Kalau tercari-cari apa pencuci mulut yang senang nak dibuat dan berkhasiat untuk hidangan anak-anak boleh cuba agar-agar susu kotak ini.
Mudah sangat caranya cuma guna susu kotak dan agar-agar saja. Rasa manis dan lemak dari susu ini dah tentunya disukai semua.
Idea serta cara membuat agar-agar susu kotak ini dikongsi oleh Ain’nie Rahman.
Bahan-bahan
1 liter air kotak – coklat/ strawberi (ikut cita rasa)
3 sudu gula (boleh tambah atau kurangkan)
10gm (1 pek) agar-agar serbuk tanpa warna
Cara masak:
1. Masuk semua bahan dalam periuk, didihkan dan kacau. Siap!
2. Gunting kotak susu, tuang agar-agar dalam kotak.
3. Sejukkan dalam peti ais, bahagian bawah bukan freezer. Sejukkan satu malam (, kalau 1-2 jam tak sempat beku sebab kotak susu besar).
4. Enak dimakan waktu agar-agar sejuk, sejuk bila lalu di tekak.
Kalau nak guna acuan lain selain kotak susu pun boleh saja. Selamat mencuba!
Sumber: Ain’nie Rahman
TIP MASAK AGAR-AGAR : Cara Sukat Air Untuk Masak Agar-Agar Supaya Hasilnya Menjadi Cantik