Ada keluarga yang suka dengan lauk kari atau gulai ikan. Dalam seminggu mungkin dua atau tiga kali dihidangkan lauk ini di atas meja.
Sebagai cadangan bagi memudahkan kerja memasak hidangan ini, boleh buat sendiri pes gulai yang dikongsi oleh Zaini Tali ini. Bila nak masak cuma masukkan pes, tuang santan dan masuk asam jawa. Kemudian masak seperti biasa. Tak perlu kisar dan tumbuk apa-apa bahan dah. Senangkan.
Cara buat pes gulai ikan homemade
Bahan-bahan
6 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih 6 ulas
2 inci halia
2 inci kunyit atau serbuk kunyit
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
4 sudu besar cili kering kisar
Ads
Cara membuat
1. Kisar halus semua bahan di atas sedikit air (boleh juga kisar tanpa air atau menggunakan sedikit minyak).
2. Tambah sudu besar cili kering supaya lebih pedas. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak dan garing. Gunakan api kecil.
Ads
4. Bila pecah minyak, tutup api dan siaplah pes gulai ikan homemade.
5. Untuk masak gulai, cuma masukkan pes ini bersama santan dan air asam jawa. Kemudian masak macam biasa. Jika mahu tumis pes terlebih dahulu pun boleh. Caranya panaskan sedikit minyak, letak pes dan tumis dengan halba dan daun kari kemudian tuang santan dan masak seperti biasa.
Ads
INFO: Pes ini boleh digunakan untuk 2-3 masak. Jika mahu kuantiti pes yang banyak cuma gandakan bahan-bahan. Lebihan pes boleh simpan dalam peti sejuk.
Setiap kediaman yang ada bekalan elekrik akan ada kotak Distribution Board (DB). Ia juga disaran selalu diperiksa untuk memastikan suis berfungsi dengan baik untuk mencegah kebakaran rumah dari berlaku akibat arus elektrik.
Tapi malangnya, kita memang jarang periksa malah ramai juga yang takut untuk mengujinya walaupun caranya mudah saja. Perkongsian dari Nazmi Sakip elok dijadikan panduan.
Rajin-rajinlah cuba turunkan suis MCB ini
Rajin-rajinlah cuba turunkan suis bahagian MCB secara manual guna jari. Sepatutnya suis ini senang saja jatuh/diturunkan kalau kita sentuh dengan jari. Tapi kalau ketat susah diturunkan bermaksud suis ini JAMMED.
Bila dah JAMMED apa yang akan berlaku?
Bila berlaku litar pintas yang melibatkan litar untuk MCB, ia tak akan trip & kelamaan boleh menyebabkan punca kebakaran.
2. Bila berlaku over load bagi MCB yang jammed, dan ia tidak trip. Lama kelamaan kabel panas dan boleh cair. Terus jadi punca kebakaran.
Nampak kan benda simple saja tapi kesannya teruk kalau kita sendiri yg tak peka. Jadi rumah kita, kita yang kena jaga.
Bagi yang bercucuk tanam di rumah sedikit sebanyak ia memang membantu mengurangkan belanja dapur. Nak lagi jimat, baja pun kalau boleh buat saja sendiri.
Ada banyak baja yang berkesan untuk kesuburan pokok sayur yang boleh kita hasilkan sendiri. Lagi menarik baja ini menggunakan sisa dapur saja.
Nur Lidya Izzati Hisham antara yang mempraktikkan kaedah buat sendiri baja ini dan beliau juga berkongsi cara membuatnya.
6 jenis baja boleh buat sendiri guna bahan dapur
Hari ni kekya nak share 6 jenis baja yang berkesan yang boleh dibuat sendiri. Kekya dah cuba, sangat berkesan, mudah dan jimat. Pokok pun gemuk-gemuk guna petua baja-baja ni tau.
Kepada siapa yang tengah risau kenapa daun tak tumbuh banyaklah. Pokok tak membesarlah, korang cuba buat baja ni.
1. Baja bancuhan air MSG
Pernah sekali Kekya cuba petua siram dengan air Ajinomoto. Sekali tengok daun kari keluar besar-besar daunnya. Siap ada buah kari lagi.
Sukatan untuk baja air Ajinamoto. Satu paket kecil Ajinamoto 33g kemudian campur dengan satu baldi air. Pastikan air baja Ajinamoto dibiarkan semalaman. Lepas tu baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok tau. Siram sekali seminggu. InsyaAllah menjadi.
Biasanya kekya siram pakai air ajinamoto ni untuk pokok kari, pokok pandan, pokok kunyit, pokok bunga kantan dan pokok limau purut.
2. Baja air basuhan beras & ikan
Jangan buang air basuhan beras atau ikan tau. Simpan dulu air basuhan kemudian esok pagi atau petang boleh siram pokok. Nak peram satu hari pun boleh, tiada masalah.
3. Baja sisa dapur
Baja campuran kulit bawang merah, bawang putih, kulit telur dan lebihan nasi yang tak habis atau basi. Letak air sikit dan blender sampai sebati. Peram satu hari.
Esoknya siram dekat pokok. Ada orang guna kulit kentang, kulit buah dan macam-macam kulit lagi. Bahan ini direndam dan peram tapi baunya Kekya tak boleh tahan. Busuk tapi… pokok takyah citer memang gemuk!
4. Baja kulit telur
Kalau takde stok kulit bawang, Kekya guna kulit telur pula. Kekya memang selalu buat kek untuk jual. Jadi telur memang bahan wajib perlu ada untuk kek. Jadi kulit telurnya tak buang sebab kulit telur bagus untuk pokok tau.
Jemur kulit telur sampai kering. Lepas tu tumbuk kulit telur sampai halus. Tabur dekat keliling pangkal pokok. Kira macam kalsium untuk pokoklah.
5. Baja dari nasi
Kadang-kadang nasi yang tak habis Kekya masukkan ke dalam botol kemudian biarkan selama 7 hari. Lepas itu tapis dan sembur dekat pokok. Memang menjadi. Pokok jadi subur. Sembur dekat pokok limau purut, limau kasturi, limau nipis dan lemon.
6. Baja dari roti expired
Kekya buat juga baja dari roti yang dah expired. Ambil roti dalam 3-4 keping. Potong kecil-kecil kemudian rendam dalam botol air. Masukkan juga molases atau gula merah.
Kalau takda molases atau gula merah. Abaikan tak letak pun takpa. Jadi juga rendaman air baja roti tu. Peram 7 hari tapi setiap hari penutup botolnya untuk buka untuk buang gas.Simpan tempat yang terlindung dari sinar matahari.
Hari ke 11 dah boleh pakai. Ambil sikit baja air roti dan campur dengan air biasa. Rajin sembur-semburkan dekat daun dan batang pokok atau siram je air baja roti dekat pokok macam biasa.
Baja ini pernah Kekya guna untuk pokok limau purut. Memang keluar tunas baru. Daunnya lagi besar dari daun yang tua hijau pekat tu. Sesuai pokok limau kasturi, pokok limau nipis dan pokok limau purut.
Sayur lobak merah antara yang selalu ada dalam peti sejuk kita. Tapi ada juga yang dah beli tapi tak masak atau tak digunakan dalam hidangan hingga lobak yang segar jadi kecut dan lembik.
Bila dah jadi begini, ramai juga yang masuk dalam tong sampah sebab ingat dah tak boleh guna. Lepas ni kalau lobak merah dah jadi macam jangan buang tau sebab kita boleh segar semula dan guna kembali untuk memasak.
Nak segar dan keraskan kembali lobak merah ini pun mudah sangat. Tip ini dikongsi oleh Munirah Jamaluddin. Caranya;
1. Buang kulit lobak merah yang dah lembik dan potong beberapa bahagian.
2. Sediakan air dalam mangkuk, kemudian rendam dalam air.
3. Lobak merah akan kembali segar dan keras setelah direndam dan boleh digunakan dalam masakan.
Tengok tembikai merah dan kuning menyerlah macam ni memang menggiurkan. Lagi puas hati kalau tembikai yang dimakan tu tanam sendiri.Kalau nak tahu tanam tembikai...