Kalau di rumah memang ada menanam pokok telang, elok manfaatkannya. Ia mempunyai banyak khasiat kesihatan antaranya membantu mengawal paras gula dalam darah, antikanser, baik untuk kesihatan rambut dan kulit juga.
Salah satu cara olahan bunga telang untuk kita dapat khasiatnya adalah dengan merebus dan menjadikan ia minuman. Antara yang sedap dan boleh kita sediakan untuk berbuka puasa adalah air bunga telang lemon madu.
Ia juga mampu menyegarkan tubuh yang kepenatan setelah seharian berpuasa. Cara membuatnya dikongsi oleh Wati Zali.
Bunga Telang
Lemon
Madu
Nata de Coco
Ketulan ais
1. Masak air dan masukkan sekali 3- 4 bunga telang dan sehelai daun pandan .Kemudian sejukkan.
2. Masukkan dalam gelas, perah lemon sikit, sedikit madu dan masukkan nata de coco. Siap! Hidangkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Wati Zali