kalau bukan pada hari perkahwinan kami berdua.”

Beranikan diri cium King Cobra

Abadi Gambar Dengan King Cobra. Pengantin Perempuan Akui Ini Cara Hebat Kongsi Minat Dengan Suami

Selalu mengendalikan ular jinak, namun pada hari penuh bermakna ini Farhana memberanikan diri berdepan dengan King Cobra.

“Pada awalnya takut juga. Sebab King Cobra ni memang bahaya sebenarnya. Tapi sebab minat, saya beranikan diri. Dulu sebelum kenal betul-betul sifat ular dan jenis ular, tengok kat televisyen pun saya pejam mata. Bila dah dalami dunia exotic ni, baru tahu tak semua ular berbisa dan agresif.”

Abadi Gambar Dengan King Cobra. Pengantin Perempuan Akui Ini Cara Hebat Kongsi Minat Dengan Suami

IKLAN

 

Selain itu:  [UPDATE] Kes Wanita Ditahan Di Singapura, Kini Hamil 4 Bulan, Rindu Suami Dan Anak

Keselamatan ketika penggambaran

Abadi Gambar Dengan King Cobra. Pengantin Perempuan Akui Ini Cara Hebat Kongsi Minat Dengan Suami

Ketika penggambaran bersama ular dijalankan, keselamatan pengantin dikawal selia oleh lima orang team Hamadryad Malaysia. Turut ada seorang bekas ahli bomba yang mengendalikan ular. Selebihnya rakan terdekat yang ingin menyaksikan penggambaran pengantin luar biasa ini.

“Masa sesi penggambaran itu, ada ramai yang jaga. Saya pun diajar oleh team Hamadryad untuk berdepan dengan King Cobra. Alhamdulillah tiada kejadian tak diingini berlaku. Saya tak berani nak jamin 100 peratus selamat walaupun ada yang mengawal. Namun saya percayakan team Hamadryad yang memang dah lama bergiat mengendalikan ular. Team Hamadryad bukan beri tunjuk ajar pada pengantin saja tapi turut tunjuk ajar apa jurugambar. Keselamatan orang ramai pula, walaupun penggambaran dibuat di lokasi yang agak jauh daripada orang ramai namun ada juga yang berhenti tengok kami bergambar. Tapi jarak jauh. Tak berbahaya.

Abadi Gambar Dengan King Cobra. Pengantin Perempuan Akui Ini Cara Hebat Kongsi Minat Dengan Suami

IKLAN

 

 

Merinding bulu roma masa sembang dengan pengantin baru ni pasal ular. Nak tahu apa ucapan pengantin ni pada VK?

“Kalau akak try pegang ular, confirm akak akan jatuh cinta. Ular yang tak agresif macam ball python ni comel sangat. Akak jangan takut. Ular sebenarnya haiwan pemalu. Selalu je nak nyorok kepala dia tu.”

VK jawab ringkas je.

“Takpelah dik.”

Sumber: Jurugambar Taqiuddin Iqbal Razali, Mohd Sabron Jamil & Farhana Zakaria

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI