Adab Ketika Ziarah Pesakit Kanser, Salah Satu Jangan Tanya Stage Berapa!

Share

Mendengar ahli keluarga atau rakan dilanda musibah penyakit kanser memang membuatkan hati kita turut bersedih.

Ia penyakit yang mengerunkan kerana mungkin saja tiada rawatan untuk menanganinya. Meski bersimpati dan mahu menziarah tapi dalam masa yang sama ramai yang tak tahu bagaimana untuk berdepan dengan pesakit kanser ini.

Bimbang perbuatan atau tutur kata kita menyentuh hati pesakit kanser yang sememangnya sedang berduka.

Supaya apa yang kita ucap atau lakukan tidak membuatkan mereka terasa berikut adalah cadangan yang dikongsi oleh cancer survivor sendiri yang juga aktivis Cancer Survivor Malaysia, Zuraini Kamal.

Bagaimana menyantuni pesakit kanser

Saya ingin berkongsi sedikit `cadangan’ Bagaimana Nak `menyantuni’ Pesakit Kanser.
Apa yang nak diperkatakan apabila menziarahi saudara atau sahabat kita yang kena kanser? Bagaimana kita dapat membantu sahabat & keluarga pesakit kanser?

1. Niat ukhuwah

Ziarah dengan niat ukhuwah `lillahita’ala’ (untuk mendapat redha ALLAH SWT) – jangan menjadi doktor (walaupun anda seorang doktor perubatan)

Juz be A Friend!
Tak perlu bagi Nasihat – tak perlu bagi cadangan tentang pemakanan ataupun rawatan (kecuali jika pesakit minta pandangan dan nasihat anda.
Adakalanya kami dah letih mendengar `medical advice’ dari Onko so bila datang berziarah secara santai please talk about something else, sembang santai je.

Be A shoulder to cry on
Kalau dah tak de idea nak sembang .. juz LISTEN to us! Berilah ruang kepada Pesakit Kanser bercerita meluahkan perasaan. Dan anda hanya perlu mendengar dengan senyuman.

JANGAN tanya tahap berapa
Tahap 1 – Tahap 2 – Tahap 3 – Tahap 4! Bagi kami pesakit kanser … Tahap atau stage semua sama. Semua stage menakutkan., kanser is still cancer!

2. Bawalah buah tangan atau pun buah-buahan

Bila datang ziarah moleklah jangan datang hanya dengan senyum & doa.
Bawaklah sesuatu utk mengembirakan hati pesakit dan keluarga mereka.
Siapa tak suka menerima hadiah? Pemberian itu adalah tanda `ingatan & kasih sayang kita’. In sha ALLAH dapat Pahala tau.

3. Seeloknya buatlah `Tabung Prihatin’

Kutiplah sedikit sumbangan Bantulah kewangan pesakit kanser dan keluarga mereka. Cancer is very expensive illness tau. Kalau ada rakan Wassap grup – 30 org kalau sorang menyumbang RM10  dah kumpul RM300 kan. Apa guna ada Grup Whatsaap kalau ahli dalam kumpulan sakit kita tak boleh pakat bantu sorang sikit kan.

RM10/RM5 hanyalah harga sepinggan nasi. Berpuasalah kita pada hari tersebut untuk kita infakkan pd rakan kita yg lebih memerlukan. In sha ALLAH – ALLAH akan ganti DOUBLE.

4. Nak bergambar?

Seeloknya adab berziarah SILA mohon izin sebelum mbik gambar dan maklumkan jika gambar ingin di Upload di FB/IG. Berilah ruang pesakit untuk `bersiap dan jagalah aurat mereka’. Saya dulu tak suka `gambar sakit diambil’ Saya sentiasa mahu dilihat `cantek & ceria’

5. Sebagai Jiran: sentiasa ambil berat

Jika jiran adalah pesakit kanser tanyakan keperluan mereka. Pengurusan anak-anak & pemakanan pesakit kanser. Pernah seorang sahabat terpaksa meninggalkan isterinya terlantar sakit di rumah seharian kerana beliau terpaksa pergi bekerja.

Si isteri yg sakit terbaring hanya mampu makan dan minum apa yg ada disediakan di tepi katil (saya pun pernah melalui pengalaman terbaring sepanjang hari di rumah sorang-sorang. Nak masak tak larat so saya tak makan seharian hinggalah keesokkan harinya seorang sahabat kebetulan datang menziarahi saya dengan membawa nasik bungkus. Alhamdulillah dapat saya makan)

6. Jangan jadi ustaz/ ustazah

Tolong jangan kata kanser itu kifarah dosa. Tidak usahlah dok bercakap tentang dosa/pahala. Kanser bukan satu hukuman dari Tuhan. Nabi Ayob a.s juga Sakit berpuluh tahun – adakah Baginda ditimpa musibbah penyakit kerana beliau berdosa?
Ingatlah kanser bukan hukuman Tuhan.

Kanser bukan kematian kerana ramai kami yang `survive’ dan menjalani hidup normal seperti anda semua. Ketahuilah ramai antara kami yang sembuh setelah menjalani pembedahan dan rawatan Radio & Kimo. Me … i m ONE of them!

KANSER BUKANLAH KEMATIAN
Mati merupakan pertemuan dengan ALLAH SWT. Semua kita bercerita tentang Nak masuk Syurga. Bagaimana kita akan masuk syurga jika kita tidak melalui Kematian.
La Tahzan

Sumber: Zuraini Kamal, Founder Cancer Survivor Malaysia

 

Published by
VK